Saturday, July 4, 2009

Along Pulang, Mama Pula Di dalam Ward

Hari ini Along pulang. Mamanya pula masuk ward di Hospital Pakar Perdana, Kota Bharu petang tadi bagi persediaan untuk pembedahan membuang "Lump" esok jam 9.30 pagi.

Jadi malam ini Along dan saya tidur di rumah dan Mamanya bermalam di Ward. Mengikut Doktor Mamanya akan tinggal di Ward selama 3 hari. Adik pula akan balik esok dari Johor.

17 comments:

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Saya kira kepulangan Along memberi semangat yang kuat kepada Mamanya. Begitu juga dengan kepulangan Adik dari Johor.
Semoga semua ahli keluarga kuatkan sabar dan sentiasa berdoa semoga Mama selamat dan cepat sembuh. Amin!

anak laut said...

salam..


saya mendokan mama anda selamat dalam pembedahan membuang "lump" esok..

aku said...

salam pak din,

moga makcik selamat segalanya.
maaf lama aku tak bertandang.

TBO said...

salam tuan

Kami mendoakan moga isteri tuan lekas sembuh dan sihat

wartamaya said...

Salam Tuan,
Saya doakan kakak akan pulih segera. Berkumpul dan kembali ceria bersama.
Kirim salam padanya.

nurdaniella said...

salam ayahanda, harap mama akan selamat dalam pembedahan tu.. harap juga ayahanda jangan terlalu risau, yer..

AKUOKU said...

salam pak din dan keluarge,

huh hari yang sibuk untuk kita semua. semoga mama sihat dan proses berjalan lancar.

selamat bercuti utk along dan kak adik. pasti teubat perasaan bila anak2 berada disisi...

insyaalah selamat semuanya. malam ni ada "Malam seni rakyat" di kajang.

Opah said...

Salam En. Din, mudah-mudahan isteri anda selamat menjalani pembedahan dan cepat sembuh.

Hanz_Azdi said...

InsyaAllah 'operation' tu berjaya & bini Pak Din akan cepat sembuh, aku doakan.

amin!

A Mum Of Three Mohd said...

Salam MountDweller,

Mom doakan semoga mama along dan adik, selamat menjalani pembedahan tersebut. Kuatkan semangat dan banyak bersabor...buat anda sekeluarga.

leiah said...

uncle,
semoga semuanya selamat..insyaAllah

Galuh Cendra Kirana said...

uncle, maaf dah lama tak merayau2 ke blog uncle... risau kami dengar. uncle be strong ya.. semua dah balik.. saya harap auntie selamat dan pembedahan tu berjalan lancar. yg penting uncle kena selalu di sisi auntie tercinta yea,.. Ya Allah, Kau peliharalah kesejahteraan uncle suami isteri dan anak2nya yg dikasihi... Amin...

Mogen Ali Rico said...

salam tuan..
semoga semuanya sentiasa selamat dan sehat sentiasa.

Tuan juga jgn lupa jaga kesihatan yer..

maymot said...

salam...

moga Allah permudahkan urusan tuan sekeluarga,amiin..

alang said...

Semoga semuanya baik2 hendaknya.

mountdweller said...

W'salam dan salam buat,

Dr. Abd. Wahab, anak laut, aku, wartamaya, anakanda nurdaniella, AKUOKU, Opah, hanz_Azdi, A Mum Of Three Mohd, leiah, anakanda Galuh Cendra Kirana, Mogen Ali Rico, alang, maymot, TBO.

Banyak-banyak terima kasih dan setinggi penghargaan saya dan keluarga ucapkan kepada saudara dan saudari sekelian. Alhamdulillah berkat doa saudara saudari sekelian, isteri saya sudah selamat menjalani pembedahan dan hari ini sudah dibenarkan keluar hospital. Nampaknya sidah semakin ok.

Kami juga bersyukur kerana "lump" yang dibuang dikatakan negatif cancer tapi namun begitu pihak hospital akan menghantar "lump" yang dikeluarkan itu ke makmal untuk ujian lanjut. Dijangkakan keputusan ujian akan dapat diketahui dua minggu lagi.

mountdweller said...

Salam untuk Isa.

Setakat ini alhamdulillah negatif cancer tetapi "lump" dihantar ke makmal untuk ujian lanjut. tengoklah peputusan ujian dimakmal 2 minggu lagi.

Terima kasih di atas keprihatinan anakanda dan insya Allah kalau ada apa-apa ayahanda akan email nanti.