Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, August 6, 2009

Dua Buah Kampung Berperang

Setelah saya berfikir, rasanya patut saya tulis sedikit tentang apa yang telah Abang Sulung ceritakan semasa dia mengajar di sebuah sekolah luar bandar (Perkampungan Nelayan) pada akhir tahun 50'an dan awal 60'an. Saya hanya bermaksud menceritakan betapa satu ketika dulu selepas merdeka Kelantan masih ketinggalan kemajuan baik dari segi meterial atau pun fikiran. Ketika itu Abang baru lagi di dalam bidang pendidikan.

Apabila dapat berita yang Abang di tukarkan ke tempat itu (saya tidak akan nyatakan nama tempat itu kerana menghormati penduduk di situ sekarang) semua keluarga risau kerana tempat itu terkenal dengan orang-orang bengkeng dan "gedebe". Anak-anak di sekolah pun pantang dijentik, bapanya akan datang dengan parang dan badik.

Bila Abang mula mengajar di situ, Abang mengambil langkah selamat dengan berkunjung dan menjalin persahabatan dengan kepala gedebe di situ. Menjadi "anak-buah" siKetua gedebe di kampung itu. Abang akan selamat di bawah naungan orang itu.

Satu peristiwa yang berlaku di hadapan mata Abang. Dua buah kampung yang memangnya panas sebelum itu berperang sesama sendiri. Bergolok, perparang dan berkeris. Macam dalam cerita perang purba P. Ramli. Mereka bertakek, bertetak dan bertikam di lapangan. Yang kena jatuh, diusung dan yang lain pula masuk sebagai gantian. Bergitulah seharian sehingga darah tumpah bertaburan, mengalir bersama peluh. Kata Abang peristiwa ini berlarutan dua hari berturut-turut. Entah berapa orang yang mati dan tercedera.

Polis memang ada, tetapi anggotanya hanya 2 orang. Manakan mampu untuk melerai dan menyuraikan orang tengah gila darah. Silap haribulan Polis pula yang kena takek!. Jadi Polis tidak boleh berbuat apa-apa.

Puncanya ialah "Salam". Seorang penduduk kampung yang bertentangan itu menampar seorang remaja dari kampung lawan dan berkirim salam. Remaja berkenaan balik ke kampungnya dan maklumkan kepada "Ketua". Jadi seluruh lelaki di kampung dibakar kemarahan kerana dicabar. Apabila diketahui oleh orang-orang kampung yang satu lagi, yang menjadi lawan, maka siKetua di kampung itu mengumpulkan anak buahnya pula untuk menangkis serangan. Itulah yang menyebabkan pertempuran gila itu.

Pertelingkahan itu berakhir hanya dengan campurtangan D.O yang dikatakan mewakili Sultan dan berjaya meredakan persengketaan itu. Bukan mendamaikan.

10 comments:

  1. Saya dapat rasakan yang kisah ini berlaku di Pasir Puteh.

    Di sana memang terkenal dengan ramai orang yang samseng dan gedebe, sehinggi kini pun. Seolah-olah satu budaya tradisi yang diwarisi dan dibanggakan di sana.

    Ada betul telahan saya ini wahai tuan penghuni gunung ?

    p/s :
    Perjuangan Tok Janggut menentang Inggeris pun bermula dari sana ..

    ReplyDelete
  2. sekarang ni kelantan masih macam tu ke? teruknya cerita ni, orang2 kg macam TAKADA AGAMA..

    ReplyDelete
  3. tuan
    setiap negeri @ tempat ada budaya tersendiri - saya sendiri amat seronok membaca cerita yg orang2 sekarang tak tahu..............

    ni boleh buat skrip filem ni...

    ReplyDelete
  4. Blogger _.

    Betul saudara, memang di dalam Jajahan P. Puteh. Tapi tak payahlah namakan kampung itu.

    ReplyDelete
  5. Sdr. Anon

    Sekarang sudah banyak yang berubah tetapi segelintir manusia mempunyai mentaliti yang sebegitu masih ada.

    Satu masa dulu Kelantan bercampur aduk antara yang Alim dan yang Jahil dan gedebe.

    Maknanya yang Alim ramai di Kelantan dan yang Jahat dan Jahil pun tidak kurangnya.

    ReplyDelete
  6. Sdr. Jinggo.

    Saya pun susah nak cakap, menjadi adat dan budaya ke apa!.

    Saya cuba bayangkan, selesakah mereka hidup dengan keadaan begitu?

    ReplyDelete
  7. salam pakdin,

    tu la,selama ni kalau tgk kisah2 gini dlm pilem,cam crita yg dreka2 je.
    ropa2nya mmg ada blaku ye..

    ReplyDelete
  8. W'salam aku

    Perkara ini memang berlaku satu masa dulu di depan mata Abang Sulung saya dan cerita dari mulutnya sendiri.

    ReplyDelete
  9. Aslkm...
    cerita begini memang saya pernah dengar..budaya kirim 'salam' melalui penampar memang berlaku dimana2 dulu bukan dikelantan saja..buktinya saya pernah bercerita dgn golongan orang lama ditempat saya bekerja sekarang.Mereka pun menceritakan perkara yg sama..cuma tak lah sampai berperang!

    ReplyDelete
  10. Wa'alaikumussalam awesulung.

    Sekrang pun masih ada yang berkirim salam dengan cara begitu tapi jarang-jarang kata P. Ramli.

    Walau pun ada kes macam mencabar hanya biasaan antara kumpulan dan geng yang tidak sehaluan sahaja tidaklah melibatkan persengketaan dua buah kampung sehingga terjadinya mini perang.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa