Kenapa perkara sebegini terjadi lagi kepada PAS?. Sekarang Ust. Nasa dan Hassan Ali, dulu tahun 79, Allahyarham Dato' Mohammad Nasir dan gengnya serta disampuk pula oleh polong UMNO dan dibantu oleh Ibrahim Alkatak. Pada tahun itu PAS hanya tinggal Batu Nisan di DUN Kelantan. Apakah PAS terlalu bodoh untuk mengambil iktibar dari peristiwa dulu? Kenapa masih ada lagi manusia begini di dalam PAS dan disimpan pula oleh Perwakilan melalui Muktamarnya baru-baru ini? Atau adakah ini membayangkan persetujuan majoriti Ahli-Ahli PAS yang mengundi mereka?
Satu lagi perkara pelik, kenapa Geng ini menjemput pula pertemuan dengan bloggers anti PR untuk memaklumkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui mereka? Apakah niat mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin menggunakan bloggers ini untuk mengutuk dan melagakan Pemimpin PAS sebagaimana yang dikatakan oleh blogger PERISIK RAKYAT? Baca di sini
Ini hanyalah persoalan-persoalan dari saya yang secara peribadinya sebagai penyokong perjuangan PAS untuk Agama dan keadilan. Saya agak kecewa dengan keadaan ini walau pun saya bukan Ahli PAS. Dan yang pastinya saya tidak akan menyokong mereka di masa akan datang sekiranya mereka tinggalkan agama dan prinsip perjuangan. Mereka akan jadikan parti mereka sama saja dengan UMNO dan sekiranya itu yang terjadi kenapa tidak sokong saja UMNO?
Hakikatnya PAS perlu dibersihkan dan sintukkan limau!
Saya juga tertarik dengan komen Dato' MAZA, mantan Mufti perlis di blognya berkenaan kemelut PAS ini. Sebahagian petikan saya copy n paste sebagaimana di bawah.
Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.
Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:
“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.
Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.
Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.
Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.
Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;
- Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
- Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
- Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
- Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
- Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
- Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
- Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?
- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.
Sila baca sepenuhnya di sini
Maaf kalau komen saya nie pedas sikit. Dah berganti zaman, tapi perangai Melayu masih tidak berubah, jin dan iblis memang wujud tetapi hantu tidak wujud kecuali jelmaan mereka sahaja. Syaitan dan iblis memang suka memperdayakan manusia. Nak cari hantu dalam bentuk imej? Sedangkan dah disebut dalam Al-Quran kewujudan jin dan syaitan, kalau kita percaya pada Al-Quran itu pun dah mencukupi. Syaitan dan iblis ada banyak cara untuk melalaikan dan melaghakan manusia, antaranya menyucuk-nyucuk manusia agar pergi mencari lembaga/puaka sedangkan kalau selak kitab suci Al-Quran dah jelas buktinya. Sedarlah wahai umat Islam bangsa Melayu!
November 7, 2009 8:04 PM