Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, August 8, 2009

Keliru?

Keliru atau saja mengelirukan minda sendiri. Bagi Penyokong UMNO dan BN menganggap Cina MCA itu adalah Cina baik dan tidak menentang Islam. Begitu juga dengan Penyokong PR yang menganggap DAP itu adalah Cina baik yang selalu bersama di pentas ceramah bersama PAS. Ada juga yang menganggap hanya Cina DAP sahaja yang sukakan Babi.

Sedarkah kita yang bila sebut saja kafir, maka sudah tentu mereka tidak akan menyukai Islam. Tidak kiralah Cina MCA atau Cina DAP. Sudah tentu juga lauk kegemaran dan perniagaan mereka adalah Babi. DAP dan MCA sememangnya sama saja.

Saya bukannya ingin berburuk sangka, telah terbukti apa yang di ucapkan di Pulau Pinang dan juga diucapkan oleh Ketua Pemuda DAP. Semua orang Melayu bising. Lupakah kita apa yang dicetuskan oleh Pemuda MCA sebelum Operasi Lalang ketika era Mahathir dulu? Yang bertelagah adalah Pemuda UMNO dan Pemuda MCA tetapi yang menerima akibatnya ialah Pemimpin Parti Pembangkang!

Kalau kita memperbodohkan PAS kerana mengikut telunjuk DAP, kenapa kita tidak mengutuk UMNO kerana selalu menunaikan kehendak dan tuntutan MCA?. Babi yang dibunuh kerana wabak Nipah diberikan ganti rugi, kenapa Lembu yang dibunuh di Kelantan kerana wabak Kaki dan Mulut dulu tidak diberikan satu sen pun? Sebab apa sebab lembu-lembu itu kepunyaan Melayu! Tiada tekanan dari mana-mana orang besar Melayu dari parti Pemerintah. Lain pula dengan babi, MCA yang memainkan peranan. Siapa pembela siapa sebenarnya?

Jadi pada saya tidak payah tuduh menuduh, kita sebenarnya dua kali lima sahaja. Baik PAS atau UMNO atau pun PKR. Tidak payahlah kita mendajalkan orang lain kalau kita sendiri pun lebih kurang juga!

Ini adalah isi hati saya. Kalau sesiapa yang terasa dan nak marah pun, marahlah. Itu hak masing-masing.

32 comments:

  1. Salam Tuan;

    Tepat dan benar kata Tuan. MCA jugalah empunya hakcipta bagi nama "Malaysia" walaupun Tunku mahu nama yang lain.Banyak benar yang kita tolak ansurkan.

    kita ambil hati orang, mereka bila mahu ambil hati kita ?...sampai bila nak sudah?

    ReplyDelete
  2. ambe sokong bebenor kata tuan,hok cerdiknya kaum Cina,boleh mintak dan dapat apa sahaja. Yang bodohnya orang Melayu kita kerana asyik beralah dan terpaksa beralah kerana tiada pemimpin yang nak membantu,kecuali kalau ada nama dan yang berkepentingan sahaja.

    ReplyDelete
  3. Salam Uncle,

    Saya pun sependapat dengan Uncle dalam isu ni.

    Yang sebenarnya masyarakat MELAYU masih ramai lagi tertutup minda mereka dengan sikap pemimpin Melayu selama ini.

    Asyik di perbodohkan sepanjang waktu. Dan sikap "Tak Apa" yang masih menebal.

    Sakit hati bila memikirkannya. Gerammmmm....

    ReplyDelete
  4. W'salam Tok Rimau.

    Kita korbankan seolah segalanya hak kita semata-mata demi keamanan konon. Tetapi kenapa kita yang selalu memberi? Apakah bila sudah tinggal hanya seluar dalam baru nak sedar yang kita sudah hampir telanjang?

    Tengoklah betapa kompleksnya otak Melayu dan cara Melayu berfikir. Susah kita nak faham.

    ReplyDelete
  5. salam Tuan,

    Kupasan yang menarik sekali. Inilah dipanggil menjaga PERIUK POLITIK namannya. Bila periuk politik dijaga, maka PAS memelihara DAP sementara UMNO pula membela MCA. manakala PKR pula membela puak hindu yg cuba menganas dan meminta2 yg mendakwa hak mereka di Malaya ini.

    Tidak ada satu parti yg benar2 jujur. Hanya parti TUPPERWARE saja yg menguntungkan.

    ReplyDelete
  6. Sdr. sham.

    Kita terpaksa beralah kerana Pemimpin beralah. Saya memang nak tengok sejauh mana ketegasan Najib sebagai PM berbanding semasa dia pegang Ketua Pemuda UMNO dulu. Dulu dia lantang dan tegas.

