Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 7, 2009

Komen Seorang Sahabat

Saya tertarik kepada komen seorang sahabat tentang aktiviti mengambil gambar Hantu yang saya lakukan yang menggelarkan dirinya Anonymous. Komennya menarik untuk direnungi. Dan saya berterima kasih kepadanya. Saya jadikan komen dan jawapan saya sebagai n3 di sini untuk kita renung dan bahaskan. Saya suka.

Di bawah adalah komen sahabat itu.

Anonymous said...

Maaf kalau komen saya nie pedas sikit. Dah berganti zaman, tapi perangai Melayu masih tidak berubah, jin dan iblis memang wujud tetapi hantu tidak wujud kecuali jelmaan mereka sahaja. Syaitan dan iblis memang suka memperdayakan manusia. Nak cari hantu dalam bentuk imej? Sedangkan dah disebut dalam Al-Quran kewujudan jin dan syaitan, kalau kita percaya pada Al-Quran itu pun dah mencukupi. Syaitan dan iblis ada banyak cara untuk melalaikan dan melaghakan manusia, antaranya menyucuk-nyucuk manusia agar pergi mencari lembaga/puaka sedangkan kalau selak kitab suci Al-Quran dah jelas buktinya. Sedarlah wahai umat Islam bangsa Melayu!

November 7, 2009 8:04 PM

Dan ini jawapan saya:

Blogger mountdweller said...

Salam Anonymous

Terima kasih kerana sudi singgah dan meninggalkan nasihat. Alhamdulillah.

Saudara betul, Yang disebut di dalam Alqur'an hanya Syaitan,Iblis dan Jin serta peranannya kepada dunia dan manusia. Dan dari golongan inilah manusia bukan hanya Melayu sahaja mewujudkan perkataan HANTU/Ghost. Saya sudah sebutkan di ruangan balas kepada komen seorang sahabat di N3 saya selepas ini.

Pada saya, perkara ini tidak salah sekiranya kita tidak terpengaruh oleh tipu daya mereka untuk merusakkan Iman kita. Saya hanya mencari kelainan cabaran. Saya juga pada mulanya mengatakan gambar super impose oleh individu-individu semata-mata untuk fun.

Satu pertanyaan saya, adakah anda pernah alami detik getir atau detik yang menakutkan?

Hanya satu cara untuk menguji kekuatan Iman yang ramai orang bercakap besar tentang ini ialah, sila naik ke puncak gunung meredah belantara berseorangan di waktu malam. Berani tak? Kalau takut, tak payah bercakap berkenaan tawakkal! Kalau tidak bertawakkal penuh, jangan bercakap tentang kekuatan Iman!

Maafkan saya, saya berkata-kata dari persepsi dan kepercayaan saya.

November 7, 2009 8:36 PM

SATU PERKARA YANG AGAK PANAS TETAPI TIDAK ADA LAPORAN DI BLOG LAIN. Hanya di sini


Ibuku Pembohong

Untuk renungan semua yang bergelar anak dan khasnya untuk kedua-dua puteriku.

Article ini mengesankan dan saya copy n paste dari blog ANAK MUALLAF untuk tatapan dan renungan bersama.

Memang sukar untuk orang lain percaya,tapi itulah yang berlaku. Ibu saya memang seorang pembohong!! Sepanjang ingatan saya sekurang-kuran
gnya 8 kali ibu membohongi saya. Saya perlu catatkan segala pembohongan itu untuk dijadikan renungan anda sekalian. Cerita ini bermula ketika saya masih kecil. Saya lahir sebagai seorang anak lelaki dalam sebuah keluarga miskin. Makan minum serba kekurangan. Kami sering kelaparan. Adakalanya, selama beberapa hari kami terpaksa makan berlaukkan ikan masin dikongsi satu keluarga. Sebagai anak yang masih kecil, saya sering saja merungut. Saya menangis mahukan nasi dan lauk yang banyak. Tapi ibu cepat memujuk. Ketika makan, ibu sering membahagikan bahagian nasinya untuk saya. Sambil memindahkan nasi ke mangkuk saya, ibu berkata : ""Makanlah nak ibu tak lapar." – PEMBOHONGAN IBU YANG PERTAMA.


Ketika saya mulai besar ibu yang gigih sering meluangkan watu senggangnya untuk pergi memancing di tali air berhampiran rumah. Ibu berharap dari ikan hasil pancingan itu dapat memberikan sedikit makanan untuk membesarkan kami adik-beradik. Pulang dari memancing, ibu memasak gulai ikan yang segar dan mengundang selera. Sewaktu saya memakan gulai ikan itu ibu duduk disamping kami dan memakan sisa daging ikan yang masih menempel di tulang daripada bekas sisa ikan yang saya makan tadi. Saya sedih melihat ibu seperti itu.. Hati saya tersentuh lalu dengan menggunakan sudu saya memberikan ikan itu kepada ibu. Tetapi ibu dengan cepat menolaknya. Ibu berkata : "
Makanlah nak, ibu tak suka makan ikan." –PEMBOHONGAN IBU YANG KEDUA.

Di usia awal remaja, saya masuk sekolah menengah. Ibu pergi ke kedai dengan membawa sejumlah penyapu lidi dan kuih-muih untuk menyara persekolahan saya,abang dan kakak. Suatu dinihari lebih kurang pukul 1.30 pagi saya terjaga dari tidur. Saya melihat ibu membuat kuih dengan beremankan sebuah pelita di hadapannya. Beberapa kali saya melihat kepala ibu terhangguk kerana mengantuk. Saya berkata : "Ibu, tidurlah, esok pagi ibu kena pergi kebun pula." Ibu tersenyum dan berkata : "Cepatlah tidur nak, ibu belum mengantuk lagi." –PEMBOHONGAN IBU YANG KETIGA.
Di hujung musim persekolahan, ibu meminta cuti kerja supaya dapat menemani saya pergi ke sekolah untuk menduduki peperiksaan penting. Ketika hari sudah siang, terik panas matahari mulai menyinari, ibu terus sabar menunggu saya di luar dewan. Ibu seringkali saja tersenyum dan mulutnya terkumat-kamit berdoa kepada Illahi agar saya lulus ujian peperiksaan ini dengan cemerlang. Ketika loceng berbunyi menandakan ujian sudah selesai, ibu dengan segera menyambut saya dan menuangkan kopi yang sudah disiapkan dalam botol yang dibawanya. Kopi yang kental itu tidak dapat dibandingkan dengan kasih sayang ibu yang jauh lebih kental. Melihat tubuh ibu yang dibasahi peluh, saya segera memberikan cawan saya itu kepada ibu dan menyuruhnya minum. Tapi ibu cepat-cepat menolaknya dan berkata : "Minumlah nak, ibu tak haus!!" –PEMBOHONGAN IBU YANG KEEMPAT.

Setelah pemergian ayah kera
na sakit, iaitu selepas saya baru beberapa bulan dilahirkan, ibulah yang mengambil tugas sebagai ayah kepada kami sekeluarga. Ibu bekerja mengambil upah di kebun, membuat penyapu lidi dan menjual kuih-muih agar kami tidak kelaparan. Tapi apalah sangat kudrat seorang ibu. Kehidupan keluarga kami semakin susah dan susah. Melihat keadaan keluarga yang semakin parah, seorang pakcik yang baik hati dan tinggal berjiran dengan kami, datang untuk membantu ibu. Anehnya, ibu menolak bantuan itu. Jiran-jiran sering kali menasihati ibu supaya menikah lagi agar ada seorang lelaki yang akan menjaga dan mencarikan wang untuk kami sekeluarga. Tetapi ibu yang keras hatinya tidak mengendahkan nasihat mereka. Ibu berkata : "Saya tidak perlukan cinta dan saya tidak perlukan lelaki." –PEMBOHONGAN IBU YANG KELIMA.

Setelah kakak dan abang habis belajar dan mula bekerja, ibu sudah pun tua. Kakak dan abang menyuruh ibu supaya berehat sahaja di rumah. Tidak payahlah lagi bersusah payah dan bersengkang mata untuk mencari duit. Tetapi ibu tidak mahu. Ibu rela pergi ke pasar setiap pagi menjual sedikit sayur untuk memenuhi keperluan hidupnya. Kakak dan abang yang bekerja jauh di kota besar sering mengirimkan wang untuk membantu memenuhi keperluan ibu, pun begitu ibu tetap berkeras tidak mahu menerima wang tersebut. Malahan ibu mengirim balik wang itu dan ibu berkata : "
Jangan susah-susah, ibu ada duit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KEENAM.

Setelah tamat pengajian di universiti, saya melanjutkan lagi pelajaran ke peringkat sarjana di luar Negara. Pengajian saya di sana dibiayai sepenuhnya oleh sebuah syarikat besar. Sarjana itu saya sudahi dengan cemerlang,kemudian saya pun bekerja dengan syarikat yang telah membiayai pengajian saya juga di luar negara. Dengan gaji yang agak lumayan, saya berhajat membawa ibu untuk menikmati penghujung hidupnya di luar negara. Pada pandangan saya, ibu sudah puas bersusah payah untuk kami. Hampir seluruh hidupnya habis dengan penderitaan, eloklah kalau hari-hari tuanya ini ibu habiskan dengan keceriaan dan keindahan pula. Tetapi ibu yang baik hati, menolak ajakan saya. Ibu tidak mahu menyusahkan anaknya ini dengan berkata ; "
Tak payahlah, ibu tak biasa tinggal di negara orang." – PEMBOHONGAN IBU YANG KETUJUH.
Beberapa tahun berlalu, ibu semakin tua.. Suatu malam saya menerima berita ibu diserang penyakit kanser. Ibu mesti dibedah secepat mungkin. Saya yang ketika itu berada jauh diseberang samudera terus segera pulang untuk menjenguk ibunda tercinta. Saya melihat ibu terbaring lemah di katil hospital setelah menjalani pembedahan. Ibu yang kelihatan sangat tua, menatap wajah saya dengan penuh kerinduan. Ibu menghadiahkan saya sebuah senyuman biarpun agak kaku kerana terpaksa menahan sakit yang menjalari setiap inci tubuhnya.. Saya dapat melihat dengan jelas betapa seksanya penyakit itu telah memamah tubuh ibu sehingga ibu menjadi terlalu lemah dan kurus. Saya menatap wajah ibu sambil berlinangan air mata. Saya cium tangan ibu kemudian saya kecup pula pipi dan dahinya. Di saat itu hati saya terlalu pedih, sakit sekali melihat ibu dalam keadaan seperti ini. Tetapi ibu tetap tersenyum dan berkata : "Jangan menangis nak, ibu tak sakit." – PEMBOHONGAN IBU YANG KELAPAN.
Setelah mengucapkan pembohongan yang kelapan itu, ibunda tercinta menutup matanya untuk kali terakhir kali. Anda bertuah kerana masih mempunyai ibu dan ayah. Anda boleh memeluk danmenciumnya. Kalau ibu anda jauh dari mata, anda boleh menelefonnya sekarang, dan berkata, 'Ibu,saya sayangkan ibu.' Tapi tidak saya. Sehingga kini saya diburu rasa bersalah yang amat sangat kerana biarpun saya mengasihi ibu lebih dari segala-galanya, tapi tidak pernah sekalipun saya membisikkan kata-kata itu ke telinga ibu, sampailah saat ibu menghembuskan nafasnya yang terakhir.Ibu, maafkan saya. Saya sayangkan ibu…

Friday, November 6, 2009

Buru Hantu Lagi, Pulang Hampa

Tengah malam tadi setelah hujan lebat reda, saya ke sebuah Paya Usang yang airnya telah kering. Tetapi di sana saya dapati air bertakung akibat hujan lebat yang melanda Kelantan sejak 2 hari yang lalu.

Saya berharap akan mendapat sesuatu yang baru dan berlainan dari yang lepas. Tapi hampa. Apa yang saya dapat hanyalah gambar di bawah. Entah apa-apa!. Tak berbaloi langsung pulang dengan kasut kotor dan bersin akibat kena hujan.

Gambar atas yang dibesarkan

Ini rupa yang potong dan besarkan

Wasiat Raja-Raja Melayu

Saya tertarik dengan satu article dari persanan-pesanan.blogspot.com yang bertarikh 09 Ogos 2009. Izinkan saya.

Beberapa soalan saya ialah :

1. 7 perkara itu, adakah kekal dan tidak berubah sehingga sekarang?
2. Apakah pihak Raja-Raja masih memegang dan menjaga amanah itu?
3. Adakah kesemua 7 perkara itu tidak diusik oleh Pemimpin selepas itu terutama Wasiat no.2?
4. Adakah sehingga sekarang orang-orang bukan Melayu mematuhi 7 Wasiat itu

Di bawah adalah Pengistiharan dan 7 Wasiat tersebut:

Hubaya-hubaya bangsa, bahawa pada tarikh 5 Ogos 1957, Duli-Duli Yang Maha Mulia sembilan Raja-Raja Melayu sebagai Raja Pemerintah dari empat ‘Negeri Melayu Bersekutu’ dan lima ‘Negeri Melayu Tidak Bersekutu’ telah memberikan perkenan menurunkan tanda tangan persetujuan kepada pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu dengan memahat Tujuh Wasiat Raja-Raja Melayu yang berbunyi:


Wasiat Raja-Raja Melayu tersebut disampaikan sebelum Merdeka kepada rakyat Melayu yang merupakan rakyat asal dan subjek Raja-Raja Melayu adalah seperti berikut:

"Kami wasiatkan kepada zuriat keturunan kami tujuh perkara yang mana jika kamu bersatu padu dan berpegang teguh kepadanya selama itulah kamu akan aman dan damai dan selamat sejahtera."

TUJUH PERKARA ITU ADALAH:

Pertama:

Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung PERSEKUTUAN TANAH MELAYU (sekarang dikenali dengan nama MALAYSIA).

Kedua:
Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, TANAH SIMPANAN MELAYU sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.

Ketiga:
Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta hak milik kamu, kami tubuhkan REJIMEN ASKAR MELAYU selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.

Keempat:
Kami kekalkan dan kami jamin Kerajaan dan Kedaulatan RAJA-RAJA MELAYU memerintah negara ini.

Kelima:
Kami isytiharkan ISLAM adalah Agama Persekutuan.

Keenam:
Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah BAHASA MELAYU.

Ketujuh:
Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada Raja-Raja Melayu untuk melindungi KEDUDUKAN ISTIMEWA ORANG MELAYU dan KEPENTINGAN SAH KAUM- KAUM LAIN. (Kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Wasiat ini dihasilkan atas kehendak Raja-Raja Melayu untuk mengekalkan kesinambungan sejarah, kedaulatan dan kuasa politik Melayu (yang terletak pada Raja-Raja Melayu) kepada kesinambungan kedaulatan negara yang terletak kepada Raja-Raja Melayu serta mendapat penerimaan rakyat (consensus) melalui wakil-wakil sah yang mempunyai locus standi, maka Perlembagaan Persekutuan mempunyai fasal-fasal tertentu.

Fasal-fasal tersebut adalah perkara 3 (1), (2), (3) dan (5); Perkara 11, Perkara 12, Perkara 38 (5); Perkara 152, Perkara 153 dan Perkara 181 (1). Fasal-fasal ini memerlukan izin MajlisMajlis Raja-Raja Melayu untuk sebarang pindaan perlembagaan Parlimen dibenarkan berkuat kuasa.

Baca seterusnya di sini

Satu kupasan dan pandangan blogger, dalil dan Penerangan baca di sini

Wednesday, November 4, 2009

Bola Dan Politik

Gambar yang memberikan pengertian dan seribu makna
kepada yang mahu berfikir, permusuhan yang bersempadan
Gambar ini yang membuat hatiku kembang!

Gambar sumber asal dari blog NOBISHA

KAMI IRINGI PASUKAN KELANTAN DENGAN DOA
SEMOGA ALLAH GANDAKAN KEKUATAN
DAN PULANG DENGAN JAYA

Terima kasih Kerajaan Negeri Kelantan kerana
mengistiharkan Cuti Peristiwa pada hari Ahad


Terima kasih Tan Sri Annuar

Kerana membawa Kelantan ke final

Monday, November 2, 2009

Yang Ni, Kurang Pasti

Gambar yang ini saya ambil di tepi
Longkang Besar/Monsoon drain
di tempat sunyi berhampiran paya tinggal
tapi airnya sudah kering
pada 31 Okt. 2009 juga jam lebih kurang 2.00 pagi.

Walau bagaimana pun saya kurang pasti sama ada
imej terjadi dari pantulan cahaya atau memang
lembaga itu memang berada di situ.


Gambar 1

Gambar2 yang saya besarkan

Gambar 3

Sunday, November 1, 2009

Horeey! Dah Dapat Rupa Dia

Selepas berusaha meneliti
dan proses gambar yang diambil malam tadi,
akhirnya berjaya juga mendapatkan
rupanya sebagaimana gambar di bawah

Sila klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar

Ini bukan super impose, gambar asli
yang saya ambil sendiri jam 12.30 malam tadi

di kuburan lokasi sama di n3 bawah

"Orbs" Lagi

Buat sedikit editing (tambah gambar)

Malam ini 1 Nov. 2009 jam 12.00 malam saya berseorangan meneroka di Tanah Perkuburan pula. Saya merayau di segenap ceruk perkuburan itu untuk mendapatkan sesuatu yang boleh memuaskan hati saya di dalam usaha mencari "Hantu". Pada saya tidak kiralah Hantu Kubur ke atau hantu apa pun asalkan saya berjaya mengambil gambarnya.

Tetapi apa yang saya dapat hanyalah gambar-gambar di bawah:
Gambar di atas tidak terdapat apa-apa objek pelik.
Tetapi gambar di bawah ada 4 "orbs" (objek bulat).

Di bawah adalah salah satu "orb" yang saya besarkan cerahkan dan
di sebelah bawahnya pula saya ambil dari satu gambar
yang di ambil di sebuah rumah berhantu di Amerika

Gambar di bawah ada hanya satu "orb"

Gambar di bawah adalah "orb"
dari gambar di atas yang saya besarkan

Gambar di bawah pula kosong/tidak terdapat apa objek

Salah satu "Orb" saya besarkan tetapi berbentuk lain sedikit

Satu lagi gambar yang terdapat Objek itu

"Orb" yang berdekatan Wakaf di atas
yang saya besarkan tanpa adunan cahaya

Saturday, October 31, 2009

Apabila Kain Sendiri Dilondeh

Saya syorkan Ahli-Ahli PAS terus menyimpan manusia-manusia ini supaya PAS berantakan dan kehilangan keyakinan serta kepercayaan rakyat. Membuka luaskan pintu fitnah kepada UMNO untuk memburukkan PAS dan seterusnya PRU13 nanti PAS akan lingkup!

Dalam hal ini saya memberikan kredit kepada UMNO kerana bijak dan mengucapkan takziah kepada sekerat dua Pemimpin PAS kerana bodoh sombong. Kerana bodoh sombonglah PAS "berkucar-hayai" sekarang.

UMNO menyumbangkan pil khayal duniawi kepada Pak Lebai di dalam PAS, merabunkan mata mereka dan membutakan hati mereka. Pemimpin PAS yang khayal mulalah menegakkan benang basah di dalam khayalan walau pun ramai ahlinya yang meluat dan marah. Mereka menjadi pengkhianat kepada parti sendiri dengan membuka rahsia di dalam kain PAS semasa di dalam khayalnya kepada orang yang tidak sepatutnya tahu.

Adakah Ahli-Ahli PAS masih ingin menyimpan dan mengekalkan manusia jenis ini sebagai pemimpin. Sepatutnya pengkhianat kepada perjuangan dipancung dan disula di padang saja. Terpulanglah, tepuk dada tanya minda!

N3 yang saya ambil dari pinkturtle2.wordpress.com. Mohon keizinan...

Allah menunjukkan kita rentetan peristiwa yang sangat cantik. Bayekk punya plan. Tapi hanya untuk golongan berfikir.

1. Memola Allah takdirkan Presiden sindir Mursyidul Am, supaya jangan guna blog (media baru) dalam hal-hal dalaman parti.

2. Kemudian, sekejap sangat dari itu, Timbalan Presiden dan Hasan Ali melanggar sendiri sindiran itu dengan menjemput bloggers. Malah jauh lebih dasyat Allah takdirkan dengan penyertaan bloggers UMNO sendiri. Subhanallah. Cun gile.

Dari peristiwa itu, berlakulah satu rahsia party yang selama ini tidak disahkan atau dirasmikan, yakni satu kaedah baiah dengan taklik cerai. Lompat UMNO, cerai talak 3. Allah mengatur semua ini untuk kita, manusia yang berfikir.

Timbalan Presiden dan PJ Selangor sendiri mengesahkan rahsia jemaah Islam SeMalaysia di hadapan semua bloggers termasuk bloggers UMNO! Ini adalah satu kenyataan rasmi! Maha Suci Lu Ya Allah. Memang gua sujud terhadap Lu.

Lu bayangkan rakaman audio mengenai RAHSIA KAEDAH BAIAH CERAI TAKLIK yang berada dalam genggaman bloggers UMNO akan dimanipulasikan seluruh media perdana. Kemudian dibahaskan oleh seluruh ilmuan Islam sekular.

Cerai bini talak 3 jika masuk UMNO – Utusan


Cerai talak 3 adalah penyelewengan agama yang jijik – Mufti Johor.

Betapa besarnya fitnah yang terhasil? Muslim Melayu semakin keliru, non muslim semakin jauh. Kerana lafaz taklik tersebut, mereka tidak boleh melompat keluar party, tetapi berusaha menggabungkan PAS dengan UMNO. Hanya melalui itulah taklik tidak terjatuh. Subhanallah. Lu memang suci Ya Allah. Sungguh cantik sekali peristiwa yang lu susun untuk kami.

Gua tidak mempunyai akhlak yang baik untuk menegakkan satu negara Lu, ya Allah. Tapi gua mempunyai kecerdasan dan keberanian yang boleh melanggar Hadi tahun depan. Harap Lu kekalkan kecerdasan gua, dan tidak membolak-balikkan keberanian gua. Gua kembalikan anugerah yang Lu pinjamkan kepada gua dan rakan-rakan ke jalan Lu kembali. Lu mudahkanlah ya Allah.

Jumpa projek langgar Hadi tahun depan. Insyaallah. Amin.

Rujukan asal http://adukataruna.blogspot.com

Friday, October 30, 2009

Entity Asing?

Jam 1.15 pagi : Kami bertolak ke lokasi yang dikatakan Langsiur selalu muncul termasuk seorang yang telah diganggu dan seorang Bomoh/Dukun Hantu

Jam 1.40 pagi: Kami menunggu di lokasi sambil menghalakan kamera ke segenap arah dengan harapan dapat menangkap sesuatu yang berada di sekitar. Keadaan malam yang sunyi dan sejuk menebalkan harapan kami.

Jam 2.00 pagi: Masih tidak ada apa-apa yang menarik perhatian kami. Tapi kamera masih lagi dihalakan ke segenap arah.

Jam 2.30 pagi: Saya bersendirian merayau di satu lorong sunyi dan gelap di sekitar tempat itu dan saya menangkap sesuatu yang muncul di depan camera. Apa yang saya rakam adalah seperti gambar di bawah

Tompok-tompok di dalam gambar di bawah bukannya kesan jari pada lens camera tetapi sesuatu yang ada disekitar.

Juga gambar di bawah

Gambar di bawah pula adalah gambar di kawasan yang sama
tetapi tidak ada apa-apa yang ditangkap dan kelihatan kosong.


Di bawah ialah tompok-tompok cahaya yang saya besarkan

Mengikut Bomoh yang ikut serta, tompok cahaya ini adalah
satu aura entity asing dalam bentuk asal. Tanpa jelmaan.
Mengikut kata Bomoh itu, entity berkenaan tidak menjelma
dan menzahirkan diri kerana takutkan saya.
Wallahu Aklam!


Walau bagaimana pun saya masih tidak berpuas hati dengan
apa yang saya lihat malam tadi. Saya akan ke sana lagi
berseorangan untuk mencari kepastian.


Insya Allah jika ada apa-apa perkembangan nanti
saya akan ceritakan di n3 yang lain.

Di bawah pula saya uploadkan gelagat Pontianak yang berlaku di satu bangunan di Kota Bharu. Rakaman ini sempat dirakam oleh seorang Jaga yang bertugas di situ pada satu malam.
Rakaman ini saya mendapat secara terus darinya

Thursday, October 29, 2009

Tangkap Langsiur

Saya baru terima sms dari seorang Wartawan pengejar mistri untuk berjumpa jam 1 pagi ini 30 Okt. 2009 di tepi Taman Rekreasi Lubuk Mulung dan akan bergerak ke lokasi. Mengikut berita yang disampaikan, seekor Langsiur selalu berulang alik dari hutan di sebelah satu Taman Perumahan di situ ke satu lokasi lain yang tidak diketahui. Sudah ada yang dirasuk oleh Langsiur itu. Penduduk di sekitar kawasan itu terganggu dan ketakutan.

Malam ini saya diajak untuk menyertai sama operasi menangkap atau menghalau makhluk tersebut. Pada saya perkara ini antara percaya dengan tidak tetapi saya tetap akan pergi dengan membawa kamera digital kerana banyak pendapat menyatakan makhluk halus boleh dirakam dengan menggunakan kamera jenis itu.

Apa yang terjadi nanti saya akan ceritakan kemudian. Insya Allah.

Wednesday, October 28, 2009

Cuti Sakit

Hari ini saya Cuti Sakit kerana kecederaan lama sakit kembali di atas sebab yang tidak saya ketahui. Sebelum ini saya cuba mengangkat slab simen yang dijadikan bangku. Saya terjatuh dan terkoyak otot lengan.

Malam tadi sakitnya berulang, sakit dan susah untuk lena. Walau pun hari ini hanya duduk berehat saja di rumah tetapi hati ini amat malas nak melayan coretan maya kerana agak tawar hati dengan perkembangan di dalam PAS dan situasi kini di DUN Perak. Ditambah pula dengan pertelagahan antara bloggers yang menyokong PAS dan PR sendiri. Ada pula berlaku tuduh menuduh antara kita.




Tuesday, October 27, 2009

PAS Oh PAS

Kenapa perkara sebegini terjadi lagi kepada PAS?. Sekarang Ust. Nasa dan Hassan Ali, dulu tahun 79, Allahyarham Dato' Mohammad Nasir dan gengnya serta disampuk pula oleh polong UMNO dan dibantu oleh Ibrahim Alkatak. Pada tahun itu PAS hanya tinggal Batu Nisan di DUN Kelantan. Apakah PAS terlalu bodoh untuk mengambil iktibar dari peristiwa dulu? Kenapa masih ada lagi manusia begini di dalam PAS dan disimpan pula oleh Perwakilan melalui Muktamarnya baru-baru ini? Atau adakah ini membayangkan persetujuan majoriti Ahli-Ahli PAS yang mengundi mereka?

Satu lagi perkara pelik, kenapa Geng ini menjemput pula pertemuan dengan bloggers anti PR untuk memaklumkan perkara yang tidak sepatutnya diketahui mereka? Apakah niat mereka sebenarnya? Adakah mereka ingin menggunakan bloggers ini untuk mengutuk dan melagakan Pemimpin PAS sebagaimana yang dikatakan oleh blogger PERISIK RAKYAT? Baca di sini

Ini hanyalah persoalan-persoalan dari saya yang secara peribadinya sebagai penyokong perjuangan PAS untuk Agama dan keadilan. Saya agak kecewa dengan keadaan ini walau pun saya bukan Ahli PAS. Dan yang pastinya saya tidak akan menyokong mereka di masa akan datang sekiranya mereka tinggalkan agama dan prinsip perjuangan. Mereka akan jadikan parti mereka sama saja dengan UMNO dan sekiranya itu yang terjadi kenapa tidak sokong saja UMNO?

Hakikatnya PAS perlu dibersihkan dan sintukkan limau!

Saya juga tertarik dengan komen Dato' MAZA, mantan Mufti perlis di blognya berkenaan kemelut PAS ini. Sebahagian petikan saya copy n paste sebagaimana di bawah.

Satu perkara yang wajar PAS akui ialah ramai orang dalam PAS yang sangat sensitif jika ada teguran luar. Jika tidak disambut teguran itu dengan maki hamun pun, unsur-unsur mengutuk pemberi pendapat itu akan muncul. Bukan sahaja orang bawahan, bahkan pihak atasan PAS.

Sebagai contoh yang terkini, lihatlah jawapan Ketua Penerangan PAS Pusat terhadap pandangan seorang tokoh akademik yang terkenal cenderung kepada PR, Prof Dr Aziz Bari. Dalam menjawab kritikan kekalahan PAS di Bagan Pinang, Ketua Penerangan PAS itu menulis:

“Sebagai seorang Prof dan ahli akademik janganlah mengambil data di tepi jalan yang tidak ada kesahihan. Biarlah tuduhan ini dibuat oleh mereka yang tidak bergelar Prof. Memanglah menjadi ahli akademik senang membuat hipotesis daripada bilik berhawa dingin.Tetapi menjadi ahli politik pembangkang berat lagi mata memandang maka berat lagi bahu memikul. Kita janganlah menjadi penganalisa politik yang tidak terjun medan, waktu kalah semua hendak menuding jari. Sewaktu menang di tujuh PRK tidak ada pula komen mengatakan pimpinan Pas cerdik, apabila kalah semua buat tuduhan. Prof Aziz tahu atau tidak keadaan demografi Bagan Pinang. Beliau pergi atau tidak ke kawasan pilihanraya tersebut. Berjumpa atau tidak dengan masyarakat pengundi Bagan Pinang. Tahu atau tidak berapa ahli cawangan Pas dan dan ahli umno di kawasan itu. Keadaan di Bagan Pinang kalau Prof Aziz Bari bertanding pun akan kalah..”.

Inilah layanan terhadap kritikan yang saya kira jujur dari Prof Dr. Aziz Bari. Saya tidak menyatakan saya setuju atau tidak dengan pandangan Dr. Aziz Bari, tetapi saya hairan melihat bahasa sindir dan kutuk yang digunakan, padahal Dr Aziz Bari boleh dikatagorikan sebagai rakan mereka. Jika pun kita tidak bersetuju, gunakanlah uslub atau gaya bahasa yang lebih terhormat.

Bagaimanakah keadaan seperti ini jika PAS berjaya membentuk kerajaan, dan orang-orang awam, ahli akademik serta berkecuali ingin menyampaikan pandangan?! Saya bimbang ruang demokrasi atau bersuara akan menjadi semakin sempit. Pun begitu, alhamdulillah dalam suasana krisis ini, sudah ada pihak dalam PAS juga yang cuba menilai pandangan luar.

Akhirnya, PAS hendaklah benar-benar tahu siapakah musuhnya yang sebenar.

Beberapa perkara berikut patut difikirkan oleh PAS;

  1. Siapakah yang boleh mengheret PAS melanggar prinsip-prinsip Islam yang holistik yang bukan sekadar isu tahalluf siyasi semata?
  2. Siapakah yang ‘sebenarnya’ mencetuskan permusuhan dalaman secara langsung dan tidak langsung dalam PAS selama ini?
  3. Jika PAS berfikir ada pemimpinnya yang patut disingkirkan, maka penyingkiran itu adakah atas alasan pelanggar prinsip, atau sekadar pelanggaran pendekatan?
  4. Antara mengerat ‘orang dalam’ dan mengerat ‘orang menumpang’ yang menyusahkan; manakah yang patut diutamakan?
  5. Adakah PAS yang memerlukan PR atau PR memerlukan PAS?
  6. Adakah agenda Islamik itu yang lebih besar dalam PAS atau agenda politik PR?
  7. Apa beza dari masa depan Islam antara kerjasama dengan DAP dan PKR dan kerjasama dengan UMNO?

- Dr Mohd Asri Zainul Abidin, USM.

Sila baca sepenuhnya di sini

Hari Lahir Along

UCAPAN SELAMAT MENYAMBUT HARI LAHIR BUAT ALONG
Dari Papa , Mama dan Adik
Dengan doa dan harapan semoga Along akan dirahmati Allah,
di tunaikan cita-cita dan dimurahkan rezeki.

Ucapan yang agak lambat sikit kerana Along sedang belayar
Kami semua rindukan Along

Saturday, October 24, 2009

Tidak Petriotikkah Ayah?

Ketika Jepun menyerang dan menakluki Malaya, ayah masih dengan Kereta Lembunya. Zaman itu adalah zaman survival. Ramai manusia kebuluran dan tidak cukup makan dan pakaian pun tidak ada. Ramai yang hanya hidup dengan Ubi Kayu dan Jagung. Pakaian yang ada hanya sehelai sepinggang yang koyak rabak dijahit dengan menggunakan urat daun nenas yang dijadikan benang. Ada yang hanya mempunyai sehelai kain untuk suami isteri bergilir-gilir. Kalau sisuami berkain maka siisteri terpaksa bertapa di dalam bilik bertelanjang!. Bayangkanlah betapa susahnya peribumi di zaman itu.

Kerana Jepun amat memerlukan pengangkutan untuk membawa barangan militer serta bekalan logistik dan sebagainya, ayah mengambil peluang ini bekerja dengan Jepun mengangkut barang-barang Jepun menggunakan kereta lembunya. Pada waktu malam pula ayah mengurut badan Pegawai tentera Jepun. Jadi melalui usaha begitu ayah mempunyai hubungan yang rapat dengan Jepun. Mengikut cerita ayah keluarga kami agak mewah ketika itu walau pun orang lain hidup penuh derita dan papa kedana. Keluarga kami mewah dengan beras, lauk dan pakaian. Tidak payah makan ubi dan jagung dan tidak payah bergilir pakaian untuk melindungi badan.

Bila ayah ceritakan pada saya tentang kehidupannya di zaman itu, hati saya terdetik dengan satu soalan, "Adakah ayah tidak petriotik?". Kerana apa yang saya faham mengikut cerita sejarah, ramai Orang Melayu mati kerana melawan Jepun yang menakluki kita tetapi ayah membantu Jepun dengan kereta lembunya!. Sekarang barulah saya tahu, demi survival keluarga, ayah terpaksa lakukan itu. Di masa itu ayah sudah mempunyai dua orang anak kecil iaitu Abang Sulung dan Abang Kedua saya. Mereka berselang dua tahun.

Hakikatnya ayah bertarung nyawa bila bekerja dengan Jepun di Pengkalan Tentera Gong Kedak, Pasir Puteh. Pengkalan Tentera Gong Kedak ialah sebuah Pengkalan Tentera British yang ada landasan Kapal Terbang Perang yang telah dikuasai oleh Jepun di Kelantan. Pengkalan ini boleh dikatakan lengkap dengan pertahanan dan sebagainya di zaman itu. Bukan hanya ayah seorang saja yang berkerja dengan Jepun di situ. Ramai lagi manusia yang berfikiran seperti ayah bekerja di situ.

Pada suatu pagi ketika ayah dan kawan-kawannya sedang memacu kereta lembunya dengan muatan barangan Jepun di tengah-tengah landasan terbang di situ, pihak British melakukan serangan udara. Ayah terperangkap di tempat lapang di situ. Tentulah ayah dan kawan-kawannya menjadi sasaran British yang sedang mengebom. Sudah tentu dari segi logiknya British menganggap semuanya Jepun walau siapa pun di sana kerana mereka membantu Jepun.

Ketika kelam kabut itu, orang lain semuanya lari bertempiaran dengan meninggalkan lembu dan keretanya di tempat yang lapang itu menjadikan sasaran yang mudah bagi british kerana terdedah. Ayah tidak meninggalkan lembu-lembu dan keretanya. Namun ayah tetap memacu kereta lembunya dengan tenang merentasi lapangan itu sehingga memasuki Kubu bawah tanah. Banyak lembu yang mati dan kereta lembu hancur menjadi sasaran serangan itu. Alhamdulilllah ayah dan lembunya selamat dilindungi Allah.

Bila saya tanya ayah kenapa dia tidak lari dan meninggalkan lembu dan keretanya di situ untuk menyelamatkan diri? Ayah menyoal saya balik, "Bolehkah kamu larikan diri dari maut sekiranya ditakdirkan kamu akan mati ketika itu?". Barulah saya faham rupanya ayah mempunyai hati yang kental dan tawakkal yang tinggi. Rupanya bagi ayah, Lembu dan keretanya adalah nyawanya dan nyawa keluarga!. Jadi ayah tidak akan menggadaikannya.

Dalam persoalan ini saya tanya ayah, tidakkah ayah merasa bersalah bekerja dengan Jepun demi untuk hidup sedangkan orang lain bermatian berjuang melawan Jepun? Jawapannya mudah. Dia menyoal saya balik "Apa bezanya dengan Melayu yang berkerja dengan British sebelun ini, bukankah British itu juga Penjajah?". "Bukankah sia-sia dan bodoh namanya menggadaikan nyawa melawan Penjajah Jepun untuk diserahkan pula kepada Penjajah Brittish?". Sambungnya lagi, "Bukankah lebih hina manusia yang kekerja membantu British ketika aman kerana inginkan kemewahan berbanding dengan ayah bekerja untuk Jepun semasa gawat/perang demi survival keluarga?"

Saya tabik ayah!

Friday, October 23, 2009

Muktamar Luar Biasa

Bagi saya alasan YAB. Tok Guru Dato' Nik Aziz menyarankan AGM luar biasa PAS adalah praktikal. Dengan memberikan mandat kepada perwakilan yang mewakili akar umbi adalah wajar untuk membersihkan PAS. Sekiranya akar umbi masih mahukan pemimpin yang dianggap bermasalah dan mencemari prinsip dan perjuangan PAS, maka lantaklah. Yang pasti bagi saya, mereka akan membawa kehancuran sebab kehilangan sokongan pengundi.

Saya yang di atas pagar pun tidak senang hati melihat satu wadah politik yang berorientasikan agama Islam semakin longgar pegangannya dan semakin terhakis sokongan rakyat kepada mereka. Mereka semakin menyenakkan penyokong dengan bercakaran idea dan teknik perjuangan. Kluk-klek dan ghok-ghak di dalam PAS membawa liability kepada Pakatan Rakyat kerana memberikan persepsi negatif kepada rakyat. Sekiranya di kalangan pemimpin PAS sendiri masih tiada hala tuju yang tetap dengan percakaran pandangan dan pendapat, bagaimana mahu menarik kepercayaan rakyat?

PR masih di dalam pemerhatian pengundi. Kepercayaan rakyat masih belum terpahat sepenuhnya di hati rakyat. Rakyat masih dan sedang menilai kebijaksanaan pemimpin PR memimpin parti serta sikap masing-masing sebelum menyerahkan kuasa pemerintahan Malaysia. Rakyat tidak sembrono di dalam hal ini. Kestabilan PR adalah bergantung kepada kestabilan parti-parti di dalamnya. PR bukanya kuat lagi. Masih diperingkat tunas yang baru membesar. Rakyatlah yang membajainya. Dalam hal ini komen Prof. Dr. Aziz Bari adalah relevan.

Bagi blogger aduka taruna dan mungkin juga Pak Bakar, adalah kedudukan
Mursyidul Am bukannya berkuasa memanggil AGM tetapi seperti kata aduka taruna sparknya boleh mencetuskan bakaran semangat ke arah itu. Tetapi perkataan "Timing" di tajuk blog aduka taruna dan juga Pak Bakar saya tidak faham. Mungkin kerana saya bukan di dalam kalangan orang dalaman PAS maka saya buta dengan keadaan dan suasana di dalam PAS itu sendiri. Di sini saya perlu memohon maaf sekiranya saya tersilap.

Di bawah saya petik sebahagian pandangan
YAB. Tok Guru Dato' Nik Aziz, Mursyidul Am PAS di blognya.

Isu yang ada di hadapan kita sekarang ialah isu kepimpinan. Biar saya mulakan begini. Saya boleh bersetuju dengan sebahagian dari tulisan Dr. Aziz Bari yang ada tersiar dalam akhbar Sinar Harian pada 19 Okt. 2009 di mukasurat N16. Antara lain, beliau mengemukakan teguran dan saranan seperti berikut :


“Dalam konteks sekarang Pakatan perlu dibenarkan membentuk kerajaan di peringkat Persekutuan supaya kita dapat membezakan kelainan mereka melaksanakan Perlembagaan.”

“Fungsi Dewan memantau kerajaan. Dalam sistem demokrasi berparlimen yang kita amalkan kerajaan pada hakikatnya dimiliki Dewan.”

“Dengan itu mungkin sudah sampai masanya Pas membuat langkah drastik, sama ada mendisiplinkan Exco Selangor, Datuk Dr Hasan Mohamad Ali atau menyingkirkannya terus.”

“Bagaimanapun, ini tidak mudah untuk berlaku kerana Hasan dilihat mewakili golongan yang pro-Umno dalam PAS seperti Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Nasharuddin Mat Isa dan penyokong mereka.”

“Dalam kekecohan di Selangor Abdul Hadi membisu sehingga di dalam parti sudah ada yang berkata bahawa Abdul Hadi adalah watak bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi dalam PAS. Sementara itu Nasharuddin membela tindakan Hasan itu secara terbuka.”

“Saya fikir ada beberapa tokoh tertentu dalam PAS yang boleh merubah keadaan. Beberapa bulan kebelakangan ini imej dan kemampuan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak agak menonjol dan kelihatannya beliau mempunyai kemampuan untuk memimpin parti.”

“Saya tertarik dengan kelicikan Azizan menyiku Azman Shapawi, Naib Ketua Pemuda PAS dalam isu penjualan arak beberapa bulan lalu. Dalam pada itu organisasi PAS di Kedah dikatakan lebih baik daripada apa yang ada di Terengganu.”

“Buat masa ini, hanya 32 peratus pengundi yang yakin dengan kemampuan Pakatan. Jika PAS kekal dengan kapten yang ada ini (sokongan) mungkin akan berkurangan.”

Seterusnya sila ke sini

Thursday, October 22, 2009

Apakah Ini Gambaran Sikap PAS?

Apakah ini bermaksud parti yang berorientasikan agama tidak boleh ditegur? Atau memang menggambarkan kerasnya kepala dan hati Institut Kajian Polisi, PAS Negeri Terengganu (IKPNT)?

Pro Aziz Bari disanjung hanya jika beliau mengkritik UMNO tetapi akan diherdik jika mengkritik dan memberi cadangan kepada PAS! Apakah ini melambangkan rupa PAS sebenar?

Sila baca di sini
di sini

Tuesday, October 20, 2009

Tahniah Adik

Tahniah untuk Adik, Papa bangga.
Terima kasih
Adik
Bersama keluarga dan sepupunya
Saya amat bangga dengan mereka (anak-anak)
Tetapi masih belum berbangga dengan penampilan.

Dalam hal ini saya masih gagal walau pun
benihnya telah lama disemai

Saturday, October 17, 2009

Hilang Jap

Assalamualaikum w.b.t

Maaf semua tak dapat update blog 3-4 hari. Sekarang saya bercuti di KL dan Shah Alam kerana menghadiri Convo anak kedua (Adik) di UiTM Shah Alam.

Sekarang menginap di rumah adik di Sunway Kayangan.

Selamat Dipavalli untuk semua rakan Hindu, semoga sejahtera.

Wednesday, October 14, 2009

Kenapa PAS Kalah?

Saya suka pada analisa di bawah yang saya petik dari sini. Izinkan saya.

Mereka hanya bergantung sepenuhnya dengan kerja dan perancangan akal manusia.


Solat, yer solat. Tetapi berapa ramai yang solat kerana Allah swt? Berapa ramai yang solat sebab "dia ahli PAS"? Berapa ramai yang solat kerana malu sebab orang lain solat?

Lebih malang lagi, berapa ramai yang berkopiah dan berjanggut tapi tak solat pun !!!!

Amatlah malang sekali apabila kita yang mendakwa sebagai ahli Gerakan Islam masih menjadikan faktor "dunia" sebagai "bunga silat" dalam menghalalkan kekalahan kita dan gagal sama sekali untuk merenung dan bermuhasabah diri dengan faktor faktor "Allah swt".