Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, August 25, 2009

Petang tadi terima Bungkasan Pos dari Along
dan kandungannya adalah ikan dari Terumbu

Ikan Bayan
Dikatakan hanya memakan karangan laut
dan tidak makan pancing
Harganya cukup mahal di pasaran
Anggaran 2.5kg
Ini Ikan Pisang anggaran 1kg.
Juga tidak makan pancing
Ikan Kaci terpaksa ditembak
Anggaran 3kg.
Kerapu Bara
Harga Pasaran RM50/kg
Anggaran 3kg.
Ole-ole kerang - Terima kasih Along
Pemandangan ketika air laut surut


24 comments:

  1. salam perkenalan dgn uncle....kalau tak silap ikan bayan ni makan pancing...ingat2 dulu tengok dalam majalah joran....sedap ke rasanya uncle...pantai tu mmg cantik

    ReplyDelete
  2. ini semua tidak adil!! Tidak adil!! Huargghhhhhh....

    AdukaTaruna

    ReplyDelete
  3. salam Tuan,

    Aduh teruja juga gambar anak tuan sperti terapung atas air di tengah lautan. Nampaknya lauk untuk sebulan ni tak perlulah belanja keluar duit. Cayangnya anak abah..!!

    ReplyDelete
  4. sALAM,

    SAYA MINAT WARNA IKAN NI, YANG BIRI, HIJAU, UNGU,MERAH PINANG MASAK DAN HIJAU LUMUTPUN ADA, TAPI DI TEMPAT SAYA TAK BANYAK YANG BESAR, HABIS BESARPUN IKG

    ReplyDelete
  5. Salam Uncle,

    Satu pemandangan yang indah, beruntung Along dapat melawat ke tempat sebegini.

    Stok ikan tu cukup untuk seminggu, jimat belanja dapur..., paling best ikan bayan tu masak kari... perghh... jangan lupa kirim sikit ke Shah Alam nanti... ha..ha..ha...

    Selamat menjalani ibadah puasa buat Uncle sekeluarga.

    Wassalam.

    ReplyDelete
  6. salam pak din
    masak pe ikan tu hantar kat kami sikit he he

    ReplyDelete
  7. bestnyer... kena plak pakai mesin saltiga.. (pinjam) heehhe.. berbaloi

    ReplyDelete
  8. W'salam zikri

    Terima kasih kerana sudi singgah. sebenarnya uncle pun tidak tahu sangat tentang ikan. Tambahan pula memancing bukanlah hobi uncle.

    Mungkin juga makan pancing, tetapi susah kot?

    ReplyDelete
  9. Sdr. Aduka

    Jangan marah, nanti siap masak saya hantar hee..hee..

    ReplyDelete
  10. W'salam sdr. kulat

    Tempatnya mengikut Along memang cantik. Saya bercadang juga nak ke sana tetapi kena ada permit.

    Ikan tu agak banyak juga untuk kami yang hanya makan berdua. Rasanya bolehlah ajak anak angkat dan isterinya berbuka.

    ReplyDelete
  11. PakKaramu

    Sebenarnya inilah kali pertama saya lihat ikan jenis ini yang fresh. Yang dah jadi ikan masin yang dah dikerat-kerat adalah juga saya makan sebelum ni.

    Kata anak saya ikan ini banyak di kawasan Terumbu atau tempat yang ada batu karang. Yang dia hantar ni agak besar.

    ReplyDelete
  12. W'salam Anakanda Isa

    Uncle pun sebenarnya tidak tahu lagi nak masak apa. Inilah juga kali pertama dapat ikan jenis ini. Along kata steam pun sedap. Memang agak banyak bagi kami yang hanya berdua saja untuk memakannya.

    Keindahan itulah yang menarik uncle untuk ke sana.

    ReplyDelete
  13. W'salam TBO

    Tak tahu lagi Pak Din nak masak ape. Kalau Pak Din kata nak hantarkan jadi bohong pulak.

    ReplyDelete
  14. mr edz

    Bagi yang suka memancing nampaknya memang best tempat tu. Tapi bagi Pak Din kurang arif dengan peralatan memancing, sebab memancing bukanlah hobi Pak Din.

    ReplyDelete
  15. salam pakdin,

    wah.. bulan pose ni dpt lauk cantik pulak ye..
    sedap ke pakdin?
    aku terliur la pulok..

    ReplyDelete
  16. W'salam aku

    Sebenarnya Pak Din pun tak pernah rasa lagi ikan ini dijadikan lauk. Baru nak masak untuk berbuka petang ini. Tak dapat nak cakap sedap ke tidaknya.

    Terliur tu memang adat nafsu orang berpuasa. Semua nampak sedap!

    ReplyDelete
  17. salam ayahanda,

    ini yang buat saya iri hati.... ikan2 spesis mahal belaka. Ikan yang menjadi buruan pemancing untuk dijadikan santapan di atas bot. Untuk pengetahuan ayahanda, semua ikan diatas makan pancing cuma ada sesetengahnya agak sukar dicari di perairan Selat Melaka. Ikan seperti kerabu bara adalah yang termahal didalam spesis kerapu... kalau nak makan kat restoran seafood mau habis beratus ringgit. Ikan2 karang tersebut agak senang didapati di karang perairan Thailand.

    Ehhhh... buat masak apa ikan tu?... hantaq mai semangkuk...

    Selamat menyambut Ramadhan buat ayahdanda sekeluarga.

    ReplyDelete
  18. salam....tuan,

    besar-besar ikan tu...masak 3 rasa pasti best tu kan..

    tq singgah anaklaut..:)

    ReplyDelete
  19. W'salam anakanda akira®

    Sebenarnya ayahanda ini buta bab ikan dan pancing. Ayahanda tidak tahu pun ikan-ikan jenis ini begitu berharga. Syukur Alhamdulillah Allah izinkan ayahanda merasanya.

    Tadi ada auntie goreng dan gulai kerapu tu. Memang sedap.

    Yang Bayan itu, cadang nak di steam.

    Nak janji hantaq tu, tak maulah ayahanda jadi munafiq dengan janji yang tidak boleh ditunaikan. Maafkan ayahanda.

    ReplyDelete
  20. W'salam anaklaut.

    Satu masalah saya ketika berpuasa. Tidak boleh buat keputusan nak makan apa. Semuanya nampak sedap!

    ReplyDelete
  21. along kt mana ye pakcik??
    laut tu kat malaysia ke perairan luar??
    yang best nyer,ikan tu siap kena tembak lagi.huhu..

    ReplyDelete
  22. saza

    Mengikut katanya kat Terumbu Ubi di kawasan Pulau Layang-Layang, Sabah. Dia membuat rondaan di kawasan itu.

    ReplyDelete
  23. salam perkenalan,

    Selamat menyambut hari ulangtahun.

    ReplyDelete
  24. W'salam fariz.

    Terima kasih di atas kunjungan dan doa.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa