Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, June 3, 2017

Realiti atau penyedap hati?

'Keluar BERSATU kumpulan sekam'
mk  -   2 Jun 2017, 5:47 petang
Kedudukan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) di Perak masih teguh di bawah pengerusi badan pimpinan negeri, kata ketua penerangannya, Datuk Kamarudin Md Nor.

Menurutnya, beberapa ketua penaja bahagian yang meletakkan jawatan baru-baru ini akan digantikan dengan ketua baru apabila urusan pelantikannya selesai.

"Orang masuk dan keluar parti adalah perkara biasa dalam politik, lebih-lebih lagi bila nawaitu masuknya lebih kepada agenda peribadi daripada agenda negara dan umatnya.

"Saya menganggap peristiwa ini sebagai proses saringan untuk memisahkan sekam dari padi. Saya merasa bersyukur kerana dalam kes seperti ini kumpulan sekam sendiri yang bertindak untuk berpisah dan bukan pimpinan pusat yang terpaksa berbuat demikian," kata Kamarudin dalam kenyataan media.

Beliau mengulas laporan akhbar mengenai peletakan jawatan empat ketua penaja bahagian dan seorang exco Srikandi Pusat bersama 1,000 anggota BERSATU di Perak minggu lalu dan di Negeri Sembilan sebelum itu.

Kamarudin berkata, walaupun BERSATU belum berusia setahun jagung, namun sokongan terhadap parti itu daripada rakyat jelata semakin meningkat terutama daripada bekas penyokong Umno.

"Program utama kita iaitu Jelajah Semarak yang telah diadakan di lima buah negeri setakat ini telah dapat menghimpunkan puluhan ribu penyokong terhadap PPBM dan pimpinan utamanya Tun Dr Mahathir Mohamad, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Datuk Seri Mukhriz," katanya.

Tambahnya, walaupun terdapat beberapa individu meletak jawatan selepas gagal mengadu domba antara pemimpin utama BERSATU, namun ia tidak memberi kesan terhadap perpaduan parti itu.

"Bahkan ia menjadi bertambah erat lebih-lebih lagi bila Tun (Mahathir) pengerusi sendiri telah mengeluarkan kenyataan membela dan menyokong kepimpinan Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai presiden parti," jelasnya.

No comments:

Post a Comment

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa