Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, November 23, 2014

Dengan Bersikap Begini, Berlaku Adilkah Dia Ketika Pegang Jawatan Dulu?

Tun Hamid: Sekat DAP jadikan Melayu Red Indian
mk - 12:38PM - 23 Nov 2014

Bekas ketua hakim negara, Tun Abdul Hamid Mohamad menggesa PAS dan Umno agar bergabung bagi menyekat DAP daripada menjadi kerajaan Persekutuan dan meminggirkan Melayu seperti Red Indian di Amerika Syarikat.

"Masalah orang Melayu sekarang bukan hanya sekadar pemansuhan ISA atau Akta Hasutan.

"Masalahnya ialah orang Melayu menghadapi ancaman akan menjadi Red Indians di tanah air sendiri," kata Tun Hamid.

Langkah itu katanya perlu bagi memastikan "hak Melayu dan orang Islam tidak digugat" oleh DAP.

"PAS dan Umno perlulah berfikir untuk bercantum, bergabung atau bekerjasama, sekurang-kurangnya di peringkat kerajaan Persekutuan untuk mepertahankan kerajaan Persekutuan daripada jatuh kepada PKR dan DAP.

"PAS mesti sedar bahawa perjuangan asal mereka adalah untuk Melayu dan Islam - bahawa jika Pakatan Rakyat berkuasa DAP akan menjadi parti dominan, bukan PKR atau PAS," katanya dalam ucapan di Kuala Lumpur.

Menurutnya, PKR bukan parti yang membela Melayu dan ia tidak akan mampu mengawal DAP.

"PKR tidak boleh diharap untuk membela orang Melayu dan agama Islam, DAP adalah lebih cauvinistik daripada MCA atau Gerakan.

"PKR atau PAS tidak boleh mengawal cita-cita DAP seperti Umno mengawal MCA dan Gerakan," kata Hamid dalam ucapan bertajuk "Demi agama, bangsa, dan negara Melayu perlu bersatu" dalam Konvensyen Perpaduan Nasional.

Berjuang untuk 'seorang Melayu'

Menurut Hamid, PKR tidak boleh diharap membela Melayu kerana parti itu hanya berjuang untuk "seorang Melayu" sahaja.

"Ia hanya berjuang untuk seorang Melayu, itu pun jika orang itu masih menganggap dirinya Melayu," katanya lagi.

Beliau dipercayai merujuk kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ini kerana PKR kini giat berkempen untuk membebaskan Anwar yang sedang menunggu keputusan rayuan kes liwatnya.

Umno mesti sedar diri

Sementara itu, Hamid turut mengingatkan pemimpin-pemimpin Umno agar "sedar diri" dan mengelakkan persepsi sebagai sebuah parti rasuah.

"Umno sepatutnya terus menjadi parti dominan Melayu dan Islam. Masalahnya adalah pemimpin-pemimpinnya.

"Faktor nombor satu yang menyebabkan orang bencikan Umno ialah persepsi rasuah yang tinggi.

"Umno mestilah betulkan persepsi ini, bukan hanya dengan cakap dan kempen tetapi dengan mengelakkan perbuatan rasuah," katanya.

1 comment:

  1. sedih tengok nya.

    air muka nya sudah menunjuk sikap nya dan mentaliti nya.

    tidak baik mengandai kan orang lain sebodoh kita , ataupun sebijak kita.

    jika kita bodoh , cuba lah kita maju kan diri kita. dan jangan pula orang orang lain pun sebodoh kita,

    tak guna nak menongkat langit , tongkat lah tiang nesan kubur kita dulu.

    sedar lah , bukan semua orang orang melayu bodoh ; bodoh lah melayu jika pegang tampuk kerajaan masih lagi gagal memajukan bangsa melayu sendiri.

    ini mentaliti 'sendiri bahalol , orang lain mesti ikut bahalol' bukan lah ajaran Islam....

    pikir kan kubur kita dulu , sebelum memikir kubur kubur orang lain.

    sebaik nya , beli lah kain kapa dan siap kan untuk diri kita sendiri. itu mungkin lebih baik.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa