Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 27, 2014

Juara cakap tak serupa bikin!

Tidak cukup lagikah selepas 57 tahun?
Ng Kee Seng08:30PM Nov 27 2014

KOMEN: Ucapan pembukaan presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada perhimpunan agung tahunan parti itu hari ini, membuktikan beliau sebagai juara cakap tak serupa bikin, dan seorang yang tidak dapat memenuhi janji-janjinya kepada rakyat.
Jika anda tidak percaya apa yang Najib janjikan, bolehkah rakyat Malaysia terus mempercayai Barisan Nasional yang diterajui Umno?
Sebelum PRU13 tahun lepas, Perdana Menteri memancing undi dengan menjanjikan rakyat Malaysia dengan lebih banyak kebebasan bersuara dengan memansuhkan Akta Hasutan.
Selepas PRU13, beliau tidak melakukan apa-apa untuk memenuhi janjinya. Sebaliknya, dia menyuruh konco-konco Umno-nya untuk menyatakan bahawa negara perlu mengekalkan Akta Hasutan. Najib kini berkata yang ianya perlu diperkukuhkan.
Jelas sekali, janji Najib untuk memansuhkan Akta Hasutan hanyalah satu umpan pilihan raya. Bolehkah rakyat Malaysia terus mempercayai apa yang dikatakannya sekarang?
Dakwaan bodoh lain oleh Najib dalam ucapannya adalah rujukan beliau kepada keganasan kaum dan pertumpahan darah 13 Mei.
Najib mendakwa: "Jika semua orang bersatu di bawah payung Umno dan BN, bayangkan betapa kuat dan kukuhnya kita. Saya tidak bercakap tentang hanya memenangi pilihan raya umum ke-14, tetapi lebih dari itu."
Ini adalah cakap terbalik! Apakah yang beliau, sebagai perdana menteri, sedang lakukan mengenai hasutan kebencian oleh golongan fanatik perkauman dan agama di negara ini setiap hari, selama lebih daripada satu tahun?
Apakah ini caranya bagi BN-Umno untuk memenangi keyakinan rakyat Malaysia yang cintakan keamanan?
Najib juga mahukan rakyat Malaysia mempercayai dakwaannya bahawa hanya Umno dan BN yang boleh menyatukan rakyat Malaysia! Jika demikian, mengapa tidak mansuhkan saja pilihan raya dan supaya BN-Umno memerintah Malaysia secara diktator?
Ini sampah! Umno hanyalah sebuah dari banyak parti politik yang boleh mentadbir negara ini sekali setiap lima tahun, jika ianya memenangi kerusi terbanyak di Parlimen.
"Kebanyakan kerusi" kerana memenangi undi popular di Malaysia tidak memberikan hak untuk memerintah. Itulah realiti dan hasil daripada amalan penggarisansemula kawasan pilihanraya politik, seperti yang digambarkan dalam keputusan PRU13.
Najib hari ini mengumumkan, sambil disambut tepukan gemuruh daripada perwakilan-perwakilan Umno, bahawa Akta Hasutan yang berasal dari era penjajah tidak akan dimansuhkan, membuat pusingan U terhadap janjinya yang dilakukan dua tahun yang lalu. 
Beliau menambah bahawa perubahan akan dibuat untuk mengukuhkan Akta itu.
"Sekurang-kurangnya dua perkara: akan ada satu klausa khas untuk melindungi kesucian Islam, manakala agama-agama lain juga tidak boleh dihina.
"Kedua, kami akan memasukkan satu klausa supaya tindakan diambil terhadap sesiapa yang menyeru pemisahan Sabah dan Sarawak."
Ini jelas bersifat kuku besi, jika bukannya bersifat diktator. Bagi Sabah dan Sarawak, terutamanya ahli-ahli parlimen mereka, terpulang kepada mereka untuk membuat keputusan sama ada mereka mahu memberi Umno lebih banyak peluang untuk menindas mereka.
Selepas menjadi sebahagian daripada Persekutuan Malaysia pada 16 September 1963, adakah Sabah dan Sarawak menikmati tahap pembangunan sosio-ekonomi dan infrastruktur yang sama, selepas lebih daripada 51 tahun?
Sabah dan Sarawak diberkati dengan kekayaan sumber semula jadi, termasuk minyak dan gas, tetapi adakah rakyat Sabah dan Sarawak mendapat manfaat optimum dari kekayaan semula jadi mereka?
Najib menjelaskan yang beliau memutuskan untuk mengekalkan Akta Hasutan selepas mempertimbangkan maklum balas daripada timbalan presiden Umno Tan Sri Muhyiddin Yassin, Wanita Umno, Pemuda Umno, Puteri Umno, peringkat akar umbi, dan juga badan-badan bukan kerajaan.
Bagaimana pula dengan parti-parti lain dalam BN, khususnya dari Sabah dan Sarawak?
Jelas sekali ia hanyalah satu lagi sandiwara Umno, tetapi bertujuan untuk mengetatkan lagi tali gantung buat mereka yang tidak berada dalam agenda Umno.
Najib menambah: "Ini adalah hasrat Umno. Saya percaya rakan-rakan dalam BN akan bersama-sama kita.
"Penguatkuasaannya mestilah adil supaya kita benar-benar boleh mewujudkan sebuah negara Malaysia yang lebih aman, stabil dan harmoni."
Ya! Tidakkah rakyat Malaysia yang cintakan keamanan telah mengalami cukup penguatkuasaan yang ‘adil’ di bawah rejim BN-Umno, selepas 57 tahun?

2 comments:

  1. Saya masih tertunggu-tunggu janji BN untuk menurunkan harga kereta... barangkali seperti mengharapkan bidadari syurga diakadnikah menjadi isteriku di dunia ini... mustahil

    ReplyDelete
  2. Si Bahalol tamak harta dunia , tapi tak tamak kumpul batu nesan dan kain kapan,,,,

    Nak menongkat langit pun , buat lah betul betul.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa