Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, August 3, 2009

Kereta Berjalan Tanpa Minyak

"Malam ini Din kena balik KB, hantar Tok Ayah yang nak ke Siam esok!" Begitulah kata-kata kakak selepas saya makan tengahari (sebenarnya sudah jam 5 petang) setibanya dari Kota Bharu. Masa itu Kakak tinggal di Kem Tentera Udara Sungai Besi (Airport lama) kerana suaminya adalah seorang Pegawai Tentera Udara D'Raja. Nak tak nak saya terpaksa setuju dengan permintaan Kakak.

Sebelum maghrib petang itu Tok Ayah dan Isterinya sampai ke rumah Kakak. Tok Ayah sebenarnya adalah nama panggilan Guru Agama kepada Kakak dan Abang Ipar. Selepas solat Isyak dan makan malam, sekitar jam 9.30 malam kami bertolak dari Sungai Besi ke Kota Bharu dengan saya memandu kereta kepunyaan adik melalui Kuantan, Kijal dan Kuala Terengganu kerana pada masa itu Jalan Raya Kota Bharu- Gua Musang masih belum ada. Setelah melepasi Pekan Bentong saya sudah mula menguap kerana keletihan. Siang tadi sudah seharian memandu dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan malam ini pula terus juga memandu pulang.

Melihat saya menguap dan keletihan, Tok Ayah berdoa dan membaca sesuatu lantas dihembukan ke pipi kiri saya, sebab Tok Ayah duduk di sebelah saya yang sedang memandu. Setelah ditiup oleh Tok Ayah saya terasa segar dan mengantuk langsung hilang. Jadi saya bolehlah memandu dengan tenang dan tumpukan kepada pemanduan.

Bila sudah melepasi Kuala Terengganu, keadaan sekitar gelap gelita, tiba-tiba lampu merah amaran minyak kereta menyala. Kami akan kehabisan minyak. Barulah saya teringat yang sepatutnya saya tambah isian minyak di Kuantan. Dan di Kuala Terengganu juga saya terlupa. Tidak ada lagi pam minyak selepas itu. Di Jertih pun sudah tentu tutup. Bekalan minyak yang ada tidak akan sampai walau pun ke Pekan Jerteh.

Saya beritahu Tok Ayah yang kami akan kehabisan minyak. Tok Ayah cakap "Tak apa, jangan bimbang, jalan terus. Nanti akan ada minyak!" Saya jawab yang di hadapan kita sudah tidak akan ada orang jual minyak, kalau ada pun sudah tentu tutup sebab sudah awal pagi. Tok Ayah jawab "Jangan risau, insya Allah ada" Saya terus pandu di dalam bimbang dan terpinga-pinga.

Di takdirkan sebelum masuk kawasan Sungai Tong ketika itu sekitar jam 4.00 pagi, saya nampak ada sebuah kereta yang agak buruk merayap-rayap di hadapan kereta kami. Tiba-tiba Tok Ayah bersuara "Hah.. Din dekatkan kereta kita dengan kereta di hadapan tu, perlahan dan bersaing jap, kita ambil wap minyak dia" Jadi bila tiba dekat dengan kereta itu, saya pun perlahankan kereta, himpit rapat sikit dan bersiang seketika. Lebih kurang 4 ke 5 saat saja dan Tok Ayah minta saya terus potong kereta itu dan pandu dengan kelajuan saya sebelum itu.

Dengan selamba Tok Ayah memberitahu yang kereta kita sudah tidak akan mati kehabisan minyak. Tapi yang membuatkan saya rasa peliknya lampu merah amaran tidak juga padam. Saya terus saja pandu sehinggalah ke Kota Bharu. Tiba di Kota Bharu sudah pun masuk waktu Subuh. Selepas solat subuh dan sarapan pagi saya terus hantar Tok Ayah dan Isterinya ke Rantau Panjang. Tok Ayah akan tunggu seorang dari muridnya di sana datang jemput.

Bila saya minta diri nak balik semula ke Kota Bharu, Tok Ayah tanya saya "Din nak ke KL pagi ini jugakah?" Saya jawab "Ya". Katanya lagi "Tak payah isi minyak dan insya Allah Din tidak akan letih dan mengantuk". Memang betul sejak bertolak dari Rantau Panjang saya tidak rasa mengantuk dan letih walau pun satu hari dan satu malam tidak rehat dan tidur. Saya terus saja pandu menuju KL. Cuma bila tiba di Kuala Terengganu saya teringatkan minyak. Betulkah akan boleh bertahan sehingga KL? Kalau kereta mati di tengah hutan Pahang macam mana? Saya mula berperang antara percaya atau tidak. Dan akhirnya bila tiba di Kuantan saya mengalah kepada perasaan dan isikan minyak!.

19 comments:

  1. MasyaAllah... Itulah dia hebatnyer kalo kita dah serahkan segala urusan kita kepada Allah. Tawakkal kepada Allah amat takjub sekali hasilnya.

    ReplyDelete
  2. Salam Webmaster@Echam.

    Walau pun kereta itu saya pandu sedah dekat seharian tanpa isi minyak dan tidak mati tetapi saya masih was-was.

    Itulah kelemahan saya, tidak tawakkal.

    ReplyDelete
  3. waa..menarik!.satu persamaan cerita ni dengan cerita orang2 tua dikampung saya.bezanya cuma orang alim tu isi air tempayan dalam motor orang yang dia tumpang...mungkin itu anugerah tuhan untuk orang yang berilmu macam tok ayah..agak2, kalau masa tu pegi paterikan penutup tangki,mybe sampai sekarang x perlu isi minyak lagi kot..

    ReplyDelete
  4. Sdr. Baduk.

    Saya ingkar pesanan Tok Ayah. Saya inikan juga minyak kerana kurang yakin takut nanti kereta mati di tengah hutan Pahang.

    Pada hal sudah seharian saya pandu kereta tu, tak mati-mati pun. Itulah kelemahan iman saya masa itu. Kurang keyakinan!

    ReplyDelete
  5. Salam Ayahanda,

    Ilmu ALLAH itu luas...

    ReplyDelete
  6. W'salam anakanda Isa.

    Memang sangat luas tidak terjangkau oleh akal manusia. Hanya manusia yang dekat denganNya sahaja akan mendapat rahmat dan kurniaanNya.

    ReplyDelete
  7. Salam,

    Tidak mustahil ia akan berlaku tapi bukanlah orang biasa yang dapat lakukannya

    ReplyDelete
  8. salam uncle

    Subhanallah.. sesungguhnya banyak kejadian yang membuktikan kekuasaanNya. Cuma kita je yang masih tidak berupaya untuk 'melihat' di sebaliknya.

    ReplyDelete
  9. W'salam Pak Karamu.

    Benar, bukan sebarang manusia yang berupaya sebegitu.

    Saya ada dengar cerita yang Tok Ayah ni ditangkap Polis Thailand kerana dituduh membantu Pemisah Islam. Semasa di dalam lokap, salah seorang muridnya datang untuk bertanyakan khabar kepada Polis, tetapi pada masa itu juga Tok Ayah meminta Pengawal yang menjaga Lokap supaya buka lokap sebab muridnya datang untuk membawanya pulang. Macam orang bodoh Pengawal itu membukakan kunci Lokap, Tok Ayah berjalan selamba di hadapan Polis-Polis di situ dan terus memboncing motor muridnya itu dan berlalu.

    ReplyDelete
  10. W'salam Rashid.

    Uncle banyak kali juga melihat keajaiban berlaku di depan mata tetapi masih gagal menyelaminya.

    ReplyDelete
  11. Salam ziarah kembali terima kasih sebb bagi komen kat blog saya pasal cerita kuda.Insyaallah kalau ada idea saya akan usahakan buat yang lebih baik lagi.

    Berkenaan cerita minyak kereta tu saya pun pernah dengar cerita mat motor yang jumpa orang tua kat tengah malam.kemudian setelah orng tua tu isi motor dia dengan air,dekat sebulan jugaklah dia guna motor tu tanpa isi minyak.lepas tu bila dia buka penutup minyak krn nak tahu,habis berkarat tangki motor dia lepas tu kena g servis la.Sedangkan sebelum tu dia guna elok je.
    -ijoks2009-
    ada masa berkunjung lah lagi kat blog kami.

    ReplyDelete
  12. saya rasa kalau tak isi minyak sampai sekarang boleh jalan lagi keta tu..janji tak bukak tempat isi minyak tu

    ReplyDelete
  13. W'salam sdr.ijoks2009.

    Cerita saudara menarik dengan kiasan. Tahniah.

    Tak sempat pun sehingga KL. Sampai Kuantan saya dah isi penuh bimbang kereta mogok di tengah hutan Pahang. Masa itu jalan di Pahang masih lagi melalui hutan tebal.

    ReplyDelete
  14. mr edz.

    Begitulah pesan Tok Ayah kepada saya. Malangnya saya kurang yakin kerana memandu berseorangan.

    ReplyDelete
  15. salam Abe Din,citer nie lebih kurang macam cerita lisan yg saya dengar perihal Almarhum Tuk Kenali ...cuma budak yang menghantar Tuk Kenali tu tak yakin...lepas beberapa hari dibuka penutup tangki minyak moto..mmg kering...bila dah kering,kena isilah minyak...

    ReplyDelete
  16. W'salam Induk Yati.

    Kalau ikutkan, memang boleh bertahan bertahun-tahun dengan tidak payah isikan minyak sebab semasa Abe Din isikan minyak di Kuantan pun, sudah berapa jauh dipandu dan segi lojiknya kereta tu memang langsung sudah tidak berminyak.

    Tapi malangnya Abe Din sendiri tidak yakin.

    ReplyDelete
  17. bagus klu ada ilmu tu ye..hehe...

    ReplyDelete
  18. Sdr. binjidan

    Sayangnya saya pun tidak sempat bertanya dan belajar. Tok Ayah dah meninggal.

    ReplyDelete
  19. tuck dattatreya plagiarise ranas artsthe spakovskymay crore crucifix proprietors hajipur drafting
    masimundus semikonecolori

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa