Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 26, 2014

Hah......Yong Teck Lee Dah Menyinga!

Nazri dan Ahmad Zahid patut letak jawatan – Teck Lee
 | November 25, 2014
Bekas Ketua Menteri Sabah itu menggesa Nazri dan Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas
Yong Teck LeeKOTA KINABALU: Datuk Seri Yong Teck Lee mendesak supaya Datuk Seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi meletakkan jawatan berikutan kegagalan mereka mengelakkan kerosakan ekonomi Sabah.
Beliau membidas Nazri selaku Menteri Kebudayaan dan Pelancongan sebagai perosak ekonomi Sabah berikutan kenyataannya yang culas mengenai industri pelancongan negeri.
Menurut Presiden Parti Progresif Sabah (SAPP) itu, industri pelancongan Sabah terjejas teruk akibat pengakuan Nazri yang ‘berkata benar’ bahawa Sabah tidak selamat dilawati.
Beliau turut membidas Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi yang didakwa gagal menjaga keselamatan di pantai timur Sabah.
“Kini kementerian pelancongan pula mewujudkan tragedi berganda bagi Sabah dengan memberitahu seluruh dunia bahawa Sabah tidak selamat,” katanya dalam suatu kenyataan.
Beliau menambah: ”Sedihnya, menteri ini telah menyebabkan keraguan mengenai status keselamatan bukan saja di Pantai Timur tetapi juga di seluruh Sabah.”
Sehubungan itu bekas Ketua Menteri Sabah itu menggesa Nazri dan Ahmad Zahid meletakkan jawatan kerana gagal menjalankan tugas.
“Apa yang menteri ini pada umumnya cuba sampaikan ialah beliau enggan atau gagal melakukan tugas dipertanggungjawab kepadanya. Dan sebab itulah, beliau patut meletak jawatan dengan segera,” katanya.

1 comment:

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa