Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, June 1, 2017

ADUN Nenggiri muflis: PRK lagikah di Kelantan?

Thursday, June 1, 2017
Kerusi DUN Nenggiri kosong
1/6/17
Kerusi Dewan Undangan Negeri (ADUN) Nenggiri di Gua Musang, diistiharkan kosong selepas penyandangnya, Datuk Mat Yusoff Ab Ghani, disahkan muflis.

Portal Berita Harian Online memetik Datuk Abdullah Ya'kub berkata, pihaknya menerima surat daripada Jabatan Insolvensi Malaysia Cawangan Selangor pada 28 Mei lalu, memaklumkan Mat Yusoff yang juga wakil rakyat BN di Nenggiri sejak 2013, disahkan muflis.

"Sebelum ini penasihat undang-undang Negeri Kelantan juga menerima surat sama pada 21 Mei 2017 yang memaklumkan kebangkrapan Mat Yusoff yang juga ADUN Nenggiri (N43).

"Mengikut Perkara 3 (1) Undang-Undang Tubuh Perlembagaan Negeri Kelantan menyatakan seseorang itu tidak layak menjadi ADUN jika muflis yang belum diselesaikan lagi.

"Dengan ini saya sebagai Speaker Kelantan mengisytiharkan Mat Yusoff tidak layak menjadi ADUN akibat muflis," katanya yang dipetik portal itu.

Abdullah juga berkata, pihaknya akan menghantar surat kepada pejabat Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Kelantan pada Ahad ini bagi memaklumkan perkara itu.

Mat Yusoff, yang mewakili Umno, menang di kerusi Nenggiri dengan majoriti 2,805 undi pada pilihan raya umum lalu. Beliau mengalahkan calon PKR, Mohamad Azihan Che Seman. - sumber

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa