Sunday, July 19, 2009

Melegakan

Tempoh waktu yang melegakan dalam sehari dua ini.

Jabatan tempat saya mencari rezeki meluluskan permohonan saya untuk bersara awal, iaitu pada 1 Jan. 2010.

Adik (anak kedua saya) akan melaporkan diri pada 20 July 2009 untuk bekerja di salah sebuah cawangan syarikat yang terbesar di Malaysia berkaitan Permotoran.

Specimen tissue isteri yang dihantar ke Makmal untuk ujian Cancer telah diperolehi dan didapati negative

Alhamdulillah untuk semua ini. Terima kasih di atas sokongan dan doa saudara/saudari bloggers dan rakan-rakan.



26 comments:

aku said...

salam pakdin..

alhamdulillah..
kelegaan yang bertimpa-timpa hahaha..

mountdweller said...

W'salam aku.

Ya syukur kepada Allah dengan doa aku dan rakan-rakan itu semua terjadi.

alang said...

Salam abg. Apasal nk bersara awal? Nak buat bisnes ke, or nak rilek2 bersama family terchinta?. Apapun semoga sehat di samping keluarga. :)

- jinggo - said...

kita sesama mendoakan - kita diberkati dan dipermudahkanNYa...

Hanz_Azdi said...

:) am happy for u & your family. Mungkin tu sedikit drp byk lg. balasan/ganjaran yg akan diberiNYA ke atas kebaikan anda sekluarga.

UXOP said...

Salam Pakcik..

Syukur Alhamdulillah dengan nikmat dan kesenangan yang diberikan Allah kepada Pakcik & keluarga.Mudah-mudahan nikmat itu berpanjangan buat Pakcik sekeluarga.

Sesungguhnya kehidupan ni adalah begitu..susah dulu kemudian senang,senang dulu kemudian susah..bukan apa sebenarnye, ini supaya kita tahu menilai & mensyukuri nikmat yg dikurniakan..

mountdweller said...

W'salam alang.

Abg nak bersara awal kerana rasanya sudah jemu dengan kerja rutin dan komitmen. Rasanya selepas bersara akan bergiat cergas dalam NGO dan Kebajikan.

Memanglah di samping itu boleh tumpukan masa lebih dengan keluarga.

mountdweller said...

Saudara Jinggo.

Apa yang saudara lakukan juga adalah kebajikan untuk anak bangsa. Syabas!

Kita sebagai teman dan saudara sebangsa dan seagama sama-sama mendoakan kesejahteraan antara satu sama lain.

mountdweller said...

Hanz.

Rasanya ganjaran yang Allah kurniakan dengan hidup, kesihatan, ketenangan minda dan segalanya adalah terlalu besar dibandingkan kebajikan yang kita buat.

Walau apa pun perasaan kita, perpanjat syukur adalah wajib.

mountdweller said...

W'salam UXOP

Susah senang, sakit sihat adalah pusingan roda hidup yang melengkapkan lumrah alam.

Semuanya adalah di atas kehendaknya dan kita mesti bersyukur.

Terima kasih di atas doa UXOP dan Pak Cik harapkan UXOP juga mendapat rahmat dan nikmat hidup.

nurdaniella said...

salam ayahanda, syukur segalanya dipermudahkan Allah.. mungkin ini semua pembalasan atas kebaikan ayahanda juga..

Isa said...

Salam Uncle,

Alhamdulillah, semuanya selamat. Semoga beroleh kesejahteraan bersama keluarga tercinta.

Kirim salam kepada Auntie. Tahniah kepada Adik dan selamat memulakan tugas hari ini.

IndukYati said...

Salam Abe Din,

Wah dah dapat bersara awal..mesti dah ada perancangan sendiri...bagi mereka yg dah biasa bekerja..mmg tak reti nak duk diam...ada saja yg nak dibuatnyer..kenalak tak terikat dengan office hours...
Semoga Abe Din gembira dengan apa yang dilakukan, bakal dilakukan...ilmu yang ada tu..bolehlah diongsi bersama...yang muda belajar dari yang berpengalaman...( nnti kata tua...terasa lak..hehehe) dak gitu abe Din?

sakurasa 2 said...

Tuan
syukur segalanya dipermudahkan Allah..

mountdweller said...

W'salam anakanda nurdaniella.

Memang ayahanda bersyukur di atas nikmat dan anugerahnya tetapi merasa amat kerdil dan malu kerana sumbangan kita amat kecil jika dibandingkan betapa besarnya anugerah Allah.

Pengasas said...

Salam MountDweller,
Syukur, syukur, syukur! Alhamdulillah sehat wal-'afiyat. Anak-anak dah berjaya.
Aik! Nak bersara awal juga? Mungkin kita satu kepala. Saya bersara awal pada 1.1.2002.

wartamaya said...

Salam Tuan,

Alhamdulillah untuk kesihatan orang rumah. Semoga dia sentiasa cunnnn.

Tang bersara awal tu ... semoga Tuan dapat menghabiskan masa dengan perkara perkara yang membahagiakan.

mountdweller said...

W'salam anakanda Isa.

Alhamdulillah, insya Allah ayahanda akan sampaikan kepada auntie. Terima kasih bagi pihak adik.

Alhamdulillah di atas kesejahteraan kurniaanNya.

mountdweller said...

W'salam IndukYati.

Betul tu, Abe Din tidak marah. Tua ke, lamake, veteranke kan semuanya bermaksud sama. Hakikatnya memang begitu bila dah berumur.

Memang Abe Din akan melakukan apa yang patut untuk share bersama golongan muda apa yang Abe Din ada. Abe Din juga bercadang nak aktif di dalam kerja mendakwah Orang Asli kelau diizinkan Allah.

mountdweller said...

sakurasa 2.

Alhamdulillah, sama-samalah kita memanjatkan kesyukuran kepadaNya.

Terima kasih sakura.

mountdweller said...

W'salam Dr.

Ya Dr., kesyukuran yang tidak terhingga kepadaNya.

Persaraan awal kerana saya rasa jemu dengan ikatan masa dan komitmen kerja. Dah melebihi 30 tahun mengikat saya. Hajatnya selepas ini saya akan bergerak cergas dalam NGO seperti kebajikan dan Dakwah mungkin Islamic Outreach serta membantu Jabatan Belia membangunkan disiplin motivasi di kalangan belia kita.

mountdweller said...

W'salam sdr. wartamaya.

Kesyukuran yang tidak terucap kepadaNya. Betapa besarnya Rahmat dan Nimat yang diberikan.

Selepas ini saya berhajat lakukan apa yang saya jawab komen Dr. Abd. Wahab di atas.

Terima kasih di atas doa saudara dan saya juga doakan saudara hidup bahagia dengan kesihatan serta limpahan kesenangan.

leiah said...

uncle,
tumpang lega mendengarnya...

mountdweller said...

leiah.

Terima kasih banyak dan syukur kepadaNya.

Edward Saminathan said...

Salam sejahtera uncle,

God Bless Uncle dan keluarga selalu..

Edward

mountdweller said...

Edward

Sejahtera ke Adward dan keluarga juga. Terima kasih.

May God bless you too.