    Sebenarnya kita sudah tiada siapa untuk bergantung harap. Cuba saudara tengok, baik di kalangan UMNO atau PAS atau PKR yang tegas dan jelas membela kita. Hakikatnya tidak ada.

    ReplyDelete
  7. W'salam anakanda Isa.

    Kalau anakanda geram, memang geram bertempat. Kalau anakanda yang muda sudah geram, bayangkan berapa lama geram ayahanda terpendam?

    Kalau dulu semasa Penjajah kita dibodohkan dan dipecah perintahkan kerana kepentingan penjajahan. Kerana melanjutkan usia penjajahan. Tetapi sedarkah kita sebenarnya selepas merdeka pun lebih kurang sama juga.

    Kita dimomokkan dengan kemunduran dan ketidak kesetabilan politik yang akan membawa bencana. Melayu mesti percaya UMNO adalah pembela Melayu. Hapus UMNO maka akan hapuslah Melayu! Bukankah itu semua kurafat yang membawa kepada syirik? Dari dulu sebelum merdeka, Penjajah memperbodohkan kita dan sehingga sekarang memang kita bodoh atau diperbodohkan oleh sesama Melayu pula? Cina, memang menganggap kita bodoh. Relakah kita dijadikan bodoh selama-lamanya?

    Yang menyokong UMNO tidak salah bagi mereka, sebab mungkin mereka terhutang budi atau sudah mendapat sesuatu yang menyenangkan hidup mereka. Yang menyokong PAS juga tidak salah bagi mereka, mungkin kerana perjuangan Islam PAS yang secocok dengan kehendak jiwa mereka dan bila PAS memegang pemerintahan sudah pasti ada juga yang berkepentingan. Kita manusia ada nafsu yang menjuruskan otak kita ke arah apa yang kita mahu.

    Cuma bila berlaku pertentangan kepentingan dan sokongan maka kita berpecah. Natijah dari itu kitalah juga yang rugi dan diperkotak katikkan.

    Maka jadilah kita kuda tunggangan kepada tuan kita.

    ReplyDelete
  8. W'salam sdr. kulat

    Memang begitulah demi menjaga survival politik masing-masing. Penyokong pula menjaga periuk nasi masing-masing. Demi periuk, menjadikan penyokong buta akan keburukan yang disokong.

    Betul parti TUPPERWARE saja nampaknya yang kita punya. Tak bergerak maka tiadalah untungnya!

    ReplyDelete
  9. Salam Tuan,
    Tu sebab la saya dah naik benci dengan politik sekarang ni.

    Demi politik semuanya bagus, demi politik, musuh semuanya tidak baik. Saya rasakan mengutuk orang lain adalah bertujuan untuk menutup kebodohan sendiri.

    Sampai bila pun tak selesai.

    Cuma yang membelengu pikiran saya sekarang, Cina Mualaf kalau nak sokong BN, letaknya kat mana? UMNO atau MCA?

    ReplyDelete
  10. W'salam Tuan Radin.

    Betul Tuan Radin. Kerana politik otak kita terbelenggu. Kerana politik otak kita terjajah. Kita menjadi buta mata hati. Yang baik hanya kita, lawan kita semua tidak baik dan tidak jujur.

    Betapa malangnya kita. Kita yang menjemput orang lain menjajah otak kita.

    Cina Muallaf ini sepatutnya kalau sokong BN boleh saja masuk UMNO. Sebab India Muslim yang menggunakan Bahasa Tamil dalam hidup seharian pun boleh masuk UMNO. Jadi kenapa Cina Muslim tidak!

    ReplyDelete
  11. Salam Pakcik..

    Dh lama dak jenguk belog Pakcik ni..

    Saya pun keliru juga dgn pemimpin melayu kita yg jd sepertilembu ni..

    mereka masih takut2 sbb dh tahu kaum tu yg menguasai ekonomi..mereka ibarat anjing menyahut utk menghalau gunung saja..

    ReplyDelete
  12. Pakdin yang dirahmati Allah, saya sependapat dengan Pakdin.

    Pada saya, DAP, MCA masing-masing hanya pentingkan kaum mereka, tanpa mengambil kira sensitiviti orang Islam yang menjadi majoriti komposisi negara ini.

    Inilah isi hati saya, dan saya tak kisah jika tiada orang yang menyokong, sebab manusia bukan sama hati, biarpun rambut sama hitam.

    Cuma, saya kecewa dengan politik di negara kita sebenarnya.

    ReplyDelete
  13. W'salam UXOP

    Sebenarnya perasaan kecewa Pak Cik sudah melempah. Pemimpin Melayu tidak pernah sedar-sedar diri.

    Umat Melayu ditipu oleh kerana kepentingan survival politik. Orang Islam hanyut kerana menyusuri rakit PAS yang juga berwadahkan politik. Jadi kita membiarkan diri kita, minda kita digunakan untuk kepentingan politik masing-masing.

    Tidak dinafikan, PAS adalah juga sebuah badan dakwah, tapi adakah kepentingan politik mengatasi usaha berdakwah? Begitu juga UMNO, yang diwar-warkan berjuang untuk Melayu. Tetapi adakah kepentingan politik mereka mengatasi kepentingan Orang Melayu? Kononnya mereka berkuasa dan menjadi tunggak kerajaan, tetapi dalam masa yang sama demi politik suara Malayu diabaikan.

    Nak kata bodoh, mereka bukan bodoh sebenarnya. Mereka amat bijak menggunakan semangat Melayu demi politik.

    ReplyDelete
  14. Saudara Brahim semuga di bawah lindungan Rahmat dan Rahim Allah.

    Sama-samalah kita berdoa agar hati kita akan sentiasa celik dan otak kita berfikir ke arah yang benar.

    Memang itulah mereka. Walau apa pun jenama, mereka tetap sama. Tapi kita? Kerana jenama kita bertelagah dan membawa haluan dan kepentingan masing-masing. Kita sentiasa di dalam kerugian dan lemah.

    Kenapa kita, orang Melayu amat senang dikudakan? Sebenarnya kita bukan bodoh tetapi kita tidak begitu bijak menilai.

    ReplyDelete
  15. ASSALLAMUALAIKUM,
    Saya pun kdg2 naik panas juga. Kenapa PAS diam saja bila islam di uji begitu lalu.Twrutamanya pemimpin atasan mereka. Hanya YB zulkifli Nordin shj yg bersuara. Org lain mcm kelu.

    ReplyDelete
  16. Salam pakcik.
    Btol tue. Pembelaan hak melayu tidak sebegitu kuat. Kalo diperhatikan Melayu xbanyak yang sertai sebarang persatuan. Cam cina dia bersuara guna persatuan jadi lebih lantang.

    Melayu akan kuat kalo semua bersatu.

    ReplyDelete
  17. Wa'alaikumussalam kobe.

    Sepatut peranan yang lantang dan tegas mempertahankan hak dan Agama adalah datang dari sayap Pemuda PAS dan Dewan Ulama PAS.

    Nampaknya mereka telah dibisukan oleh kepentingan politik. Kalaulah kepentingan politik melebihi kepentingan Agama. Apa bezanya antara PAS dan UMNO?

    ReplyDelete
  18. W'salam Blogger ~0~

    Pak Cik pun sedih sangat melihatkan gelagat Orang-Orang Melayu/Islam yang saling tuduh menuduh, caci mencari sesama seagama. Takkanlah semua orang yang kita tidak suka itu buruk dan semua orang yang kita suka itu baik dan semuanya molek belaka. Kenapa kia tidak boleh bebaskan minda kita?

    Tentang berpesatuan ini memang begitu dari dulu sehingga sekarang. Orang kita amat kurang minatnya.

    Satu masalah lagi bila menjadi Pemimpin satu persatuan yang kaya akan cepat menjadi gelap mata!

    ReplyDelete
  19. politik yg tiada elemen ikhlas boleh saja sentiasa berubah paksi perjuangan. Ni ada di pihak UMNO,PAS,PKR,MCA,DAP, dll. Tu yg rakyat selalu keliru. Semua parti tak perfect. Cuma lagi, kita kena (terpaksa) pilih juga dlm PRU sebagai pentadbir yg diamanahkan untuk jaga kepentingan negara kita, bangsa Melayu, agama Islam kita, dgn kompromi kepentingan bersama kaum & agama lain.

    Yg kita mahu (ideal) pemimpin yg biar mampu melaksanakan kerja (amanah) atau sesuai dgn tanggungjawabnya. Contoh Ketua kampung... dia kena ikhlas berkhidmat untuk semua orang kampung dia. Tanpa ikhlas (bersandar kpd Allah) dia akan mudah tergelincir kpd kecenderungan fahaman kepartiannya, mungkin UMNO atau PAS. Jika dia paham agama & ikhlas hatinya kuat, maka dia akan berkhidmat kpd kawan & lawannya, penyokongnya atau penentang (parti)nya...Maka kampung kita akan sejahtera kalau orang seperti ni memimpin semua kita. Keadilan terlihat, rakyat diutamakan, sejahtera (rahmat Allah) kpd kita semua orang kampung.

    Begitu juga untuk peringkat yg lebih tinggi, seperti jawatan ADUN, YB, atau, pegawai kerajaan, menteri, dll. Mereka patut bukan saja ada kemahiran, ilmu tinggi, tapi kena ada akhlak tinggi untuk memimpin. Nilai norma & etika saja kdg-kdg tak cukup untuk memandu seseorang pemimpin, perlu ada tertanam nilai kerohanian seperti sifat ikhlas, rendah diri dll. yg juga akan menjamin seseorang lebih berhati-2 dlm perbuatan & percakapan (spt. sombong,mudah marah, tak melalut & mencemuh lawannya, dll.) & sedia menerima pandangan orang lain/lawannya juga.
    Nampaknya kita sekarang ni kena harap juga Raja-2 Melayu-Islam kita supaya mereka terlibat/lebih ambil bahagian/campur tangan dlm pentadbiran/perundangan/dll hal negara khususnya yg melibatkan kepentingan rakyat Melayu-Islam. Biar nampaknya cam autokratik, asal maruah kita orang Melayu-Islam terjamin (tidak terhakis) di negara kita sendiri.

    ReplyDelete
  20. Hanz

    Keikhlasanklah satu-satunya perkara yang susah ditemui walau pun rakan kita. Inikan pula orang politk. Bukan tidak ada, ada... tetapi jarang-jarang!

    Biasanya orang masuk politik bersebab. Memang tidak kurang dengan niat ingin berjuang dan tumpahkan kebaktian kepada Agama dan Masyarakat, tetapi bila kita terjun ke arena politik dan mendapat hasil sedikit sebanyak dari usaha politik, lama-lama kita akan hanyut tanpa disedari.

    Pak Din, setelah terjun ke arena itu barulah Pak Din faham, rupanya syarat di gelanggang politik ada 4.

    1. Rela dikianati dan sanggup mengkhianati
    2. Rela dicaci dan sanggup mencaci
    3. Sanggup berbohong dan menipu dan ditipu kerana politik
    4. Sanggup menjadi zalimi dan rela dizalimi

    Pak Din sudah rasai kecuali yang nombor 4. Pak Din sedar, Pak Din ada Agama dan perasaan. Maka Pak Din undurkan diri. Manafaat peribadinya memang banyak. Tetapi berbaloikah kita menangguk faedah peribadi dari sokongan orang-orang bawahan (grassroot)yang semata-mata kerana dibakar dengan semangat?

    ReplyDelete
  21. salam...keliru..keliru..keliru..? inilah suara rakyat marhain sekarang terutamanya org muda..mereka keliru dgn politik..saya setuju dgn artikal tuan tentang keliru..dulu anak muda sedar dan minat tentang politik kes anwar dipecat..tetapi adakalanya anak muda sudah mula bosan dgn politik terkini..harapan saya kpd pimpinan melayu baik dalam pas, pkr dan umno...letaklah agama itu di atas..jgn politik parti segala-galanya..tidak semua musuh politik buruk segalanya..yg baik katakan baik..yg buruk katakan buruk..walaupun saya ahli pkr berjawatan agak tinggi menjadi exco amk pusat, tetapi saya tahu bila dah bergelar YB, banyak dah mula berubah..mula nak jg kedudukan dan penting diri sendiri..saya agak kecewa dgn situasi ini..dap bukan boleh buat kawan sangat..begitu juga dgn mca..tetapi ikhlas saya katakan cina pkr agak berbeza dgn dap dan mca...semangat kecinaan dap dan mca terlalu tebal..sudah banyak kita bertolak ansur...doakan mudah2an pemimpin melayu islam kita samada umno, pas atau pkr..bersatulah bila agama kita dihina dan dicerca..cina sekarang berani menghina islam kerana pemimpin melayu islam kita sendiri yg kadang2 tidak hormat islam..merekalah yg mempersendakan islam..

    http://sharpshooterblogger.blogspot.com.

    ReplyDelete
  22. Sdr. Binjai

    Terima kasih kerana sudi bertandang.

    Betul kata sdr. Din, apa yang berlaku hari ini amat mengelirukan teruama yang muda. Kia yang lama ini sudah agak masak dan sudah faham bahkab mungkin dah immune dengan keadaan tindak tanduk orang politik.

    Apa yang saya nampak Cina DAP dan Cina MCA sama saja sebenarnya. Mereka membawa agenda yang sama. Agenda kepentingan golongan Cina yang masih tebal dengan semangat kecinaannya. Meraka saling bantu membantu. Kalau ada isu yang sepatutnya DAP pikul maka tugas itu akan diserahkan kepada DAP sebagai agen pendesak dan begitulah sebaliknya.

    Kita tidak begitu. Semua yang Pembangkang buat adalah salah di minda Pemerintah dan begitu juga di sebaliknya. Kita panang berhujjah akan menjadi pertengkaran. Kita dengan agenda masing-masing dan lebih ke arah kepentingan politik daripada kebajikan Melayu dan Islam.

    Tentang isu arak contohnya, bagi saya tidak salah untuk dijual oleh yang bukan Islam yang meminumnya pun sudah tentu bukan Islam. Yang Islam pula, dah tahu benda tu haram, nak minum tanggunglah sendiri. Jangan dipersalahkan sipenjual. Kenapa kita bising?

    Pemuda UMNO berdemo, saya kata kerja bodoh. Dalam Islam bukan saja arak yang haram. Membiarkan sikafir menghina Islam juga adalah haram. Termasuklah judi, pelacuran, kelab maksiat, ISA dan juga murtad serta sememangnya banyak perkara lagi yang semestinya dibantah. Kenapa hanya arak?

    Sebenarnya si kafir berani menghina agama kita, memang betul kata sdr. Din. Kita berpecah dari segi pemahaman hukum itu sendiri. Jadi kita pandang ringan tentang agama dan hukum. Kita menghentam sesama sendiri, bukan memperbetulkan. Mufti pun lebih kurang juga yang bersuara hanyalah Harusani, Mufti lain apa peranannya? Makan gaji buta! Bukankah itu juga haram?

    ReplyDelete
  23. saya pun rasa begitu, kita ni tegakkan apa ntah.... basicnya apa?

    ReplyDelete
  24. Mak Su

    Betul tu, kita hanyalah alat untuk kepentingan mereka saja sebenarnya.

    ReplyDelete
  25. Try watching this video on Race:

    http://www.youtube.com/watch?v=rAKPwjBd4uM

    If these kids do not know the meaning of being racist, so who are responsible to teach them about racism?

    ReplyDelete
  26. Salam uncle

    “Mu kafir!!!..” laung seorang pakcik berkopiah kepada segerombolan pemuda bersongkok. Masing-masing di bawah khemah parti.

    Seorang anak darjah rendah yang kebetulan (dalam kereta) bersama mamanya melintasi kedua-dua khemah parti itu nampak terkejut. Takut. Lantas bertanyakan mamanya.

    “Mama, kenapa pakcik berkopiah tu kata begitu mama. Kan cikgu dah bagitau, tak boleh kata begitu. Tak baik.”

    Mama tercengang. Tak tau nak bagitau dan jelaskan pada anaknya. Mama itu juga keliru dan amat marah ngan pakcik itu. Pakcik dan orang-orang politik lain yang sedang mencaci di bawah khemah parti. Saling menghambur antara satu sama lain. Penuh ayat-ayat busuk. Jijik sekali.

    Ayat-ayat busuk itu saling bergema antara mereka… antara khemah. Antara parti Melayu dan antara orang Melayu. Tiada Cina. Tiada India.


    Mama itu masih keliru dan sedih…

    ReplyDelete
  27. W'salam Rashid.

    Sebagaimana kata Garden di atas. Kanak-kanak tidak tahu apa-apa. Baik perkauman atau kepartian. Kita yang mengajar mereka kebencian.

    Kopiah tidak memberikan makna apa-apa!

    ReplyDelete
  28. eh sape kata kopiah takde makna...byk bley guna ooo..krn kopiah yg jahat nampak baik, yg baik nak buat jahat terasa malu krn kopiah guna kopiah bley buat duit errr mintak sedekah la tu dan mcm2 lagii...wuhahahaha

    ReplyDelete
  29. kunyiil.

    Terima kasih kerana sudi singgah.

    Betul juga tu.... hahaha.. kopiah bermakna apa sajakan?

    ReplyDelete
  30. buai laju-laju,
    sampai KLCC,
    apa nasib melayu,
    merempat di negeri sendiri


    semoga PR menang suatu hari nnti


    sekian.....

    ReplyDelete
  31. Sdr. Awe

    Buai laju-laju
    Setinggi pokok putat
    Jangan kita keliru
    Sampai ikut sesat.

    Insya Allah saya doakan yang terbaik bagi Rakyat Malaysia di sisi Allah. Pemerintah yang adil, berpegang pada Hukum Allah dan mesra rakyat.

    Terima kasih sdr. Awe kerana sudi singgah dan tinggalkan jejak

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa