Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 2, 2016

Kabinet bayangan PH: PAS pasang angan agar dijemput ke?

PAS tidak terima jemputan sertai kabinet bayangan Pakatan Harapan
Rahimah AbdullahAstro Awani |  November 01, 2016 16:02 MYT
PAS tidak terima jemputan sertai kabinet bayangan Pakatan Harapan
Menurut Nik Abduh, PAS hanya berurusan dengan PKR, dan tidak akan melayan pihak DAP dan Amanah. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Ketua Dewan Pemuda PAS, Nik Mohamad Abduh Nik Aziz berkata parti itu tidak menerima sebarang jemputan untuk menyertai kabinet bayangan Pakatan Harapan.

Bagaimanapun, beliau yakin Pakatan Harapan tidak akan menjemput parti itu kerana tiada hubungan kerjasama antara kedua-dua pihak kecuali dengan PKR.

"Tidak ada (jemputan untuk sertai Konvensyen) sebab tidak ada hubungan (kerjasama). Kita tidak berhubung dengan Pakatan Harapan, hanya mempunyai hubungan dengan PKR sahaja," katanya semasa ditemui media di lobi Parlimen.

Beliau pada masa sama tidak akan memberi pengesahan kehadiran jika dijemput menyertai kabinet bayangan Pakatan Harapan itu.

"Kita tidak fikir lagi. Tawaran itu tidak ada lagi sebab hubungan kita dengan PKR. Jadi hubungan berkaitan dengan DAP dan PAN (Amanah) itu kita tidak layan sebab sudah putus hubungan dengan mereka," jelasnya.

Setiausaha Sekretariat Pakatan Harapan,  Datuk Saifuddin Abdullah sebelum ini berkata, senarai Kabinet bayangan akan dimuktamadkan pada konvensyen pertama Pakatan Harapan 12 November depan.

Mengulas mengenai usul Rang Undang-Undang Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) (Pindaan) 2016 yang dibawa Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang, beliau menyerahkan keputusan kepada Speaker Dewan Rakyat.
"Itu semua atas keputusan Speaker Dewan Rakyat dan Perdana Menteri. Kita faham bahawa urusan kerajaan memang banyak tapi sebagaimana mesyuarat dulu walaupun banyak, tapi Perdana Menteri dan Speaker Dewan Rakyat boleh buat keputusan," kata beliau.

Tegas beliau, RUU 355 itu sangat penting untuk rakyat mahu dan perlu dibahaskan di Parlimen.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa