Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 27, 2014

Sebijak-bijak Khalid Bila Emosi Jadi Kartun Juga!

Azmin minta Khalid dapatkan fakta sebenar
 | November 26, 2014
Kita boleh buktikan dengan mudah ia bukan merupakan angka sebenar yang diberikan oleh Khalid.
Azmin Ali Khalid IbrahimSHAH ALAM : Menteri Besar Selangor, Mohamed Azmin Ali menasihatkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim agar mendapatkan fakta sebenar sebelum menyatakan bajet Selangor yang dibentangkan sejak enam tahun lalu tidak pernah defisit.
“Kita boleh buktikan dengan mudah ia bukan merupakan angka sebenar yang diberikan olehnya,” katanya kepada pemberita di lobi Dewan Annex Shah Alam hari ini.
Ketika ditanya jika beliau akan membuktikan angka berkenaan bajet yang didakwa Khalid, Azmin berpendapat rakyat telah mengetahuinya.
Semalam, Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim membidas pengganti beliau, Mohamed Azmin Ali bahawa bajet Selangor yang dibentangkan sejak enam tahun lalu tidak pernah defisit.
Katanya, ia disokong oleh Laporan Ketua Audit Negara yang menunjukkan negeri itu sentiasa mencatat lebih pendapatan hasil daripada pengurusan kewangan yang baik.
Beliau menjelaskan, walaupun pentadbiran terdahulu memohon perbekalan tambahan setiap tahun sejak 2008, kerajaan Selangor sebenarnya mempunyai lebihan berikutan hasil kerajaan negeri melebihi perbelanjaan.
Tambahnya, menurut Laporan Ketua Audit Negara walaupun kerajaan negeri memohon perbekalan tambahan setiap tahun, rizab negeri tidak pernah berkurang malah semakin bertambah saban tahun.
Mengulas lanjut, Azmin turut mempertahankan dakwaannya bahawa Khalid mengamalkan perbelanjaan defisit sepanjang enam tahun pentadbiran dan menyatakan kaedah perkiraan bekas Menteri Besar itu adalah tidak tepat.
Katanya, jika dibandingkan antara perbelanjaan dan jumlah rizab, sudah semestinya mempunyai lebihan, namun dalam merangka bajet, seharusnya membuat perbandingan antara anggaran perbelanjaan dan hasil.
“Jadi, jika hasil lebih besar daripada perbelanjaan, dia (Khalid) boleh kata itu merupakan bajet lebihan. Tetapi jika jumlah hasil kurang daripada jumlah keseluruhan perbelanjaan bajet, maka sudah semestinya ia merupakan bajet defisit, semudah itu.
“Dia (Khalid) tidak boleh membandingkan antara jumlah keseluruhan rizab dengan jumlah perbelanjaan yang digunakan bagi setiap tahun,” ujarnya.

1 comment:

  1. Khalid lupa diri bongkak lagi sombomg hina orang orang PKR yang bantu nya masok politik.

    Khalid ber kawan dengan geng geng lahanat , hingga lupa diri terus menipu rakyat.

    Khalid gagal jadi orang baik !!!

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa