Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 20, 2014

Berita Yang Tak Sedap Didengar Dan Tak Senang Dibaca!

Laporan eksklusif Al Jazeera kisah pelarian didera di pusat tahanan Malaysia 
Published: 20 November 2014 - TMI
Malaysia dilihat menzalimi dan mengeksploitasi pelarian di dalam penjara dalam laporan berita Al Jazeera selepas dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB. – Gambar Reuters, 20 November, 2014.

Layanan Malaysia terhadap pelarian menjadi perhatian sekali lagi susulan laporan berita Al Jazeera yang memaparkan keadaan mereka dizalimi dan dieksploitasi di dalam penjara, serta kegiatan rasuah kakitangan Pesuruhjaya Tinggi Persatuan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) bagi Pelarian (UNHCR).
Dalam satu program yang masih belum disiarkan di saluran 101 East, penyampai kanan dan wartawan Steve Chao menyamar sebagai seorang paderi bagi mendapatkan akses ke dalam pusat tahanan yang "terkenal" itu di mana ditempatkan pelarian yang ditangkap.

Menurut UNHCR, terdapat 150,000 pelarian yang melarikan diri dari negara asal mereka ke Malaysia, dengan harapan dipindahkan ke negara ketiga.
Bagaimanapun, Malaysia, yang baru-baru ini dipilih sebagai salah satu ahli tidak tetap Majlis Keselamatan PBB, menolak menandatangani Konvensyen Pelarian 1951 atau Protokol 1967 bagi mengiktiraf status pelarian.
Oleh itu, mereka tidak dibenarkan bekerja atau pergi ke sekolah, mendorong mereka menubuhkan pusat komuniti mereka sendiri bagi pendidikan anak-anak mereka.
Mereka juga boleh ditahan bila-bila masa dan akan ditempatkan di dalam pusat tahanan yang penuh sesak di mana Chao mendapati keadaannya sangat daif.
Laporan itu menunjukkan pertemuan Chao dengan berpuluh-puluh pelarian di pusat itu, ramai daripada mereka dirantai dan digari sementara yang lain ada yang tidak makan beberapa hari.
Beliau juga menemui di sana wanita yang ditahan hanya beberapa jam selepas melahirkan dan juga kanak-kanak, yang merupakan satu pelanggaran Konvensyen PBB mengenai Hak Kanak-kanak.
Pelarian ditahan dalam sel yang sempit sepanjang hari dan beberapa orang mengadu kepada Chao mereka dipaksa bogel di hadapan orang lain dan kemudiannya dipukul, ditampar dan ditendang manakala seorang bekas tahanan memberitahu wartawan Al-Jazeera itu, dia didera menggunakan batang besi.
Walaupun pihak berkuasa Malaysia mengakui terdapat kes penderaan yang berlaku di pusat tahanan, ia menegaskan, keadaannya lebih baik daripada di negara lain.
Chao juga mendedahkan satu perniagaan haram dalam urusan kad pendaftaran UNHCR, diketuai wakil tempatan.
"Semua wang dari aktiviti ini masuk ke dalam poket beberapa orang atasan dalam PBB. Kami sudah lama melakukan perkara ini bersama mereka. Kami pencuri dan kami jaga pencuri yang di atas kami," seorang penterjemah PBB dipetik sebagai berkata.
Misi UNHCR di Malaysia dihujani ramai pelarian meminta bantuan ketika lebih daripada 1,000 pelarian dan pemohon suaka datang ke pejabat mereka setiap hari.
"Kami seperti hospital kemalangan dan kecemasan, bukan hospital umum. Dalam hospital kemalangan dan kecemasan, anda membuat keputusan yang sukar sepanjang masa tentang mendahulukan dan mengutamakan yang paling memerlukan daripada mereka yang memerlukan," kata Richard Towle, yang mengetuai misi UNHCR. – 20 November, 2014.
* Program 101 East ‘Malaysia's Unwanted’ ke udara Khamis, 20 November pada 2230 GMT (6.30 pagi Jumaat, Kuala Kumpur ).

3 comments:

  1. tanda tanda kejatuhan Mat Mongol makin menjadi bila ada konspirasi kiri kanan depan belakang dalam dan luar negara nak si bahalol pencen.

    kapal tentera laut pun nak belajar menyelam di Lumut...

    macam macam bila semua kerja makan gaji buta tunggu bonus tahunan 500/- dengan aniaya rakyat siang malam...

    ReplyDelete
  2. tak dapat aku bayangkaan bagaimana satu bangsa keagungan united malays yg penuh sopan-santun @ penggila nasi leamk juga menyembah tuhan yg 'satu' seperti aku sedang menampar,menendang,menumbuk dan terajang manusia2 yg lemah serta minta dikasihani..

    ReplyDelete
  3. rocky the great brown unused dick says: bugima betul la diaorg nih; kat siam sana dibagi makan cukup & bagi bekal lepas tu hanyut ke laot, kat indon pon sama; kat Malaysia je bebas sampai kalo mintak sedekah boley maki hamun org yg tak nak bagi... sial.. elok buat macam kem Vietnam kat tapak Technology Park sekarang; UNHCR ni pon satu bugima..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa