Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 30, 2014

Guan Eng selar parti komponen BN

Guan bukan tak tahu...kerana tembolokla weeh.....!

'Kenapa komponen BN masih setia pada Umno?'
mk - 1:14PM - 30 Nov 2014

Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng menyelar parti komponen BN kerana masih setia dengan Umno, yang menurutnya hanya menunjukkan “penghinaan” ke atas kaum minoriti dalam perhimpunan agung parti itu.

Lim yang juga setiausaha agung DAP turut membangkitkan mengenai kenyataan ketua bahagian Umno Permatang Pauh, Mohd Zaidi Mohd Said yang mendakwa kejayaan masyarakat Cina di negeri itu berpunca daripada kegiatan haram.

"Jelas bahawa Umno tidak mahu lagi mendapatkan undi masyarakat Cina dan kini mahu melayan mereka dengan cemuhan, penipuan dan penghinaan.

"MCA, Gerakan dan MIC menunjukkan bahawa mereka tiada kehormatan dan harga diri kerana masih mahu menyokong parti yang rasis dan melampau yang membuli dan mengancam rakyat kebanyakan.

"Semua orang di Pulau Pinang boleh berjaya, sama ada Cina, Melayu atau India, jika mereka jujur dan bekerja keras.

"(Perbuatan) tuduh orang Cina yang berjaya sebagai individu yang terlibat dengan kegiatan haram adalah penghinaan dan cemuhan kepada mereka yang bersih, jujur dan rajin,” kata Lim dalam kenyataannya.

Tambahnya, Zaidi perlu tahu bahawa masalah jenayah berada bawah bidang kuasa polis dan bukannya kerajaan negeri.

Beliau juga menyeru agar laporan polis dibnuat ke atas pemimpin Umno itu kerana membuat “fitnah jenayah dan penipuan bersifat menghasut dengan niat jahat untuk membangkitkan kebencian kaum”.

2 comments:

  1. UMNO dan BN parti tuk jadi kaya raya walau status lahanat.

    Semua rakyat tahu , tetapi lahanat hidup tak akan aman dan akan jatuh cepat jugak.

    Rakyat lagi menghormati YB YB parti politik bekerja untuk rakyat , baik dari PKR atau DAP.

    PAS sudah jadi bahalol , gaya munafik.

    ReplyDelete
  2. Bila UMNO melantik wakil yg memimpin dikalangan mereka dari seorang yg bodoh....memang memang bodoh lah parti tersebut sampai bila bila.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa