Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, July 7, 2009

Sifat Anda Terbentuk Dari Bulan Kelahiran

Ciplak dari Mantot.

Percaya atau tidak terpulanglah. Tapi boleh selami diri masing-masing.

Januari


* Bercita-cita tinggi dan orangnya serius, suka mendidik dan dididik. * Sangat mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik. * Rajin dan setiap yang dibuat nampak keuntungan. * Suka pada kecantikan, kekemasan dan teratur. * Bersifat sensitif dan berfikiran mendalam. * Pandai mengambil hati orang lain. * Pendiam kecuali telah dirangsang. * Agak pemalu dan mempunyai daya tumpuan yang sangat tinggi. * Mudah mendisiplinkan diri sendiri. * Badannya sihat tetapi mudah diserang selsema. * Bersikap romantik tetapi tidak pandai memperlihatkannya. * Cukup sayang pada kanak-kanak. * Suka duduk di rumah. * Setia pada segala-galanya. * Perlu belajar kemahiran bersosial. * Sifat cemburu yang sangat tinggi


Februari

* Berfikiran abstrak. * Sukakan benda yang realiti dan abstrak. * Bijak dan pintar * Berpewatakan yang mudah berubah. * Mudah menawan orang lain. * Agak pendiam. * Pemalu dan rendah diri. * Jujur dan setia pada segalanya. * Keras hati untuk mencapai matlamat. * Tidak suka dikongkong. * Mudah memberontak apabila dikongkong. * Suka kegiatan yang lasak. * Emosinya mudah terluka dan sangat sensitif. * Mudah mempamerkan marahnya. * Tidak suka benda yang remeh-temeh. * Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya. * Sangat berani dan suka memberontak. * Bercita-cita tinggi, suka berangan-angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya. * Pemerhatian yang tajam. * Suka hiburan dan sukan. * Suka benda yang bersifat seni. * Sangat romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran. * Berkecenderungan pada benda yang tahyul. * Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros. * Belajar untuk mempamerkan emosi

Mac

* Berpesonaliti menarik dan menawan. * Mudah didampingi. * Sangat pemalu dan pemendam rasa. * Sangat baik secara semulajadi, jujur pemurah dan mudah simpati. * Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam persekitaran. * Suka pada kedamaian. * Sangat peka pada orang lain. * Sesuai dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain. * Tidak cepat marah dan sangat amanah. * Tahu membalas dan mengenang budi. * Pemerhatian dan penilaian yang sangat tajam. * Kecenderungan untuk berdendam jika tidak dikawal. * Suka berangan-angan. * Suka melancong. * Sangat manja dan suka diberi perhatian yang sangat tinggi. * Kelam kabut dalam memilih pasangan. * Suka dengan hiasan rumahtangga. * Punya bakat seni dalalm bidang muzik. * Kecenderungan pada benda yang istimewa dan baik. * Jangan terlalu mengikut selera atau perasaan

April

* Sangat aktif dan dinamik. * Cepat bertindak membuat keputusan tetapi cepat menyesal. * Sangat menarik dan pandai menjaga diri. * Punya daya mental yang sangat kuat. * Suka diberi perhatian. * Sangat diplomatik (pandai memujuk ). * Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang. * Sangat berani dan tiada perasaan takut. * Suka perkara yang mencabar, pengasih, penyayang, sopan santun dan pemurah. * Emosi cepat terusik. * Cuba kawal perasaan. * Kecenderungan bersifat pendendam. * Agresif dan kelam kabut dalam membuat keputusan. * Kuat daya ingatan. * Gerak hati yang sangat kuat. * Pandai mendorong diri sendiri dan memotivasikan orang lain. * Berpenyakit disekitar kepala dan dada. * Sangat cemburu dan terlalu cemburu

Mei

* Keras hati & degil. * Kuat semangat & bermotivasi tinggi. * Pemikiran yang tajam. * Mudah marah apabila tidak dikawal. * Pandai menarik hati & perhatian orang lain . * Perasaan yang amat mendalam. * Cantik dari segi mental & fizikal. * Tidak perlu dimotivasikan. * Tetap pendirian, tetapi mudah dipengaruhi oleh orang lain. * Mudah dipujuk. * Bersikap sistematik (otak kiri). * Suka berangan. * Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di hati orang lain tanpa diberitahu. * Bahagian telinga & leher mudah diserang penyakit. * Daya khayalan yang tinggi. * Permikiran yang tajam. * Pandai berdebat. * Fizikal yang baik. * Kelemahan sistem pernafasan. * Suka sastera, seni & muzik serta melancong. * Tidak berapa suka duduk di rumah. * Tidak boleh duduk diam. * Tidak punya ramai anak. * Rajin dan bersemangat tinggi. * Agak boros

Jun

* Berfikiran jauh & berwawasan. * Mudah ditawan kerana sikap baik. * Berperangai lemah lembut. * Mudah berubah sikap, perangai, idea dan mood. * Idea yang terlalu banyak di kepala. * Bersikap sensitif. * Mempunyai pemikiran yang aktif (sentiasa berfikir). * Sukar melakukan sesuatu dengan segera. * Bersikap suka menangguh-nangguh. * Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik. * Cepat marah & cepat sejuk. * Suka bercakap & berdebat. * Suka buat lawak & bergurau. * Otaknya cerdas berangan-angan. * Mudah berkawan & pandai berkawan. * orang yang sangat tertib. * Pandai mempamerkan sikap. * Mudah kecil hati. * Mudah kena selsema. * Suka berkemas. * Cepat rasa bosan. * Sikap terlalu memilih & cerewet. * Kurang mempamerkan perasaan. * Lambat untuk sembuh apabila terluka hati. * Suka pada barang yang berjenama. * Mudah menjadi eksekutif. * Kedegilan yang tidak terkawal. * Sesiapa yang memuji, dianggap musuh. Siapa yang menegur dianggap kawan.

Julai

* Sangat suka didamping. * Banyak berahsia dan sukar dimengerti terutamanya lelaki. * Agak pendiam kecuali dirangsang. * Ada harga dan maruah diri. * Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan. * Mudah dipujuk dan bercakap lurus. * Sangat menjaga hati orang lain. * Sangat peramah. * Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya. * Berjiwa sentimental. * Jarang berdendam. * Mudah memaafkan tapi sukar melupakan. * Tidak suka benda remeh-temeh. * Membimbing cara fizikal dan mental. * Sangat peka, mengambil berat dan mengasihi serta penyayang. * Layanan yang serupa terhadap semua orang. * Tinggi daya simpati. * Pemerhatian yang tajam. * Suka menilai orang lain melalui pemerhatian. * Mudah dan rajin belajar. * Suka muhasabah diri. * Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama. * Suka mendiamkan diri. * Suka duduk di rumah. * Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan. * Tidak agresif kecuali terpaksa. * Lemah dari segi kesihatan perut. * Mudah gemuk kalau tak kawal diet. * Minta disayangi. * Mudah terluka hati tapi lambat pulih. * Terlalu mengambil berat. * Rajin dalam membuat kerja * Sangat hensemdan besar kemungkinan berkahwin empat

Ogos

* Suka berlawak. * Mudah tertawan padanya. * Sopan santun dan mengambil berat terhadap orang lain. * Berani dan tidak tahu takut. * Orangnya agak tegas & bersikap kepimpinan. * Pandai memujuk orang lain. * Terlalu pemurah & bersikap ego. * Nilai harga diri yang sangat tinggi. * Dahagakan pujian. * Semangat juang yang luar biasa. * Cepat marah & mudah mengamuk. * Mudah marah apabila cakapnya dilawan. * Sangat cemburu. * Daya pemerhatian yang tajam & teliti. * Cepat berfikir. * Fikiran yang berdikari. * Suka memimpin & dipimpin. * Sifat suka berangan. * Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat. * Sangat sensitif tapi tidak mudah merajuk. * Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit. * Belajar untuk bertenang. * Sikap kelam kabut. * Romantik, pengasih dan penyayang. * Suka mencari kawan

September

* Sangat bersopan santun & bertolak ansur. * Sangat cermat, teliti & teratur. * Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik. * Pendiam tapi pandai bercakap. * Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati. * Sangat perihatin & terperinci, amanah, setia & jujur. * Kerja yang dilakukan sangat sempurna. * Sangat sensitif yang tidak diketahui. * orang yang banyak berfikir. * Daya pentaakulan yang baik. * Otak bijak & mudah belajar. * Suka mencari maklumat. * Kawal diri dari terlalu mengkritik. * Pandai mendorong diri sendiri. * Mudah memahami orang lain kerana banyak menyimpan rahsia. * Suka sukan, hiburan & melancong. * Kurang menunjukkan perasaannya. * Terluka hatinya sangat lama disimpan. * Terlalu memilih pasangan. * Sukakan benda yang luas. * Bersistematik

Oktober

* Suka berbual. * Suka orang yang sayang padanya. * Suka ambil jln tengah. * Sangat menawan & sopan santun. * Kecantikan luar & dalam. * Tidak pandai berbohong & berpura-pura. * Mudah rasa simpati, baik dan mementingkan kawan. * Sentiasa berkawan. * Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama. * Cepat marah. * Macam pentingkan diri sendiri. * Tidak menolong orang kecuali diminta. * Suka melihat dari perspektifnya sendiri. * Tidak suka terima pandangan orang lain. * Emosi yang mudah terusik. * Suka berangan & pandai bercakap. * Emosi yang kelam kabut. * Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya perempuan). * Suka melancong, bidang sastera & seni. * Pengasih, penyayang & lemah lembut. * Romantik dalam percintaan. * Mudah terusik hati & cemburu. * Ambil berat tentang orang lain. * Suka kegiatan luar. * orang yang adil. * Boros & mudah dipengaruhi persekitaran. * Mudah patah semangat

November

* Banyak idea dalam perkara. * Sukar untuk dimengertikan atau difahami sikapnya. * Berfikiran kehadapan. * Berfikiran unik dan bijak. * Penuh dengan idea-idea baru yang luarbiasa. * Pemikiran yang tajam. * Daya firasat yang sangat halus dan tinggi. * Sesuai jadi seorang doktor. * Cermat dan teliti. * Personaliti yang dinamik. * Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari rahsia. * Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra. * Berani, pemurah setia dan banyak kesabaran. * Terlalu degil dan keras hati. * Apabila berkehendak sesuatu, akan diusahakan sehingga berjaya. * Tak suka marah kecuali digugat. * Mudah ambil berat terhadap orang lain. * Pandai muhasabah diri. * Cara berfikir yang lain dari orang lain. * Otak yang sangat tajam. * Pandai mendorong diri sendiri. * Tidak hargai pujian. * Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi apabila berkehendak sesuatu. * Cuba sampai berjaya. * Badan yang sasa. * Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam dan romantik. * Tidak pasti dengan hubungan kasih sayang. * Suka duduk d irumah. * Sangat rajin dan berkemampuan tinggi. * Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia. * Tidak berapa berjaya dalam mengawal emosi. * Bercita-cita tinggi. * Perangai tidak dapat diramal dan mudah berubah-ubah

Disember

* Sangat setia dan pemurah. * Bersifat patriotik. * Sangat aktif dalam permainan dan pergaulan. * Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa. * Bercita-cita tinggi. * Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi. * Seronok bila didampingi. * Suka bercampur dengan orang. * Suka dipuji, diberi perhatian dan dibelai. * Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur. * Tidak pandai berpura-pura. * Cepat marah. * Perangai yang mudah berubah-ubah. * Tidak ego walaupun harga dirinya sangat tinggi. * Benci pada kongkongan. * Suka berlawak. * Pandai buat lawak dan berfikiran logik

32 comments:

  1. Salam Pakdin.
    Semoga Pakdin sekeluarga dirahmati Allah.
    Bagaimana dengan keadaan Auntie sekarang ni?

    Berbalik kepada artikel Pakdin kali ini,saya rasa diri saya bercampur aduk dari bulan Jan sampai Dec...hehehe..

    ReplyDelete
  2. aslkum pak din

    Menepati spt apa yang dicatatkan. saya lhir dalm bulan januari.Cuma satu saja yang kontra dengan saya iaitu mudah melihat kelemahan orang lain dan suka mengkritik. Saya tak suka mengkritik tetapi suka berhujah.

    ReplyDelete
  3. menarik N3 ni tuan.
    kenapa lama menghilang........
    masuk hutan ke.

    saya bulan March.
    setidaknya saya dah jadi diri sendiri berdasarkan potensi yg diberikan........

    ReplyDelete
  4. salam ayahanda.. saya nak mintak izin copy n3 kat atas nih.. tapi, saya nak ambik untuk bulan oktober jer.. boleh yer ayahanda..

    ReplyDelete
  5. salam Abe Din
    sy mungkin tergolong dlm Bln Sept dan Oktober...ada yang kena dan ada yang mungkin belum sampai lagi masanyer kut..
    pasal firasat utk org pompuan tu..kdng2 sajer sy apply kat org lain..setakat nie drpd 6..5 betul,
    cuma sy takut ianya jd bahan fitnah, maka sy tak buatlah keje2 firasat nie..tapi sy suka tengok wajah seseorang.."belajar sikit apa yg dia ada..sy tak ada"

    ReplyDelete
  6. ade yg berfatwa kalau baca horoskop & sewaktu nganya 40 hari tak diterima solat....kalau menyebarkannya lagi byk syer kot ...ntah la....

    ReplyDelete
  7. Assalamualaikum Pak Din,

    hmmm...hampir 70%-85% sifat tu ada betul pada aku...hehe...aku punya October.

    ni bukan ramalan nasib..aku rasa boleh ler kita percaya sbb tak salah drp segi aqidah. Ilmu kajian sifat ni drp kitab lama jugak, tapi aku tak ingat apa nama kitab-2 tu...ada sapa-2 tau ker?

    ReplyDelete
  8. Salam perkenalan,

    Dari blog nurdaniella datang kesini...menjengok tafsiran bulan kelahiran....best gak.....

    ReplyDelete
  9. Tuan Penghuni Gua.

    Saya lahir dalam bulan Januari tetapi dengan sengaja saya membaca apa yang terkandung dalam bulan Jun.

    Didapati segala apa yang ada dalam bulan Jun menepati berkenaan saya sebagaimana juga segala apa dalam bulan Januari ...

    Bila saya baca kesemua 12 bulan satu persatu, saya dapati kesemua bulan dalam setahun adalah mempamerkan diri saya !

    Hehehehe ..

    Saya agak, sifat-sifat yang dinyatakan di sini adalah terlalu umum untuk disimpulkan bahawa bulan kelahiran itu mempengaruhi sifat setiap antara kita ..

    Tapi, membacanya tetap seronok !

    ReplyDelete
  10. W'salam PG.

    Terima kasih. Auntie sudah ok dan malam pergi buat dressing.

    Bercampur aduk? Susah juga nak duga!

    ReplyDelete
  11. W'salam sdr. fital.

    Sudah pasti tidak semuanya betul. Itu hanyalah ramalan selepas sekian lama membuat pemrhatian.

    ReplyDelete
  12. Sdr. Jinggo.

    Tahniah kerana anda menemui diri anda.

    Saya tidak ke mana sebenarnya, cuma agak sibuk yang menyebabkan keletihan.

    ReplyDelete
  13. w'salam anakanda nurdaniella.

    Dengan besar hati ayahanda izinkan. Ayahanda pun mendapat keizinan dari seorang blogger.

    ReplyDelete
  14. W'salam Induk Yati.

    Tahniah. Tak sangka sdr. adalah seorang yang tahu firasat. memang betul kekadang akan mendatangkan fitnah.

    Kalau betul tu, betullah. Kalau salah pula, memang salah. Kita bukannya malaikat. Cuma janganlah dikatakan tenung nasib cuma teka nasib.

    Tenung nasib adalah salah satu dosa besar kan?

    ReplyDelete
  15. zulmin.

    Kalau bernujum atau tenung nasib memang betul. Tapi adakah ini termasuk di dalam kategori tenung nasib atau nujum? Kalau 100% percaya mungkin ya!

    ReplyDelete
  16. Hanz.

    Ok juga buat anda. Memang salah kalau meneka/menujum perkara yang belum berlaku tetapi di sini kita hanya tahu apa yang sedang dan sudah berlaku.

    Kitab apa yer? Tajulmuluk kot? Saya pun lupa.

    ReplyDelete
  17. W'salam chekdenoor.

    Terima kasih kerana sudi singgah. Saja tengok apa yang betul dan tidak betul di atas diri kita. Bukan nak percaya sangat!

    ReplyDelete
  18. Salam sdr._

    Seronok baca satu persatu. Memang banyak pertindihan mungkin disebabkan bulan hijriah tidak sama dengan bulan masihi. Jadi ada pertindihan hari pada setiap bulan.

    ReplyDelete
  19. Harap-harap Hanz tak rujuk kat kitab `permata yang hilang`..hehehe..saja menceriakan keadaan :)

    ReplyDelete
  20. Salam Pakcik..

    Teruk jugak lahir dalam bulan mei ni ya..saya lahir 13 mei..mmg ada serupa dgn yg pakcik tulis tu..cuma boros tu tak lah sgt.hehe

    ReplyDelete
  21. Salam,

    Apabila bayi menangis, maka kedua tangan terbuka, maka lepaslah amanah dari anda sebagai pemegang amanah dari Tuhan, cubalah kembalikan amanah itu dengan mengisi ilmu di dalam akal

    ReplyDelete
  22. PG

    Gurauan menceriakan keadaan. Akan sama-sama tersenyum.

    ReplyDelete
  23. W'salam UXOP.

    Dilahir pada apa hari da berapa haribulan pun kita tetap sama, ada kelebihan dan sudah pasti ada kekurangan.

    Cuma bagi Pak Cik nasib adalah seiring dengan takdir.

    ReplyDelete
  24. W'salam PakKaramu.

    Betul Pak Karamu. Kerana amanah terlepaslah maka ramai di antara kita yang pecah amanah sesama kita.

    Kerana itulah juga kita diwajibkan menuntut ilmu dan menggunakan akal yang waras untuk berfikir. Yang baik tetap dipandang baik dan yang salah tetap dipandang salah. Itulah tanda aras kewarasan seseorang.

    ReplyDelete
  25. Assalamualaikum uncle..

    mintak maaf.. dh lama x dtg singgah sini.. uncle mmg dok kat kb ke? t doakan auntie segera sembuh ye? insya allah..

    seronok melayan gambar2 along tu uncle..

    sampaikan salam buat auntie dan anak2 ye uncle..

    jaga diri..

    ReplyDelete
  26. Wa'alaikumussalam T,

    Ya T, memang uncle dok kat KB, Jalan Telipot. Alhamdulillah auntie dah semakin pulih dengan berkat doa semua rakan. Uncle harapkan T juga sentiasa sihat dan ceria seisi keluarga.

    Insya Allah akan uncle sampaikan salam T untuk mereka.

    ReplyDelete
  27. banyak yang betul kena la kat saya.saya bulan november.Bagus ke saya ni.
    minta izin copy

    ReplyDelete
  28. Salam sdr. setapa.

    Terima kasih kerana sudi jengok ke blog cabuk ini.

    Saudara boleh copynya dan izinkan kerana saya juga mendapat bahan ini dari blogger Mantot dengan izin.

    ReplyDelete
  29. saya tertarik dengan artikel ni.memang 99% tepat bagi saya yg lahir bulan june...suka barangan branded walau x mampu.mudah ditawan lemah lembut hAHA.yang kontra nye saya tak suka berkawan sebab malas nak layan karenah orang macam2.lagi lagi yang suka bersangka buruk dan mengadu domba.macam takde agama

    ReplyDelete
  30. *ManoHuruHara*

    Terima kasih kerana sudi lawat dan sudi singgah di sini.

    Apa yang dipaparkan adalah telahan hasil dari pemerhatian dan bintang. Dalam Islam pun memang ada bintang-bintang ni. Boleh pakai tetapi tidaklah boleh percaya 100%.

    Tentang kawan tu, betul juga kata saudara. Banyak orang, banyaklah ragamnya. Tentang dengki dan hasut menghasut tu memang dah jadi adat manusia yang kurang iman. Kalau dilayan, kita yang rusak.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa