Dah agak dah .. lagipun kalu tengok bebetul gambar tu, nampak sangat batang pokok Pitaya kat belakang !
Tapi saya hampir-hampir jatuh bingung memikirkan kenapa ianya berbunga pada siang hari sedangkan bunga spesis ini memang terkenal hanya mekar pada waktu malam sahaja.
Tindakan photoshop tuan nampaknya telah meneka dalam menipu !
p/s : Saya tidak minat, sekadar gemar sahaja.
Cuba tuan usahakan cari Pitaya Kuning pula. Spesis yang sangat jarang ditanam Malaysia. Hylocereus megalanthus. Memiliki saiz bunga paling besar di kalangan keluarganya.
17 comments:
salam uncle
senang je tu uncle.. bunga plastik! betuk tak.. adoii. hehe. Memang buta bungale saya ni uncle. Kalau bunga ros, orkid, mawar .. tu kenal le..
wahh...sgt comell...puteh bersih..
tapi tak kenal..hehe..
uncle sehat ke..
maaf lama tak jenguk..blog sndiri pun tak ter apdet...
kira malam ni satu kejayaan la wl pun apdet sekadar 2 patah kata..hehe
W'salam Rashid
Salah tu... bunga hidup, real punya!
Azza
Memang cantik...
Alhamdulillah setakat ini uncle masih sehat. Memang uncle dapati azza agak lama tidak update blog.
Kali ini azza muncul kembali dan sudah semestinya sehat dan ok. Baguslah, uncle doakan azza dan abang sehat dan ceria selalu.
Salam Tuan.
Bunga apa tu ekk?
Bunga Daisy ke?
W'salam Tok Rimau.
Salah tu...
Hehehe .. kacang jer ..
Sama ada
Bunga Bakawali
atau pun
bunga Pitaya / Dragon Fruit ..
Salam Encik M,
Bunga Bakawali !!
minta sepotong Encik M, untuk buat benih. Pokok saya dah lama hilang.
Tapi ...
bila pikir semula
Rasanya tak logik bunga bakawali sebab bunga bakawali hanya kembang waktu malam dan terus kuncup sebelum sempat matahari naik.
Gambar ni nampaknya dirakam pada waktu siang hari ..
maka saya yakin ini Bunga Pitaya atau Dragon Fruit ..
( pitaya pun kembang malam tapi adakalanya dia kembang sampai siang atau memang dari jenis kembang siang ? )
p/s :
Bunga Bakawali dan Pitaya sebenarnya dalam keluarga yang sama.
Sdr. Anon
Bukan Bakawali. Saya pun tidak ada pokok Bakawali.
Blogger _
Sebenarnya gambar ini diambil jam 1.00 pagi. Memang sama spesisnya dengan Bakawali.
Saya akan berikan jawapan malam ini. Insya Allah.
Biar apa pun namanye, bunga sebegini memang signature bagi famili Cactaceae atau Kaktus ..
Bakawali dan Pitaya adalah dari spesis Kaktus.
p/s : Kalu ambik 1.00 pagi, kenapa background nampak mcm siang ?
Blogger _.
Saya edit menggunakan adobe photoshop. Kawan saya ambil dengan hanya menggunakan camera handphone 2 meg.
Blogger _
Terima kasih di atas maklumat yang saudara berikan. Cukup baik untuk menambah pengetahuan.
Blogger _
Jawapan anda adalah betul. Bunga Pitaya atau Naga.
Tahniah. Tentu saudara cukup minat dengan pertanian dan bunga.
Hahaha ...
Dah agak dah .. lagipun kalu tengok bebetul gambar tu, nampak sangat batang pokok Pitaya kat belakang !
Tapi saya hampir-hampir jatuh bingung memikirkan kenapa ianya berbunga pada siang hari sedangkan bunga spesis ini memang terkenal hanya mekar pada waktu malam sahaja.
Tindakan photoshop tuan nampaknya telah meneka dalam menipu !
p/s :
Saya tidak minat, sekadar gemar sahaja.
Cuba tuan usahakan cari Pitaya Kuning pula. Spesis yang sangat jarang ditanam Malaysia. Hylocereus megalanthus. Memiliki saiz bunga paling besar di kalangan keluarganya.
Blogger _
Insya Allah saya akan usahakan. Rasanya minat jugan nak tanam spesis itu.
Terima kasih saudara.
Post a Comment