Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, November 26, 2014

Beli Gelaran Datuk: Siapa Yang Tipu Siapa Yang Merapu?

Dewan Diraja T'ganu nafi ahli terima sogokan
mk9:33PM - 26 Nov 2014

Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu menafikan anggotanya terbabit menerima wang atau lain-lain pemberian bagi membantu mana-mana individu, pertubuhan atau syarikat mendapatkan gelaran 'Datuk' di negeri itu.

Menurut dewan itu, siasatan mendapati dakwaan dibuat oleh seorang ahli perniagaan China bernama Li Yang dalam sebuah akhbar antarabangsa baru-baru ini adalah tidak benar.

"Dewan Pangkuan DiRaja Terengganu pada hari Ahad 30 Muharram 1436 bersamaan 23 Nov lepas telah mengkaji dan meneliti dakwaan-dakwaan Li Yang.

"Dakwaan itu dipetik dalam akhbar The New York Times bertarikh 19 Nov dan Utusan Malaysia bertarikh 22 Nov yang antara lain mendakwa telah membayar AS$100,000 (RM334,815) kepada ahli politik Barisan Nasional (BN) untuk mendapat gelaran Datuk.

"Dewan Pangkuan Diraja Terengganu telah membuat siasatan awal terhadap dakwaan-dakwaan itu dan mendapati dakwaan-dakawaan tersebut adalah tidak benar," menurut badan itu dalam satu kenyataan di Kuala Lumpur hari ini.

Pada Khamis lepas, sebuah portal berita memetik laporan The New York Times sebagai menyebut Li memberi sogokan AS$100,000 (RM334,815) kepada pihak tertentu supaya ahli-ahli politik BN mendapat gelaran 'Datuk' sekali gus memudahkan operasi lombongnya di Bukit Besi, Terengganu.

Menurut laporan itu juga, Li didakwa berbuat demikian sebagai sebahagian daripada rancangannya bagi "membina hubungan" dengan ahli politik dan pihak kerabat diRaja.

2 comments:

  1. Imi common sense.

    China orang nya ada banyak duit , dan melayu melayu mana ada duit.

    Orang ada duit nak menipu orang tak de duit ke ????

    Kalau sudah mentedarah duit orang , ber tanggung jawab lah. Tak perlu bahalol kan orang orang lain.

    ReplyDelete
  2. He he he.mender ni dah jd rahsia umum.cuma x der yg brani siasat dgn telus jer.sepatutnya kluar la titah sabdaan utk siasatan.sekurang2nya x tercemar nama institusi yg memang bnyk tercemar ni.beringat la wahai manusia biasa yg diangkat tinggi darjat konon2.org ramai dok perati sape yg bnyk wat onar dan perabih harta rakyat.jagalah kedudukan tu.kalo tak org dok kata mkn tido lepak free.tjukkan sesuatu yg boleh rakyat bangga dan hormat.supaya tiada suara2 pelik kedengaran lg.jgn harap pd perkasa isma dan ngo2 menyalak bila dpt tulang.tuh sokomg bwk rebah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa