Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 15, 2009

Rupanya Ini Saja Yang Ada

Petang tadi sedang merayau-rayau di keliling rumah, saya teringatkan cerita Orang Tua yang kononnya baru pulang dari Masjid pada suatu malam dulu dan saya hantar ke rumahnya. Semasa saya tinggalkan dia di sini, rumah ini nampak cantik dan lampunya terang walau pun agak suram.

Cerita itu di sini
Menara Tangki Air
Ini adalah bahagian hadapan dan Ruang Tamu
Ini pula adalah Bahagian Dapur
Ini adalah pemandangan dari sisi

40 comments:

  1. Tuan,

    Meremang tengkuk saya. Berani Tuan ke situ ya..

    Tuan nak teruskan siasatan ke? Tak sabar saya nak tahu penemuan nya.

    ReplyDelete
  2. To Rimau.

    Insya Allah saya akan cari maklumat siapa yang tinggal di rumah ini dulu.

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    Cerita ni mengingatkan saya pada kisah penumpang tak di undang yang saya ceritakan tempoh hari.

    Nanti tak pasal-pasal demam balik... ha..ha..ha..

    Yang pasti kita berkongsi alam ini dengan mereka.

    ReplyDelete
  4. W'salam Isa.

    Anakanda bernasib baik, bila diminta turun lembaga itu patuh. Kalau dia degil macam mana agaknya?

    Sebenarnya uncle rasa bertuah berpeluang mengalami peristiwa begini sekurang-kurangnya sabagai satu pengalaman.

    ReplyDelete
  5. salam pakdin,

    bukan semua org dpt spt apa yg pakdin dpt.
    memang Allah maha berkuasa..

    ReplyDelete
  6. baduk.

    Rumah tu di bahagian dalam Jalan Telipot, Kota Bharu. Hujung Kampung Puteh dekat dengan kubur.

    ReplyDelete
  7. W'salam aku.

    Itulah sebabnya Pak Din kata yang Pak Din bernasib baik. Allah Maha Kuasa untuk mengadakan apa saja dan menghilangkan apa yang ada.

    ReplyDelete
  8. Salam,
    Aku pun ada cerita juga kes orang tua tahan kereta ni. Balik dari Arau nak ke Baling,ikut jalan Sik.Jalan tu memang jalan seram la sebab berbukit.Kampung pedalaman la kira. Sampai kat Bendang Man dalam pukul 3.30 pagi nampak darah kat tengah jalan,macam ada benda kena seret dengan kereta.Berderau juga tengok,nasib baik ada adik aku kat sebelah,walaupun dia tidoq.

    Yang suspennya selepas tu,tiba-tiba aku ternampak seorang tua kat tepi jalan tahan kereta aku siap dengan parang kat tangan tu.

    Terpikir sekejap nak berenti ke tak,mau tak mau kena berenti jugak la sebab nampak dia macam nak minta tolong.Tangan dia dok melambai.

    Adik aku yang tidoq tadipun terjaga,aku turunkan cermin kereta dan belum sempat aku bersuara pakcik tu kata ada orang curi lembu.Depa ikat lembu tu kat belakang kereta dan tarik.Pakcik tu kata kereta proton warna hitam dan kejadian tu baru lagi berlaku.

    Akupun dengan konfiden cakap kat pakcik tu nanti aku try kejar.Lepas tu aku pun gerak,sampai kat satu selekoh turun bukit aku terpandang macam kereta terbabas.Ternampak bontot kereta saja sebab gelap,lagipun kawasan tu penuh dengan pokok2.Orang dan lembu yang ditarik aku tak nampak.Nak berenti tak berani.Terus pecut pi cari balai polis terdekat.Sampai kat balai aku bagitau polis.Lepas tu aku terus balik rumah sebab mengantuk.

    Esoknya aku dapat tau polis ada pergi ke tempat kereta terbabas tu.Tapi nampak kesan saja,kereta dengan orang-orang dah lari kot.Lembu pun depa tak jumpa.

    ReplyDelete
  9. menarik...semuanya makhluk allah...

    ReplyDelete
  10. W'salam Biaqpila.

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    Kalau macam tu bukan seram tapi takut. Tahan kereta dengan parang di tangan, sapa nak berenti. Tapi rasanya kereta yang terbabas itu kereta betul sebab ada kesan.

    Maksud saudara jalan itu adalah jalan dari Baling yang boleh ke Kuala Nerang melalui Memali ke? Kalau jalan tu memang agak menakutkan di waktu malam.

    ReplyDelete
  11. IbuNurin

    Terima kasih kerana bertandang dan tingglkan jejak.

    Betul makhluk Allah terdiri dari berbagai rupa dan berbagai dimensi. Itu semua untuk kita berfikir dan cuba terokainya.

    ReplyDelete
  12. dia penat nak jalan tu.. yang tu dia tumpang tu.heehe

    ReplyDelete
  13. mr edz

    Entahlah. Tapi saya yang ajak dia tumpang sebab malam gelap dan dia pula terlalu tua untuk berjalan jauh.

    ReplyDelete
  14. Assalamualaikum Pakcik..

    ehh..Pakcik pun nk jd ahli seekers juga ye..hehe..

    suasana sekeliling rumah lama tu mmg menyeramkan nmpknya..tapi saya pernah pergi jenguk sekeliling istana lama peninggalan Raja Bersiong kat Kepala Batas,Kedah..tgk dari jauh pun dh meremang bulu roma ni Pakcik..apatah lagi nak jenguk dalamnya...

    ReplyDelete
  15. Waalaikumussalam UXOP

    Taklah nak jadi seekers, cuma nak tahu macam mana rupanya dengan semak samun. Pak Cik nak cuba tanya siapa tuan rumah itu. Tapi tidak ada siapa yang boleh ditanya.

    Cuma khabar dari jauh, tempat tu dijadikan sarang Mat Gian. Tapi orang-orang macam ni tak ada pula ular yang nak peluk dia ke, nak cium dia ke. Memang nampak macam tempat kegemaran ular.

    ReplyDelete
  16. Salam Tuan Rumah,
    Pernah baca posting Mountdweller sebelum ini.
    Tak sangka tuan berani 'explore' sendiri tempat tinggal org tua tersebut.
    Menarik untuk ikuti sambungan tuan siapa sebenarnya 'penghuni' asal rumah tersebut.
    Boleh join Tamar Jalis ni.
    (Penulis kisah seram yang tersohor era 80an-90an)

    ReplyDelete
  17. kah kah kah... masih ramai lagi orang boleh tertipu ..

    kah kah kah

    ReplyDelete
  18. Ya jalan tu boleh pi k.nerang terus pi Aloq Staq.Dari Baling jumpa Memali lepas tu jumpa Lata Mengkuang.

    Kalau ikut lagi satu jalan,dari Memali melalui Kg Batu 8 dan Gulau boleh juga ke K.Nerang, lagi seram jalan tu.. ada kisah orang jumpa lelaki berjubah putih menunggang kuda tengah2 malam buta.Sebelum aku dengar cerita ni aku pernah lalu jalan tu dalam pukul 9 malam,lepas dengar cerita terus tak ikut situ lagi.

    ReplyDelete
  19. W'salam CCEO PulakDah

    Terima kasih kerana sudi bertandang.

    Saya pun salah seorang dari peminat buku siri bercakap dengan jin, Tamar jalis begitu juga dengan anak sulung saya Along.

    Sebenarnya tujuan petang tu saja nak tengok keadaan rumah tu pada waktu siang di samping menanya khabar orang-orang dekat situ kalau-kalau tahu siapa tuan rumah itu dulu. Tapi masa itu dah dekat maghrib, tak ada sesiapa pun dekat situ.

    Saya akan cuba lain kali insya Allah.

    ReplyDelete
  20. a kl citizen

    Bila saya tengok keadaan rumah tu, barulah saya terbayang dengan orang tua tu. Kalau dibuatnya rupa lain macam mana agaknya?

    ReplyDelete
  21. AnTi AljUbuRi.

    Anda boleh ketawa kiranya tidak alami sendiri. Walau pun anda percaya atau tidak terpulang.

    Walau bagaimana pun saya ucapkan terima kasih kerana singgah dan sekurang-kurangnya tinggalkan jejak. Kalau ada jejak maknanya masih lagi manusialah, bukannya Jin.

    ReplyDelete
  22. Biaqpila

    Agaknya saya ikut lagi satu jalan kot,dari Kuala Nerang, Memali melalui Kg Batu 8 dan Gulau boleh juga ke K.Nerang dan lalu ikut kawasan Shahnon Ahmad (lupa nama tempat tu) agak seram jalan tu tapi lebih dekatkan?

    ReplyDelete
  23. Nama kampung Shahnon tu Banggol Derdap.Jalan dari Batu 8 ke Gulau la ni dah jadi highway Baling ke Durian Burung, tapi tak siap-siap lagi.Berdebu gila...
    Dah siap nanti senang kot nak pi K.Nerang.

    ReplyDelete
  24. eeeee seram gak tgk rumah tu....tuan mountdweller ni kira kategori hati kering gak ler boleh pi amik gambar plak lagi... kalau saya mampuih tak pi dah... kang tak pasal2 dalam gambar tu ada lembaga lain pulak.... eeeeee mintak simpang ler... bukan takut tapi tak berapa berani jer...huhuhuhu....

    ReplyDelete
  25. Biaqpila.

    Ooo... tu sebab masa saya lalu ikut situ tengah buat clearing.

    Masih tak siap-siap lagi? Lama dah!

    ReplyDelete
  26. muraisenja.

    Pada saya taklah seram sangat. Masa tu walau pun dah senja tapi masih ada lagi cahaya matahari.

    Saja saya nak ambil gambar supaya cerita saya tentang orang tua tu lengkap dengan gambar runtuhan rumah tu sekali.

    ReplyDelete
  27. salam uncle

    wah realle uncle.. tapi rasa kasihan pula tengok rumah tu. naper sampai jadi cam tu sekali?

    ReplyDelete
  28. Assalamualaikum Saudara Mountdweller,

    Apa khabar Kota Bahru? Saya ingin mengambil kesempatan untuk mengucapkan Selamat Menyambut Ramadan Al-Mubarak. Maaf Zahir Batin.

    Seraaaaaaaaam tengok gambar gambar ni. Orang kata bulan Puasa hantu syaitan semua kena ikat.

    ReplyDelete
  29. W'salam Rashid.

    Selamat menjalani Ibadah Puasa di bulan Ramadhan Almubarak semoga mendapat keampunan dan ganjaran dariNya. Insya Allah.

    Uncle sekarang tengah menanya dan merisik siapa tuna mepunya rumah ini, kenapa ditinggalkan dan siapa orang tua itu. Kalau-kalau ada orang yang pernah menemuinya atau mengenalinya.

    ReplyDelete
  30. Wa'alaikumussalam Puan melayuangkat.

    Kota Bharu sekarang cukup panas membahang. Dengar khabar KL hujan. Alhamdulillah.

    Terima kasih. Sama-samaah kita mengambil peluang di bulan Ramadhan yang penuh keberkatan ini untuk beribadah dan bertakwa semoga mendapat rahmat dan keampunan dariNya.

    ReplyDelete
  31. Kelebihan bercucuk tanam ( tazkirah dari Tn Guru Nik Aziz) Sila layari :http://15malaysia.com/films/the-tree/

    ReplyDelete
  32. Selamat menyambut bulan Ramadhan alMubarak Pakcik..mudahan amalan dan ibadah yang Pakcik sekeluarga jalani seharian di berkati Allah dan dilipatgandakan pahala..harap Pakcik dpt jalani ibadah puasa dgn baik dan lancar

    ReplyDelete
  33. ANAK PAK UTUH

    Terima kasih. Insya Allah saya akan ke sana.

    Selamat menjalani Ibadah Puasa

    ReplyDelete
  34. UXOP

    Pak Cik pun ucapkan selamat berpuasa dengan doa semoga diberkati dan diampuni segala kesilapan lalu.

    Sama-samalah kita rebut peluang dibulan yang berkat ini. Insya Allah.

    ReplyDelete
  35. Assalamualaikum uncle..

    seram.. berdiri bulu roma t melihatkan keadaan rumah ni.. adoi!!

    salam ramadhan al-mubarak

    selamat menjalani ibadah berpuasa tahun ni uncle..

    kirim salam pada auntie...

    selamat berhujung minggu..
    hv a great weekend..

    ReplyDelete
  36. salam ziarah uncle,

    saya pembaca baru blog uncle..sekadar menjengah2 blog2 insan lain...terjumpa link ke blog uncle..selepas baca satu n3,saya terus2-an teringin membaca n3 uncle2 yang lain..banyak cerita2 yang menarik terutama alam makhluk Allah yang juga berkongsi dgn kita..

    ReplyDelete
  37. Wa'alaikumussalam T.

    Uncle juga ucapkan selamat berpuasa dan menjalani ibadah dengan selesa.

    Uncle doakan T bahagia selalu di samping keluarga.

    Insya Allah Auntie akan baca blog ni, memang Auntie selalu baca bolg dan komen.

    ReplyDelete
  38. W'salam bAdBoYZ

    Terima kasih kerana sudi ziarah dan membaca kisah yang uncle tulis.

    Kisah seram atau kisah kehidupan adalah yang real uncle alami sendiri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa