Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, November 29, 2014

Tunku pinda Perlembagaan asal: Kalau Pun Betul, Negara Tanah Melayu! Apa Masalahnya?

‘Kontrak sosial’ tak wujud, Tunku pinda Perlembagaan asal – HINDRAF

Pengerusi pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Badan Bertindak Hak Hindu (HINDRAF), P. Waytha Moorthy berkata, Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin perlu berhenti mengingatkan rakyat bukan Melayu negara ini mengenai ‘janji asal’ mereka dalam ‘kontrak sosial’ yang dipersetujui dalam proses mendapatkan kemerdekaan.

Sebaliknya aktivis masyarakat Hindu itu menggesa Khairy yang juga Menteri Belia dan Sukan agar mengkaji semula setiap lembaran dokumen sejarah kemerdekaan negara dari penjajah British yang didakwanya telah dimanipulasi.

Moorthy mendakwa ‘janji asal dalam kontrak sosial’ itu sebenarnya tidak wujud, sebaliknya beliau menuduh perdana menteri pertama dan bapa Kemerdekaan, Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj telah berpakat secara sulit dengan kerajaan British untuk meminda Perlembagaan asal negara untuk diselaraskan dengan agenda ‘ketuanan Melayu’ beliau.

Beliau yang tidak berpuas hati dengan tindakan pihak tertentu melabelkan kaum bukan Melayu sebagai ‘anti-Melayu’ dan ‘pendatang’ serta sering dikecam sebagai tidak bersyukur kerana tidak menyokong Barisan Nasional (BN) menegaskan, rakyat bukan Melayu adalah aset kepada negara ini.

“Kalaulah semua kaum India dan Cina meninggalkan negara ini pada tahun 1957, saya secara peribadi boleh mengatakan Malaya akan jatuh muflis serta-merta.

“Saya kata begitu berdasarkan bukti dokumen-dokumen yang telah saya lihat dan miliki,” dakwa Moorthy.

“HINDRAF terkejut kerana polemik ‘kontrak sosial’ terus digunakan pemimpin kerajaan demi kelangsungan cita-cita politik mereka, khususnya pada setiap kali Perhimpunan Agung UMNO,” katanya dalam satu kenyataan kepada media pada Rabu.

Sehubungan itu, kata beliau lagi HINDRAF menggesa kerajaan agar mengklasifikasikan semula semua dokumen berkaitan dengan kemerdekaan negara bagi membolehkan rakyat melihat sendiri kandungan asalnya.

“Sudah tiba masanya kerajaan mendedahkan semua dokumen berkaitan dengan kemerdekaan dan membiarkan seluruh rakyat Malaysia melihat sendiri apa yang asalnya dipersetujui oleh nenek moyang kita.

“Tunku Abdul Rahman telah memungkiri janjinya sendiri kepada Suruhanjaya Reid untuk menggubal Perlembagaan negara ini berpaksikan prinsip masyarakat berbilang kaum apabila beberapa bulan kemudian beliau dan kerajaan British secara sulit menulis semula Perlembagaan untuk disesuaikan dengan agenda beliau,” dakwa Moorthy lagi dalam kenyataannya.

Moorthy terus mendesak agar konsep ‘Ketuanan Melayu’ ditamatkan dan menegaskan Malaysia hanya boleh maju dan makmur jika mengamalkan dasar terbuka di mana kekayaan negara dikongsi oleh semua rakyat.- sumber

3 comments:

  1. “Kalaulah semua kaum India dan Cina meninggalkan negara ini pada tahun 1957 Malaya akan jatuh muflis serta-merta".

    sebelum omputeh mai malaya, orang melayu beranak pinak & takdak yg mati kebuluran. muflis mai kot mana?
    dia ni bedengung todi.

    ReplyDelete
  2. 'Apa yang dipersetujui nenek moyang kita' - apahal korang nak setuju tak setuju? Apa hak kamu? Kami x perlu tanyapun kamu... Ini hal negeri kami.

    ReplyDelete
  3. Biar lah khordhing ghell ini bising ; lebih baik dia jujur tak macam mamak dan EEE dalam umno hancur bangsa

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa