Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Presiden Myanmar Pun Belit Juga!

Myanmar dakwa penyeksaan Rohingya rekaan media
SABTU, 22 NOVEMBER 2014 @ 10:20 AM
Presiden Thein Sein

YANGON: Presiden Myanmar, Thein Sein, menafikan bahawa kumpulan minoriti Islam Rohingya melarikan diri daripada "penyeksaan" di barat Rakhine dengan memberitahu Voice of America Burmese Service bahawa laporan media berkenaan adalah rekaan.
Menurut Arakan Project yang memantau migrasi merentasi Teluk Benggala, kira-kira 100,000 orang Rohingya sudah meninggalkan Rakhine sejak 2012.
Pertempuran ganas dengan etnik Buddha Rakhine pada tahun itu menyebabkan ratusan orang terbunuh dan 140,000 lagi kehilangan tempat tinggal, kebanyakannya Rohingya.
Sebilangan orang Rohingya, seperti dilaporkan Reuters tahun lalu, ditahan oleh kumpulan penyeludup di kem di kawasan hutan Thailand sehingga keluarga mereka membayar wang tebusan.
"Kebimbangan antarabangsa terlampau diperbesar-besarkan," kata Thein Sein kepada VOA semalam di kediaman presiden di Naypyitaw, ibu negara Myanmar.
"Ia cuma kisah media bahawa orang bot melarikan diri daripada diseksa."
Presiden itu berkata, ada lebih ramai orang yang mahu tinggal di Myanmar kerana "ia luas dan ada banyak tempat untuk tinggal serta bekerja".
"Ada orang yang menulis perkara negatif dengan niat jahat. Pertubuhan antarabangsa juga membantu mereka," katanya.
Prejudis terhadap penduduk minoriti Islam amat meluas di Myanmar dengan ramai tidak diberi kerakyatan walaupun sudah menetap di kawasan itu sejak beberapa generasi lalu. - Reuters

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa