Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 24, 2014

Panas, Pedas Dari Ariff Sabri!

Ariff Sabri : Bendera UMNO lambang gerombolan gila kuasa
 | November 24, 2014
UMNO kini bukan lagi sebuah parti yang mengundang penghormatan sebaliknya merupakan lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat.
Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul AzizPETALING JAYA: Kini banyak kelihatan bendera UMNO hampir di setiap sudut Kuala Lumpur. Umum tahu bahawa Perhimpunan Agung UMNO akan berlangsung mulai esok.
Melihatkan kemeriahan bendera UMNO di sana-sini, Datuk Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz menyatakan, Bendera UMNO bukan lagi lambang yang boleh dimegahkan pengikutnya kerana UMNO kini bukanlah parti yang mengundang penghormatan. Ia lambang kepada gerombolan gila kuasa yang mahu menekan dan menindas rakyat yang tidak bersetuju dengan dasar-dasarnya.
Tegasnya, bendera UMNO bukan lagi lambang sesuatu yang dimuliakan dan dihormati rakyat, bukan lagi lambang kelompok manusia yang megah dan bukan lagi lambang parti mulia Onn Jaafar, Tengku Abdul Rahman, Tun Razak. Ia bukan lambang parti orang Melayu yang datang dari kampong, merendah diri yang bangkit berarak menentang Malayan Union dahulu. Sebaiknya, bendera UMNO sudah menjadi lambang pemerintahan kuku besi atau “reign of terror” bayangan kepada sebuah parti di mana ahlinya ganas dan membuli rakyat.
Tegas Ahli Parlimen DAP- Raub itu, ia merupakan bendera parti yang membiarkan kumpulan ala samseng membuat laporan polis lengkap dengan uniform para militari; yang bercakap ajak berkelahi, merusuh dan membinasa orang lain.
“Anak muda Melayu pun meluat tengok telatah pimpinan UMNO yang dahulunya malas belajar semasa sekolah, sekarang jadi kontraktor klas F dan lain-lain nya tapi oleh kerana jadi AJK UMNO bahagian atau ahli UMNO cekai sekali pun- berlagak macam dunia ini mereka yang punya,” tambahnya melalui blognya Sakmongkol AK47.
Mohd Ariff berpendapat, UMNO tidak sedar bahawa mereka hanya sebahagian daripada orang Melayu dan mereka yang angkat diri sendiri menjadi jurucakap Melayu. Sudah ramai Melayu yang tidak mahu UMNO bercakap bagi pihak mereka. Kenapa kita mahu membiarkan budak lepasan SRP, SPM menjadi jurubicara bangsa kita? Kita bukan ahli JKKK.
Beliau seterusnya berkata, cara UMNO sekarang mempertahankan kuasa ialah bukan dengan kekuatan buah pemikiran, kemantapan dasar pemerintahannya tetapi melalui ugutan menggunakan tekanan, kezaliman, kuasa polis dan tentera.
“Orang ramai akan kata- ini bendera parti kaki pukul, kaki ugut, kaki gunakan polis sebagai budak suruhan, kaki yang hantar budak upahan menendang pelajar, menakutkan bangsa lain rakyat Malaysia.,” tambah beliau lagi.
Beliau yang berpendapat ibu bapa serta kaum keluarga yang masih menyokong UMNO, berdosa terhadap anak-anak mereka diganyang dan menyuruh agar menjauhkan diri dari UMNO.
“Parti ini sudah tidak dapat dibantu. Pemimpin asyik berpoya melayan para isteri bermewah mewahan. Harta benda rakyat habis disapu. Ia parti yang menuju kepada penghujung hayat – pengikutnya naik sasau dan mudah meletup. Ia hanya boleh mempertahankan keberadaannya melalui ugutan, tangkapan, penggunaan undang-undang zalim, dan teriakan mengkasari orang lain,”sambungnya.

5 comments:

  1. Kita hanya mampu menyalak bukit, sedangkan mereka galak menarah bukit,kita hanya menebar jala di sungai lesu, sedangkan mereka menahan lukah di pergentingan,kita hanya berkapcai buruk, itupun dah kena tarik subsidi oula....

    ReplyDelete
  2. Orang orang umno ini rata rata bacul , bahalol , dan benggap.

    Sekim Pembahalolan Bangsa yang mereka guna telah membenggap diri mereka akan pupus ikut masa.

    Mana ada manusia secara logik akal bangga jadi bahalol macam umno.

    ReplyDelete
  3. Abe

    Ambo pastekan komen ambo yang disiarkan disatu blog lain untuk perbahasan disini.

    UMNO Baru adalah vehicle pemimpin melayu untuk menjaga agar mereka terus dapat berkuasa dengan mempergunakan sokongan orang melayu untuk kep3ntingan diri mereka dan kelompok kecil mereka.

    Manakala UMNO ditubuhkan tahun 1946 untuk menuntut kemerdekaan dari British dan sebagai payung orang melayu dan Islam.

    Perbezaan ini begitu jelas dan nyata. Kita orang melayu semakin terhimpit di tanah air s3ndi4i. T3tapi pemimpin UMNO Baru dan kroni mereka semakin senang lenang, kaya raya. Mutakhir inj kita semakin dit3kan oleh mereka.

    BENAR KATA SAKMOMGKOL!
    .................
    Sdra Pembahas sekalian

    Secara undang-undang, bendera UMNO Baru sekarang bukan b3ndera asal UMNO yang ditubuhkan dalam tahun 1946. Saya ramai dari kita tidak tahu fakta ini.Secara teknikalnya, Sakmongkol betul dengan andaiannya.

    UMNO Baru bukan UMNO Lama dari segi perundangan iaitu Akta Pertubuhan dimana semua parti politik Malaysia berdaftar. UMNO Baru dan UMNO adalah 2 pertubuhan berbeza dari s3gi undang-undang. Dari segi roh pun memang jauh berbeza. UMNO ditubuhkan dalam tahun 1946 untuk menuntuk kemerdekaan dari British dan menjadi payung kepada orang m3layu dan Islam.

    Manakala UMNO Baru ditubuh oleh Mahathir ( yang sengaja membiarkan UMNO mati bila di haramkan oleh mahkamah dalam tahun 1987) dalam tahun 1988 s3bagai vehicle, pertamanya untuk mengelak dia dicabar lagi dalam pemilihan2 berikut jika UMNO dihidupkan. Kedua, dengan UMNO Baru yang beliau tubuhkan, beliau mempunyai kuasa 100% untuk menentukan segala-galanya. Dengan cara ini dia boleh memastikan dia tidak akan dicabar selama yang dia mahu kerana dia mempunyai kuasa penuh untuk tidak membenarkan musuh2 politiknya dan bakal pencabarnya seperti Kuli dari menyertai UMNO Baru.

    Sebab itu Kuli tubuhkan Semangat 46. Mahathir tidak membenarkan Kuli dan penyokongnya menyertai UMNO Baru. Inilah sebab mengapa Mahathir boleh bertahan b3gitu lama. Dia boleh tentukan pelbagai peraturan supaya dia tidak dicabar.

    UMNO Baru adalah vehicle untuk mengekalkan kuasa Mahathir sebagai PM selama dia mahu sebenarnya dengan apa cara sekali pun. Selagi orang melayu boleh ditipu agar menyokong UMNO Baru, selama itu Mahathir kekal sebagai Presiden dan PM!

    Berbalik kita kepada UMNO Baru dan UMNO tidak sama. Dari segi akta diatas, apabila sesuatu perubuhan atau parti politik yang sudah diharamkan, segala perlembagaan, moto, bendera, logo dsb tidak bol3h diguna kembali oleh mana-mana pertubuhan atau parti politik yang didaftarkan selepas p3ngharamannya.

    Jadi walaupun perlembagaan, bendera, logo UMNO Baru nampak sama dengan UMNO tetapi ia telah diubah s3dikit untuk membezakannya dengan milek UMNO. Syarat ini telah ditetapkan oleh Pendaftar Pertubuhan sebelum pendaftaran UMNO Baru di luluskan.

    Jadi dengan syarat2 yang diletakkan ol3h Pendaftaran Pertubuhan seb3lum pendaftaran UMNO Baru diluluskan merupakan bukti bahawa UMNO Baru dan UMNO tiada apa-apa kaitan dan adalah 2 parti politik yang berbeza.

    Jika ada sesiapa yang mengatakan sebaliknya, minta apa hujah dan sandarannya. Kalau sekadar logik yang tidak mengambilkira Akta Pertubuhan 1966, memang xboleh pakai. Kalau pakai logik, kita mempunyai lebih banyak logik akal untuk msngatakan UMNO Baru bukan UMNO!

    Harap semua maklum! Sakmongkol memang betul dengan andaiannya....

    ReplyDelete
  4. You actually make it appear really easy with your presentation but I find this topic to be really
    something which I feel I might by no means understand.

    It sort plenty of fish dating site of free dating feels
    too complex and very broad for me. I'm taking a look forward in your subsequent put up,
    I'll attempt to get the cling of it!

    ReplyDelete
  5. You actually make it appear really easy with your presentation but I find this topic to be really one thing which I think I might never
    understand. It kind of feels too complex and extremely
    huge for me. I am looking ahead in your subsequent put up, I'll attempt
    to get the cling plenty of fish dating site of free dating it!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa