Seperti satu lumrah, budaya, style atau memang perangai begitu apabila menyebut Kelantanese semangat kenegeriannya begitu menebal.
Ianya bermula dari ”boarding school” di mana setiap sekolah yang ada pelajar-pelajar Kelantan mereka akan bersekongkol sesama mereka sahaja.
Jika di Universiti mereka akan berkawan sesama mereka sahaja, jika ada perdebatan mereka akan berdebat habis-habisan sehingga mencetuskan pergaduhan. Jika berlaku kekasaran dalam bersukan seperti bolasepak pastinya pergaduhan akan berlaku sehingga di luar stadium atau padang bola.
Jika mereka menguasai syarikat besar seperti Permodalan Nasional Berhad mereka akan membawa masuk sebanyak mungkin geng-geng Kelantanese atau orang Kelantan. Kalau Menteri dari Kelantan maka banyaklah agensi-agensi di bawah kementerian tersebut akan dikuasai oleh orang Kelantan.
”Tribal spirit” mereka begitu kuat hanya kepada Kelantanese atau orang Kelantan sahaja tidak kira benar atau salah.
Apa pun yang sukar ditandingi dengan orang Kelantan ialah Mek Kelate, mereka memang menawan dan pandai melayan suami.
Saya sebagai orang Kelantan agak tertarik dengan ulasan MUMMY tentang perangai dan tindak tanduk yang dikatakan dimiliki oleh orang Kelantan. Memang ada benarnya dan ada yang tidak benarnya. Yang tidak benar adalah MUMMY gagal memahami budaya dan jiwa Orang Kelantan.Jika di Universiti mereka akan berkawan sesama mereka sahaja, jika ada perdebatan mereka akan berdebat habis-habisan sehingga mencetuskan pergaduhan. Jika berlaku kekasaran dalam bersukan seperti bolasepak pastinya pergaduhan akan berlaku sehingga di luar stadium atau padang bola.
Jika mereka menguasai syarikat besar seperti Permodalan Nasional Berhad mereka akan membawa masuk sebanyak mungkin geng-geng Kelantanese atau orang Kelantan. Kalau Menteri dari Kelantan maka banyaklah agensi-agensi di bawah kementerian tersebut akan dikuasai oleh orang Kelantan.
”Tribal spirit” mereka begitu kuat hanya kepada Kelantanese atau orang Kelantan sahaja tidak kira benar atau salah.
Apa pun yang sukar ditandingi dengan orang Kelantan ialah Mek Kelate, mereka memang menawan dan pandai melayan suami.
Memang betul semangat kenegerian Orang Kelantan tebal dan kami akan bersatu di mana-mana saja kami berada. Walau di tempat sendiri bermusuh dan tidak bertegur sapa tetapi sekiranya berlaku kesusahan kepadanya di luar Kelantan, musuhnya itu tetap akan menolongnya. Memang kami suka berkumpul geng-geng Kelantan sebab hanya kami yang tahu kehendak dan tatalaku orang kami. Orang Kelantan terkenal dengan "Alim", terkenal juga dengan "Jahat dan Gedebe" dan terkenal juga dengan "Baiknya". Sebab apa? Tiada siapa yang mencari jawapannya. Hanya tahu mengutuk!. Inilah kedangkalan Pengkritik-Pengkritik kita.
Pada apa yang saya dapat lihat pada satu ketika dahulu bukan saja Jabatan atau Kementerian yang di ketuai oleh Orang Kelantan sahaja yang dipenuhi oleh Orang Kelantan, tetapi Jabatan dan Kementerian yang tidak diterajui oleh Orang Kelantan juga dipenuhi oleh Orang Kelantan. Sehingga ditegur PM semasa itu Tun Dr. Mahathir. Tetapi sekarang tidak lagi begitu. Kenapa? Cubalah cari jawapan dengan rasional tanpa emosi dan dengki. Saya tidak mahu memberikan jawapannya di sini.
Tentang Perempuan Kelantan pula, tidaklah benar semuanya pandai layan laki. Kalau semua pandai layan laki nescaya tidak adalah perempuan yang bergelar "Janda" di Kelantan. Tentang komen rumah berselerak itu, saya kira benar tapi tidak semua. Hanya satu perkara yang saya cukup tidak suka ialah Bilik Air dan Tandas yang tidak dijaga kebersihannya. Terus terang saya katakan sekiranya saya bertandang ke mana-mana rumah saudara atau kawan, kalau saya nampak bersekitaran rumah yang tidak begitu teratur dan bersih, saya rela tahan untuk melepaskan hajat di rumah sendiri. Begitu juga dengan anak-anak saya. Tetang tandas di pejabat pun, sayalah selalu jadi penyibuk complain tentang kebersihan.
Salam,
ReplyDeleteSemangat Kelantan apabila ada di tangan pemerintah islam maka islam di sana akan menjadi contoh kepada negeri yang lain, yang pandai menilai islam hanya orang cina yang di luar Kelantan
W'salam Pak Karamu.
ReplyDeleteSatu perkara yang pelik bin ajaib ialah mata hati yang bukan Islam pula yang tahu menilai sedangkan orang Islam tertutup rapat.
Adakah ini bermakna apa yang Allah firmankan "Hidayah adalah hak aku"
"mata hati yang bukan Islam pula yang tahu menilai sedangkan orang Islam tertutup rapat".
ReplyDeleteEhem!!!.....Statement nie agak keterlaluan...
Saya tidak begitu bersetuju.
Maaf ya! jgn maree!!!!
Salam abg. Syabas sebab dapat menerima tulisan dari Mummy rokiah dan membalas dengan ilmiah bukan dengan perasaan dendam wlaupun abg dari kelantan. Cuma nak tambah, dari pergaulan saya dengan byk org kelantan, faktor utama org kelantan terutama yg baru keluar dari kelantan berpuak2 adalah kerana mereka tidak boleh bertutur dalam bahasa `melayu` dengan baik. Komunikasi problem. Tapi klau dah lama duduk di luar, rasanya takde masaalah.
ReplyDeletep/s semua org sama bagi saya tak kira kelantan,negeri2 lain mahupun indonesia. Tiada `kaum` yg perfect.
Salam
ReplyDeleteAlhamdulillah isteri uncle selamat.
Setuju , posting dari mummy rokiah tu nampak macam takde tujuan, seolah-olah takde idea nak menulis dan cuba nak provoke isu kenegerian. walhal memang umumnya orang melayu ni suka hidup berkelompok, tak kira la kat ceruk dunia mana sekalipun. kalau secara kebetulan majoriti orang kelantan bekerja dalam satu bangunan, adalah sangat tak adil untuk buat kesimpulan yang bahagian human resource/higher management semuanya geng-geng kelantan. Lagi tak betul bila dia cakap orang kelantan akan memihak orang kelantan saje, tak kira sapa betul/salah. Pada saya, orang yang menulis tu sangat KURANG CERDIK, mainly for uttering an immature, generalized statement with no proof. Mungkin mummy rokiah ni rasa inferior or pernah ada bad experience dengan orang kelantan... but to provide a conclusion based on one's personal view, it sounds rather offending.
Sdr. indraputra80.
ReplyDeleteApa yang saudara katakan itu betul dan saya tidak marah.
Apa yang saya maksudkan sebenarnya ialah tidak semua Melayu/Islam. Maaf saya jawab dengan ayat tergantung!
W'salam alang.
ReplyDeleteBagi Abang, sebenarnya keadaan begitu hanya berlaku kepada yang baru keluar dari kepompong kedaerahan dan mereka ini masih baru dengan budaya dan percakapan yang digunakan di luar Kelantan menjadikan mereka mempunyai inferiority. Maka lebih selesa bagi mereka bergaul sesama Kelantan.
Apa yang abang tengok juga di zaman 60'an dan 70'an, Kelantanese diejek dan dimomokkan. Jadi ramai di kalangan Kelantanese memandang serong dan tidak berapa selesa untuk membuka pergaulan. Kelantanese dipandang kono dan tidak sophisticated sebagaimana rakyat di Pantai Barat.
Abang rasa abang tidak begitu mungkin kerana pergaulan abang juga lebih terbuka. Abang kerkawan dengan semua orang dan semua jenis dari yang Alim sehinggalah ke Gengster dan kaki minum. Pergaulan tidak salah selagi kita tidak mengikuti keburukan mereka.
W'salam Azyyati.
ReplyDeleteTerima kasih di atas doa Azyyati.
Uncle pun rasa begitu. Mungkin MUMMY ada pengalaman pahit dengan Kelantanese. Uncle rasa ini adalah kes terpencil. Tapi tidak apalah MUMMY meluahkan perasaannya dari pandangan peribadinya.
"sounds rather offending" to be wise dont'n accept the challenge. Tidak ada maknanya.
salam bertemu kembali uncle.... lama tak jengah rumah uncle, harap sgt uncle sihat... bz sket lah uncle... meh dtg umah lin...
ReplyDeleteW'salam Lin.
ReplyDeleteMemang lama tidak bertemu di cyber. Lin tentu sibuk. Uncle pun kadang kala sibuk juga. Alhamdulillah uncle sihat dan begitu juga uncle doakan untuk Lin.
Ok, uncle akan bertandang nanti. Insya Allah.
harap2 mummy tu dapat menantu dari kalangan orang kelantan,baru dapat mengenali hati budi orang2 kelantan ni.tak kenal maka tak cinta kan
ReplyDeletedeann44
ReplyDeleteTerima kasih kerana singgah dan tinggalkan jejak.
Betul tu, "tak kenal maka tak cinta"
Salam uncle
ReplyDeleteOrang kelantan memang begitulah fiilnya. Bagi saya, semangat kenegerian itu adalah satu anugerah yang baik. Di mana jua pasti ada rasa kebersamaan di kalangan orang kelantan. Dengar je suara berloghat kelantan, pasti akan ada satu tarikan yang kuat.
Maaf, saya akui dari pengalaman.. bila di luar kelantan, orang kelantan ni bila berjumpa je dengan orang kelantan atau mendengar je suara berloghat kelantan pasti akan ‘menoleh’ secara refleksinya. Semacam tindakbalas spontan je. Sayapun tak tau naper sebegitu. Bagi saya itulah keistimewaan bukannya ketaksuban bersifat kenegerian.
ermm.. teringat masa belajar di UKM dulu.. kawan rapat adalah orang Perak, Kedah, KL dan Terengganu. Masa kat UMS pula, kawan rapat adalah orang bajau dan kadazan..
p/s - ehemm ehemm pernah jatuh hati pada orang Selangor dan Negeri 9.. hehe
W'salam Rashid.
ReplyDeleteBagi uncle semuanya sama. Uncle pun kawin dengan Orang Perak. Cuma antara kita gagal untuk mengenali hati budi masing-masing. Mungkin kerana masih ada perasaan prejudice di kalangan kita.
Salam Abe Din
ReplyDeletesatu posting yg menarik dr Mummy Rokiah..dan diulas secara berhikmah oleh Abe Din..tak faham bahasa takpe..jgn tak reti bahasa...ada faham...!!maaf bg saper2 yg terasa..
setiap budaya mewakili
negeri..budaya dan adat tampak berbeza tapi ada kesamaan.
ttg Kelantanese yg dikatakan agak kenegerian itu..sy rasa tahun2 80-90 an banyak berlaku..zaman berubah..dunia dah maju..
Sekarang tidak lagi..sy suka berkawan dgn sesiapa saja..pernah berkawan dgn org Iban,Dayak,Kadazan,Banjar,Batak,Mandailing,Jawa
Madura dan bnyk lagi
Setakat ini takder masalah..apa yang penting?....keharmonian bila bersahabat dan berkawan..jgn buat apa yg dia tak suka...dan bagitahu apa yg kita tak suka..kan senang...
W'salam Induk Yati
ReplyDelete"Tak faham bahasa takpe..jgn tak reti bahasa.." Inilah sempadannya bila kita berkawan. Bila kita berkawan dan bergaul, hati antara satu sama lain mesti dijaga.
Tidak dinafikan ada juga Kelantanese yang pentingkan kelompok sendiri dan bagi Abe Din ini juga kes terpencil. Dulu mungkin dan memang ada tapi sekarang, zaman berubah dan manusia juga tentu berubah.
teman dgn ore Klate selalunya buek geng..tak pernah ada masalah..sejak drp boarding school dah paham perangai demo, budaya budak Klate..sampai dah kerja pun ada kawan ore Klate..ok ajer..tribal preference nih bagus ler.. semangat warisan budaya sana..senang mesra kalo jumpa sesama mereka walau 1st time jumpa (kat luar Klate ler)..sama jer cam orang Perak, kalo tempat luar Perak, mau 'deme soreh' tanya tu tanya ini, & bila dapat 'labun' tu tak ingat dah orang keliling, lama 'bebeno' lak tu...hehe.
ReplyDeleteHok gedebe tu tak ramai mana,biasa ler tu..orang Perak ada, orang Kedah, Penang pun ada...mana-2 pun ada. Aku walau tak pernah masuk campur gadoh ni tapi paham ler semangat tu datang sendiri. Tu yg. bebudak Klate boleh panggil ramai kengkawan dia bila dah 'set' nak gadoh suatu tempat...kdg-2 tu bukan diorang nih gadoh pun, saja berhimpun 'meramaikan' bilangan..tu ler semangat setiakawan!
Win/Success favours the brave!
hehe..
Hanz.
ReplyDeleteBetul benar apa yang seudara katakan itu. Golongan mana pun ada yang Baik dan ada yang Jahat, Pemurah dan kedekut, Alim dan Jahil. Saya sendiri senang bergaul dengan sesiapa saja dari mana-mana negeri dan bangsa. Cuma yang membezakan kita adalah cara kita bergaul dan pandai bawa diri. Pendek kata keegoan kena letak tepi.
Saya tertarik dengan ini
"Win/Success favours the brave!" Memang kegagalan adalah teman sipengecut!
salam uncle...
ReplyDeleteorg luar selalu kata org kelantan pandai melayan suami, sebab kalau mereka ke pasar borong, mereka akan dengar makcik2 atau kakak2 berkata...
"abe..abe...mari beli ni kain comel2"
terus dia org labelkan begitu.sebenarnya jika dilihat, kat pasar2, ramai yg janda.
tapi saya suka org kelantan satu saja, kuat berniaga. mana2 pergi ada saja gerai kecik2 dan senang cari makan.
tentang kebersihan tandas, saya pun perasan, sedikit tiada menjaga kebersihan.
* uncle apa khabar? hari ini baru saya berpeluang menjenguk blog uncle. tp uncle selalu saya ingat.
salam manis, anntaj.
W'salam Ann
ReplyDeleteTerima kasih di atas ingatan ann terhadap uncle. Ada juga uncle berkunjung ke blog ann sekali sekali. Tak apalah ann kita sibuk dengan cara dan kehidupan masing-masing. Bersyukurlah dengan apa yang Allah kurniakan.
Memang ada benarnya Kelantanese begitu baik dari kebersihan tandas dan rumah, tetapi bukanya semua begitu. Kan sifat dan perangai manusia bermacam-macam.
tiada apa yang salah..semuanya betul..cuma kata2 yang teruk serta tuduhan yang melamapua dalam komen blog mummy tu cuma terbit dari hati seorang yang x sukakan pemerintah kelantan..saya berkawan dengan semua orang,dan mungkin pertama kali saya jumpa orang johor yang terlalu keras mengkritik orang kel..mungkin ini peluangnya..sebb depan2 gerenti x berani punya....he2.
ReplyDeleteSdr. Baduk.
ReplyDeletePada saya MUMMY meluahkan apa yang dirasainya. Pendapat dan pandangannya tetap betul bagi dirinya. Kita harus hormati itu walau pun pada kebenarannya ada yang betul dan ada yang tidak.
Sama ada MUMMY berani berdepan atau pun tidak, saya tidaklah pasti. Cuma seperkara yang tidak baik dari segi perhubungan ialah bila kita mengutuk antara satu sama lain. Hakikatnya semua orang ada kelemahan dan kekurangan. Sedar atau tidak terpulanglah kepada kewarasan masing-masing menilainya.
maksud saya pengkomen dalam blog mummy..saya agak kurang senang dengan provokasi individu serta mengaitkan pemimpin atau parti yang tiada kena mengena dengan enty MUMMY..apa yang mummy tulis tu tiada salahnya..pandangan masing2..kita patut hormati..apapun saya sentiasa menunggu entry terbaru pakcik moutdweller..
ReplyDeletebaduk.
ReplyDeleteBetul kata baduk, banyak komen yang tersasar dari apa yang ditulis. Kita kena fahamlah manusia kadang-kadang dikuasai oleh perasaan dan sentimen.
Apa yang saya nampak bukan saja pengomen tetapi bloggers juga ramai yang menulis dengan perasaan dan sifat taksub. Sifat taksub adalah nafsu. Sebagaimana di dalam n3 saya di atas. Bila nafsu menguasai kita, kita akan hilang kebijaksanaan.
dh 10 taon aku dok sbh.. apa yg aku respect owg sbh nie ialah mreka bleh dduk smeja..blajar b'sma..jln b'rmai2 dn takde sifat perkauman wlaupon dlm msa tue mreka berkainan bngsa..budk bjau, ank jati bugis, iranun, suluk dn aku sndri bleh dok mkn semeja tnpa ada rsa prkauman..berbeza dgn org mlayu..kdg2 b'diri diatas tanah myatu sndri tp bersikap kenegerian..
ReplyDeleteaku ttp respect budk sbh.. sbab dorg bleh dok smeja minum kopi wlaupon b'lainan bngsa t'msuk aku sndri..budk bajau, ank jati bugis, suluk dn bisaya ttp b'satu..sedangkn melayu sndri b'sifat kenegerian wlaupon dduk d'bwah nama ank melayu..
ReplyDeletesatu post yang kurang matang. mana mungkin orang gila mengaku gila, kan? itulah jadinya bila org kelantan sendiri yang menilai sifat orang kelantan. tentunya bias :)
ReplyDeletekata2 mummy tu ada benarnya....pandangan umum masyarakat melayu dari semua negeri dalam Malaysia ni. terima saja hakikat itu :)