25 November 2014 2:17 AM
KUALA LUMPUR 24 Nov. – Atlet terjun negara, Pandelela Rinong terselamat apabila kereta dipandunya terbabas ketika cuba mengelak sebuah kenderaan di hadapannya yang menukar arah secara mengejut di Jalan Mahameru berdekatan Parlimen, awal pagi ini.
Pegawai Turus Siasatan dan Perundangan Trafik Kuala Lumpur, Deputi Supritendan S. Markandan berkata, semasa kejadian pada pukul 1 pagi itu, Pandelela dalam perjalanan dari Sentul menuju ke Bukit Jalil selepas keluar makan bersama rakan-rakannya.
Katanya, setibanya di lokasi kejadian, sebuah kenderaan lain tiba-tiba cuba memintas kereta Chevrolet Cruze miliknya sehingga menyebabkannya terbabas lalu merempuh penghadang jalan dan papan tanda.
“Kereta tersebut kemudian memasuki sebatang longkang. Mangsa bagaimanapun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.
Chevrolet Sonic la bukannya Chevrolet Cruze
ReplyDeleteKalau kereta proton ke , perodua ke mungkin dah kiok kereta pun putus dua tiga.
ReplyDeleteKeputusan bijak jugak.