Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, November 25, 2014

UMNO: Berpadu Dalam Kepuraan

Wanita masih tidak boleh terima Puteri UMNO
OLEH HAMDAN OTHMAN DI KUALA LUMPUR - 25 NOV 2014

Nampak macam sepakat tetapi hakikatnya, Wanita dan Puteri UMNO masih belum boleh bersatu.
Malah tidak keterlaluan jika dikatakan Wanita UMNO masih tidak boleh duduk semeja untuk membincangkan hal politik kecuali bila perlu.
“Kami memang dipinggirkan seolah-olah kami mengganggu kerja-kerja politik di bahagian. Walaupun tidak semua, tetapi kebanyakan Wanita UMNO masih tidak mengiktiraf Puteri untuk bersama dalam parti.
“Ini bukanlah cerita baru malah sejak awal penubuhannya ketika zaman Datuk Azalina Othman Said lagi, kehadiran Puteri memang tidak disenangi oleh Wanita UMNO.
“Sepatutnya Wanita UMNO membimbing kami berpolitik tetapi sebenarnya kami dipinggirkan dan langsung tidak boleh bersuara ketika bermesyuarat di peringkat bahagian,” kata seorang Ketua Puteri yang mahu dikenali sebagai Ina kepada MalaysiaGazette di sini hari ini.
Bukan idtak boleh menyiarkan nama tetapi kata Ina, dia tidak mahu menjadi mangsa kepada pihak-pihak yang tidak senang dengan kehadiran Puteri UMNO.
“Kadang-kadang, saya kesal menyertai politik apabila melihatkan cara penerimaan orang lama terhadap orang baharu.
“Kami bukan hendak merampas kuasa sesiapa apalagi untuk mendapatkan jawatan besar tetapi berilah kami peluang untuk membantu parti.
“Kalau silap, Wanita UMNO boleh tegur dan kami sebagai budak mentah akan terima segala teguran dengan hati terbuka,” ujar Ina.
Tambah Ina lagi, tidaklah menjadi kesalahan jika Wanita Umno menjemput puteri untuk bersama dalam satu majlis besar tetapi ianya tidak mungkin berlaku.
“Saya dan rakan-rakan Puteri ingin duduk satu dewan makan bersama Wanita UMNO pada Perhimpunan Agung tahun ini sebagai satu keluarga.
“Namun, saya tak fikir keadaan itu akan berlaku kerana Wanita tetap dengan wanita dan Puteri kekal puteri,” katanya.--MalaysiaGazette

2 comments:

  1. dua dua kumpulan pompuan bahalol

    ReplyDelete
  2. Abe

    Itulah sifat dan watak UMNO Baru, berpura-pura. Dengan orang melayu bercakap pasal pe4juangan melayu dan Islam. Belakang melayu UMNO Baru tukar status parti kepada parti bumiputra kerana h3ndak berpakat dengan bumiputra bukan melayu dan bukan Islam, majoritinya kristian, s3mata-mata kerana hendak meng3kalkan kuasa dengan kerusi-kerusi UMNO Sabah.

    Depan melayu bermatian cakap perjuangan melayu tetapi dibelakang m3layu, undi punya pasai, terima g3ng siam budha kat Kubang Pasu Kedah jadi ahli UMNO dan tubuh cawangan UMNO. Siap terima Persatuan Siam Malaysia s3bagai ahli bers3kutu UMNO Baru.

    Bila la melayu nak s3dar. Melayu dijuaal hidup-hidup oleh UMNO. Melayu mana? Paling te4uk sekali kena jual ialah melayu diluar bandar dan macai-macai UMNO yang ramai berkeliaran di alam maya.

    Mereka sayang UMNO Baru melebihi sayang k3pada masa depan anak-anak mereka sendiri s3hingga sanggup korbankan masa depan anak2 mereka. Mereka taat kepada UMNO Baru mel3bihi taat kepada ugama kerana walaupun mereka sembahyang, puasa, mereka mas8h menyokong p3mimpin-p3mimpin yang rasuah, yang m3nindas rakyat. Taksubnya mereka kepada UMNO Baru mereka rela hidup dalam keadaan terhimpit dengan pelbagai kos yang membebankan mereka asalkan p3mimpin-pemimpin mereka boleh hidup senang, kaya raya dan bermewah d3ngan duit rakyat.

    Aku memang tak paham dengan perangai mereka. Mer3ka m3l3bihkan UMNO Baru dari ugama, anak-anak dan masa depan mereka s3ndiri! Mereka menyokong pe4juangan UMNO Baru? Pe4juangan apa? Tengok apa yang Najib dok cakap pasai UMNO Baru. Dengar apa yang Muhyidin dok cakap.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa