OLEH HASBULLAH AWANG CHIK
Published: 29 November 2014
Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak berkata, blogger pro Umno perlu menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka. – Gambar The Malaysian Insider, 29 November, 2014.
Datuk Seri Najib Razak menyelar sikap blogger pro Umno yang menyerang kembali pemimpin parti Melayu itu dan kononnya bersifat “friendly fire”.
Presiden Umno itu berkata, blogger pro Umno perlu melakukan tindakan sebaliknya dengan menyerang pemimpin pembangkang kerana mereka perlu tahu pihak mana yang membiayai mereka.
“Saya setuju kata Datuk Zahid yang kata bloggers kita ni kadang-kadang tembak kita. Dalam istilah perang, friendly fire. Friendly fire is not friendly," kata Najib merujuk kepada Naib Presiden Umno Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.
“Bloggers kita ni cari makan dengan siapa? Pergilah tembak pembangkang. Itu cara kita nak menang dalam peperangan. Jangan perang sesama sendiri. Tak masuk akal. Bangang,” katanya semasa berucap di Perhimpunan Agung Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur hari ini. – 29 November, 2014.
perghhh..selamba jer uncle najib sound deret :)
ReplyDeletetak dak chan la blogger2 umno nak menafikan siapa sponsor (bg makan) depa!
ReplyDelete