Thursday, July 2, 2009

Saja-Saja Upload Gambar

Gambar-gambar yang Along kirim sepulangnya dari Filipina. Esok Along akan mula bercuti di rumah selama 10 hari.

Upacara Sambut Ketibaan
















Olongapo Market, Subic Bay
















Tugu Peringatan


















Bazar di Bagio
















Orang Filipina juga makan "Budu"























Majlis Berangkat Pulang


















Keadaan laut bergelora ketika keluar dari San Fernando City
















Meninggalkan Filipina




18 comments:

Mak Su said...

wah, tentu anakandanya tak sabar2 nak berada di rumah :)

Rashid said...

salam uncle
ermm tak sangka. Makan budu juga orang filipina ni.. tapi sama ke ngan budu kita atau dicampurnya dengan ramuan lain? Tengok warna tu macam sama je.

Terasa bangga 'budu' di persada antarabangsa..

mountdweller said...

Mak Su.

Mungkin malam ni dia dah tak lena tidur. Last dia cuti pada bulan 12 tahun lepas.

Dah cakap siap-siap kat Mamanya nak makan apa.

anak laut said...

salam..mountdweller,


terkena kenan?ish..jgn ckp mcm tu..hehehe

tq sudi singgah anaklaut

mountdweller said...

W'salam Rashid.

Tak sangka kan? Kat Filipina pun ada budu. Tapi mungkin ada sikit kelainan kot. Budu Kelantan dan Pelara Terengganu pun berbeza, inikan pula merentas lautan.

Nanti Along balik, uncle tanya dia. Nasib-nasib di beli dan bawa balik.

melayuangkat said...

Assalamualaikum Saudara,

Terima Kasih Along atas gambar-gambar ini. Dapat juga Mak Cik 'tumpang' sama, tengok pun jadilah.

Selamat Bercuti Along, semoga dapat dimanfaatkan 10 hari akan datang bersama keluarga tersayang.
InsyaAllah.

mountdweller said...

W'salam anaklaut.

Maaflah, saja melawak. Blog anaklaut memang banyak maklumat. Tahniah.

Saya doakan agar anaklaut kembali sihat seperti biasa secepat mungkin.

mountdweller said...

Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

Terima kasih di atas keprihatinan puan. Insya Allah sekiranya ada Along hantar gambar-gambar baru saya akan uploadkan.

Betul puan, kami pun sudah lama tidak jumpa hanya sekadar sms dan bercakap melalui phone saja. Si Adik pun ternanti-nanti nak masak untuk Along. Memang Along suka masakan adiknya.

malaysiauncensored said...

Bapak tak sokong kerajaan.
Anak makan duit kerajaan.
Cantik.

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Amboooiiiii, seronoknya anak nak balik cuti.
Bukan anak yang tak tidur, entah2 ayah dan mak yang tak dapat tidur.
Tahniah kerana gembira tak terkira.

~PakKaramu~ said...

Salam,

Budu tu kalau perah air asam limau cicah dengan ikan pari bakar dan makan panas-panas dua pingganpun tak kenyang lagi, aduuuyai! lecur air liurrrr !

anak laut said...

salam..

tkasih atas doa saudara..tak masuk wad sebab saya rasa saya boleh berehat di rumah..

apapun tq sekali lagi..singgah di anaklaut

mountdweller said...

malaysiauncensored.

Bagus ungkapan saudara. Saya tidak akan jawab komen saudara kerana biarlah pembaca dan pelawat blog ini menilai sedalam mana bebijaksanaan saudara memahami Politik, Kerajaan, Rakyat dan Pekerja kepada Negara/Rakyat.

mountdweller said...

W'salam Dr.

Sudah tentu kedua-dua pihak akan gembira di dalam situasi begini. Cuma sedikit terencat kerana Mamanya akan masuk Hospital petang ini untuk pembedahan keluarkan "Lump" di Hospital Pakar Perdana. Diharapkan akan berjalan lancar dan cepat sembuh.

mountdweller said...

W'salam Pak Karamu.

Kami dibesarkan berlaukkan salah satunya adalah budu. Kalau kurang selera, latak budu dan taruk asam limau kerat lintang.

mountdweller said...

W'salam anak laut.

Sama-sama. Harapkan saudara sudah ok by now.

TokBatinSenoi said...

salam sdr.

Insan dalam 'fana', terarah perhatianya kepada ujud mutlaq Tuhan yang bersifat baqa'bersendirian. kalau salah? betulkan saya. (masih ilusi kan?)

maka akan lenyap ilusi2 dengan lupusnya ilusi bernyawa. (umapama: orang yang tidor nyenyak, tanpa mimpi2)

'Ilusi kehidupan dan Kematian' .… ledakan dari kesyumulan Zat Pencipta ilusi2.

Adapun, hidup dan mati hanyalah ilmu, qudrat, irodat, hayat 'Tuhan' jua. Adapun manusia (ilusi Insaniyah) itu tidak punyai hidup dan mati.- Bayan At Taslihin.

mountdweller said...

W'salam Tok Batin.

Benar. Insan fana memang begitu pada fahaman saya yang jahil ini.

Sebenarnya banyak perkara lagi yang saya wajib selami.

Terima kasih Tok Batin kerana sudi berkungsi ilmu.