Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, November 24, 2014

Siapa Di Sebalik Larangan Ini?

ASWAJA pertikai JAKIM sekat Sheikh Nuruddin berdakwah
OLEH RADZUAN HASSAN DI KUALA LUMPUR - 24 NOV 2014
Sheikh Nuruddin Al Banjari

Pertubuhan Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWAJA) melahirkan rasa dukacita terhadap tindakan JAKIM yang menyekat aktiviti dakwah ulama terkenal, Sheikh Nuruddin Al Banjari.
Presiden ASWAJA, Zamihan Mat Zain berkata, beliau merupakan salah satu ulama
Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) dan sekatan itu dipercayai dibuat apabila ada pihak tertentu mendakwa beliau memberi kenyataan berbaur politik dan cuba menjejaskan keharmonian umat Islam di negara ini.
"Sheikh Nuruddin merupakan seorang tokoh ulama ASWJ tulen yang memiliki ketinggian ilmu dan diperakui kesolehannya di rantau nusantara.
"Justeru, tindakan menyingkirkan beliau merupakan komplot terancang yang diatur oleh pihak tertentu yang berkepentingan. Ini kerana kemungkinan mereka merasa bimbang penegasan dan teguran yg dilakukan Syeikh Nuruddin terhadap isu-isu yang bertentangan dengan dasar akidah dan syariah boleh menggugat kredibiliti mereka," ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.
Menurut Zamihan, sewajarnya pihak JAKIM mengadakan perbincangan dengan Syeikh Nuruddin terlebih dahulu sebelum mengeluarkan perintah larangan.
"Perbincangan harmoni dari hati ke hati pastinya memberi ruang dan peluang kepada kedua pihak untuk menghasilkan solusi terbaik demi Islam dan kepentingan umatnya.
"Sekaligus berupaya untuk mengelakkan fitnah terhadap Syeikh Nuruddin dan agensi agama di negara ini," katanya.
ASWAJA juga kesal mengapa pihak JAKIM begitu cepat bertindak terhadap tuduhan sebegitu terhadap tokoh ASWJ sedangkan amat perlahan pula untuk mengambil tindakan terhadap penyebaran fahaman bertentangan dengan ASWJ seperti Wahhabi, Syiah dan lain-lain ajaran sesat.
"ASWAJA yang berpegang teguh kepada akidah ASWJ akan terus membela dan mempertahankan tokoh Islam nusantara itu dan berharap NGO Islam lain juga turut sama menyokong beliau dalam usaha menyebarkan dakwah demi survival umat Islam di Malaysia dan nusantara.--MalaysiaGazette

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa