Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, November 20, 2014

Setelah Dimurka, Berani India Sanggah Sultan!

Sultan Pahang dukacita: 'Apa Palanivel buat?'

Astro Awani |Kemas kini:November 20, 2014
(Diterbitkan pada: November 20, 2014 10:54 MYT)

Sultan Pahang dukacita: 'Apa Palanivel buat?'
Sultan Pahang menemui sebahagian mangsa banjir lumpur sewaktu berkenan melawat kawasan bencana. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah murka dengan Ahli Parlimen Cameron Highlands,  Datuk Seri G. Palanivel dan telah menitahkan beliau untuk segera mengambil langkah-langkah bagi mengelak tragedi yang sama berulang kembali pada masa akan datang.

Memberi reaksi terhadap bencana bajir lumpur baru-baru ini yang mengorbankan lima nyawa, Sultan Ahmad Shah menzahirkan rasa kecewa baginda terhadap Palanivel yang dilihat kurang cekap melaksanakan tindakan, walaupun kes seperti itu pernah berlaku pada masa lalu.

"Apa yang Palanivel buat? Tiada apa. Rakyat di situ kini menderita secara mental dan fizikal apabila bencana ini berlaku.

"Rakyat telah mengundi dan memilih beliau pada pilihan raya lalu, tetapi adakah ini yang diberikannya kepada rakyat?" titah baginda seperti yang dilaporkan akhbar Berita Harian hari ini.

Sultan Ahmad Shah turut mengingatkan Palanivel agar memenuhi tanggungjawab terhadap rakyat yang telah memilihnya dalam pilihan raya lalu atau berdepan dengan risiko kehilangan undi mereka pada pilihan raya akan datang.

"Beta rasa malu dengan kejadian ini. Beritahu menteri kamu supaya memberi keutamaan kepada kawasan sendiri terlebih dahulu," titah baginda.


Kalau video bermasalah....sila pergi ke sini

Baginda juga menitahkan agar semua penerokaan tanah haram untuk pertanian di seluruh Cameron Highlands dihentikan serta-merta, selain mengambil tindakan tegas terhadap pihak yang bertanggungjawab membiarkan masalah itu berlarutan.

Ahad lalu, Palanivel yang juga Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar berkata, sejuta pokok akan ditanam di Cameron Highlands terutamanya di lereng-lereng bukit bagi mengurangkan hakisan tanah seterusnya menhindar kejadian runtuhan tanah.

Menurut Palanivel, program menanam pokok itu akan dimulakan secara berperingkat dalam tempoh tiga tahun. Beliau menambah, pihak kementerian juga mahu memperoleh 11 plot tanah sepanjang tebing Sungai Bertam, Ringlet yang kini dimiliki pihak perseorangan melalui Akta Pengambilan Tanah 1960.

Sementara itu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berkata pihaknya akan menempatkan para pegawainya di Cameron Highlands bagi meningkatkan usaha pemantauan aktiviti-aktiviti rasuah di lokasi.

Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mohd Shukri Abdul menggesa sesiapa sahaja yang mempunyai maklumat tentang rasuah atau aktiviti haram di kawasan berkenaan untuk menyampaikannya kepada SPRM.


Palanivel jawab Sultan Pahang 
mk - 6:11PM - 20 Nov 2014

Presiden MIC, Datuk Seri G Palanivel menangkis dakwaan Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah bahawa beliau tidak melakukan apa-apa tindakan untuk menangani kes banjir lumpur di Cameron Highlands.

Dalam kenyataannya, Palanivel berkata masalah yang timbul itu perlu mendapat perhatian serius dan bukannya dengan mencari salah mana-mana pihak.

"Banyak perkara berlaku malah sebelum saya menjadi MP (Cameron Highlands)

"Namun saya yakin kami boleh memulihkan semula Cameron Highlands dan menghentikan kemusnahan besar alam sekitar yang berlaku,” kata Palanivel dalam satu kenyataan.

Beliau juga mendakwa beliau mempunyai hubungan baik dengan sultan Pahang.

"Saya akan jelaskan semuanya kepada baginda, yang baik dan yang buruk. Saya yakin kebimbangan baginda ke atas tanah ini dan rakyatnya sangat tulus dan baginda prihatin pada kebajikan mereka.

MP tersebut berkata beliau juga sudah banyak kali melawat kawasan yang diwakilinya itu.

"Bencana banjir adalah isu berbangkit yang serius sejak bertahun-tahun lalu. Kes kematian terbaru hanya menambahkan lagi kebimbangan mereka.

"Kerajaan komited dengan usaha mencari penyelesaian jangka panjang. Sebagai langkah segera, kerajaan memperuntukkan RM40 juta untuk tebatan banjir di Lembah Bertam,” katanya.

Tambahnya, isu itu juga dibangkitkan kepada perdana menteri dan dalam mesyuarat Kabinet.

Sultan Pahang hari ini dilaporkan murka kerana Palanivel tidak melakukan tindakan drastik untuk mengelakkan tragedi itu berulang, selepas kejadian pertama tidak sampai setahun lalu.

Sultan Ahmad Shah turut memberi amaran bahawa rakyat tidak akan mengundi parlimen itu lagi sekiranya isu berkenaan tidak ditangani.


2 comments:

  1. mamak dan khordhing ghell adalah sedara...

    tak caya , tanya lah zam kutty & the geng !!!!

    ReplyDelete
  2. Hey would you mind letting me know which webhost you're
    using? I've loaded your blog in 3 different internet browsers and I must say this blog loads a
    lot faster then most. Can you suggest a good internet hosting provider at a honest price?
    Thanks a lot, I appreciate it!

    Feel free to visit my web-site - plenty of fish dating site of free dating

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa