Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 25, 2014

Aku Rasa Dalam Hal Ini DAP Bertindak Bodoh!

Kenapa harus dipanaskan lagi keadaan yang dah mula nak reda?
Adakah dendam DAP terhadap PAS masih belum reda?

Bukankah MB dah kata kerusi Timbalan Speaker akan dilantik dari kalangan ADUN PAS?

Aku nampak dalam krisis ini (MB Selangor) DAP belum tercemar sangat di mata pengundi.
Tetapi kalau dendam tak berkesudahan, di manakah akhirnya?

Bertanding untuk ajar PAS – Suee Lim
 | November 24, 2014
Ia termasuk tanda tidak senang hati DAP atas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat khas PR
Ng Suee LimSHAH ALAM: ADUN DAP-Sekinchan, Ng Suee Lim menyatakan tindakannya bertanding merebut jawatan Timbalan Speaker DUN Selangor sebagai mengajar PAS supaya berkelakuan baik sebagai anggota Pakatan Rakyat.
Katanya, PAS tidak memperlihatkan semangat perpaduan PR dalam isu pemecatan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor sebelum ini.
“Ia termasuk tanda tidak senang hati DAP atas tindakan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang tidak menghadiri mesyuarat khas PR,” tambahnya.
Suee Lim menambah, keputusan bertanding juga bertujuan mencipta satu budaya baru dalam PR dan bukannya sesuatu jawatan hanya ditentukan oleh satu calon sahaja.
Katanya, beliau dengan Mohd Shafie Ngah merupakan kawan baik kerana sama-sama berasal dari Sekinchan dan menambah, ”Saya sedar bukan mudah untuk menang tapi tidak salah mencuba.”
ADUN Sekinchan itu berkata, beliau menikmati sokongan penuh daripada semua ADUN DAP berikutan memperoleh 14 undi dalam pengundian sulit ketika memilih Timbalan Speaker.

2 comments:

  1. DAP tak bodoh , jauh dari Bahalol.

    DAP nak lihat reaksi PAS samada matang atau ber tindak bahalol gaya tuan guru

    ReplyDelete
  2. Nak kejutkan orang yg tidur mati perlu dgn kaedah kasar, jika dibelai-belai bertambah lena lagilah tidurnya.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa