Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 30, 2014

Hudud: Lampu Hijau Dari BN Tapi Adakah Akan Dapat Sokongan MP?

Terserah kepada Kelantan bila mahu bentang hudud di Parlimen, kata menteri
Published: 30 November 2014 - TMI
Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan untuk melaksanakan hukum hudud. – Gambar fail The Malaysian Insider, 30 November, 2014.

Kerajaan persekutuan menyerahkan sepenuhnya kepada kerajaan negeri Kelantan untuk membentangkan ke Parlimen rang undang-undang persendirian mengenai hukum hudud bagi dilaksanakan di negeri itu.

Menteri Di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata ia adalah hak kerajaan negeri Kelantan, bukannya bidang kuasa Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hukum berkenaan.

"Kita (kerajaan pusat) tidak ada masalah mengenainya (rang undang-undang tersebut), dan ianya adalah hak kerajaan negeri," katanya.

Beliau bercakap kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Tilawah Al-Quran GLCs peringkat kebangsaan kali pertama 1436/2014M di Balai Islam di Kota Baru, hari ini.

Turut hadir ketua pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia Datuk Othman Mustapha dan pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Dakwah, Penerangan dan Hubungan Serantau Negeri Datuk Mohd Nassuruddin Daud.

Jamil Khir mengulas kenyataan Timbalan Menteri Besar Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah baru-baru ini berkaitan hukum hudud di negeri itu.

Amar berkata Jawatankuasa Teknikal Pusat mengenai hudud akan bermesyuarat Disember ini untuk merumus dan mencadangkan kepada kerajaan negeri serta pusat bagi memastikan ia dapat direalisasikan tahun depan.

Beliau berkata mesyuarat kali ketiga itu juga akan turut memutuskan keperluan untuk meminda Akta 355 atau Perkara 76 (A) yang memerlukan satu rang undang-undang persendirian untuk dibawa ke Parlimen. – Bernama, 30 November, 2014.

2 comments:

  1. UMNO lahanat ; bila PAS masok kan hudud pasti DAP tak setuju. BN suroh PAS dan DAP gaduh....

    Hudud boleh buat tapi dapat setuju semua dalam pakatan rakyat dulu.

    PAS orang orang bahalol , akan makan umpan BN ini. Ekonomi PAS tak ada , nak hancur pakatan pulak.

    Sah , PAS bahalol. Harap BR1M tuk bagi rakyat makan.

    ReplyDelete
  2. Barua mamat KAGAT sekoq ni
    Sembang boleh la..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa