Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Wednesday, August 26, 2009

Hari Jadi

Hari ini alhamdulillah adalah Hari Lahir saya ke 54
Syukur kepada Allah saya dikurniakan kesihatan yang baik
dan Rezeki yang dikira ok
Dikurniakan Isteri yang penyayang
Anak-anak yang baik

Di bawah kek yang dihadiahkan oleh Adik (anak ke dua)


Untuk kawan-kawan teman bersantai
saya masak Sup Kepala Kambing
Makan di warung Nasi Belauk seorang kawan


Selepas makan main Domino

Sambil releks
Inilah aktiviti malam kami geng veteran
(yang berkacamata adalah Penghulu Mukim)

Tuesday, August 25, 2009

Petang tadi terima Bungkasan Pos dari Along
dan kandungannya adalah ikan dari Terumbu

Ikan Bayan
Dikatakan hanya memakan karangan laut
dan tidak makan pancing
Harganya cukup mahal di pasaran
Anggaran 2.5kg
Ini Ikan Pisang anggaran 1kg.
Juga tidak makan pancing
Ikan Kaci terpaksa ditembak
Anggaran 3kg.
Kerapu Bara
Harga Pasaran RM50/kg
Anggaran 3kg.
Ole-ole kerang - Terima kasih Along
Pemandangan ketika air laut surut


Monday, August 24, 2009

Terkurung Di Hutan Ketika Memburu Pelanduk

Imbau kenangan lalu ketika berburu Pelanduk bersama arwah Abang Ya (Abang Ngah) yang telah dikelirukan oleh entah apa jenis Jembalang sehingga gagal keluar dari hutan. Sebenarnya tempat dan hutan itu amat biasa bagi Abang Ya. Bukanya jauh sangat dari perkampungan pun.

Kami tersedar yang kami dipermainkan bila Pelanduk yang memang tepat kena tembakan dan nampak macam melambung dan hilang. Malam itu memang gelap pekat. Di langit tidak ada walau pun sebutir bintang. Bulan juga nampaknya tidak akan muncul sebab ketika ini adalah awal bulan. Kami masuk semakin jauh ke dalam. Tiba-tiba arwah abang berkata "Din tengok tu, suluhkan tepat ke mukanya senang abang nak bidik di antara dua matanya". Saya ikut arahannya dan "Daam" bunyi tembakan memecah sunyi malam. "Eh abang, kenalah. gerenti punya" memang saya yakin tembakan tepat pada sasaran dan nampak Pelanduk itu tercampak ke perdu pokok.. Saya berkejar ke perdu pokok itu diikuti oleh abang dengan pisau sembelihnya. Namun apa yang kami lihat bukannya Pelanduk tetapi sehelai daun kering yang besar tembus terkena peluru.

Begitulah seterusnya tiga lagi Pelanduk di tembak tetapi apa yang kami dapat lihat hanya daun kering yang besar atau pokok kecil yang tercabut. Semua tembakannya saya pasti tepat mengena sasaran. Tapi hasilnya habuk pun tak ada. Sepatutnya kami boleh membawa pulang sekurang-kurang tiga ekor Pelanduk. Kami kehairanan. Memang kami sedar kami dipermainkan. Abang ajak saya ke kawasan lain pula. Katanya memang orang di sini tidak mahu melepaskan habuan kita.

Sedang kami merayau-rayau dengan mata melilau kami terhidu bau yang cukup busuk macam bau taik atau Kilang Getah diselang seli dengan bau harum semerbak. Dengan spontan abang berkata kepada saya “ Din, ini hantu Pari atau Jembalang Hutan” Saya gelak dan pandang abang dengan berkata “Hantu ni bodohlah, tak kanlah dengan membuat bauan busuk dan harum kita boleh pengsan kerana takut!” Lalu abang membalas dengan berkata “Tak menjelma tak apa. Kalau menjelma aku tembak berterabur macam aku tembak Pelanduk tadi. Nak terburai tali perut cubalah menjelma kalau berani”. Saya hanya sengih sebab kalau tembak pun bukannya kena. Saya tahu abang hanya mengugut.

Kami cuba melangkah keluar dari situ tetapi kami kehilangan denai/trek. Kami dapati dilingkungi oleh hutan dan semak yang tebal. Abang sudah mula marah sebab tempat itu memang tempat dia dan sudah biasa. Lagi pun bukannya jauh sangat ke dalam. Sedang kami mencari trek di puncak bukit kecil itu, saya terjumpa satu Pokok Ara yang buahnya lebat dan muda. Saya petik setangkai untuk dibuat ulam. Apabila kami tinggalkan pokok itu, barulah saya perasan kepelikannya. Ada ke Pokok Ara tumbuh di puncak bukit? Selalunya pokok Ara akan tumbuh di tebing sungai atau berdekatan dengan sumber air.

Abang pula berkata “Sepatutnya kita takek pokok tadi atau abang tembak saja. Mungkin itulah Jembalannya yang menjelma menjadi pokok. Itulah penyakat kita!” Saya hanya sengih sebab kami sudah jauh tinggalkan pokok itu. Setelah sekian lama merayau di puncak bukit itu, kami cuba turun sedikit dan kami terjumpa denai menurun dan akhirnya kami tiba ke bawah bukit. Kami menemui pula satu trek yang agak besar yang boleh di lalui Jeep.

Dari situ kami masuk pula ke kawasan lain cuba mencari habuan. Setelah puas merayau dan mengesan Pelanduk, namun kami hampa. Seekor Pelanduk pun tidak melintas dan ditemui. Kami keluar balik ke jalan besar tadi dan berjalan ke kereta. Apabila tiba di satu anak sungai ketika saya nak menyeberangi satu titi, tiba-tiba muncul seekor Tenggiling yang besar menyerbu ke kaki saya. Dengan pantas saya mencabut Pisau Belati di pinggang saya, saya ketuk kepala Tenggiling itu dengan hulu pisau dengan kuat. Nak tikam pun tak guna sebab Tenggiling diselaputi dengan sisik yang keras dan tebal.

Apabila terkena ketukan saya, Tenggiling itu terus melarikan diri ke dalam semak. Satu lagi kepelikannya, selalunya Tenggiling akan melarikan diri dari manusia tetapi yang ini menyerang kita pula. Pada pendapat saya itu bukanlah sebenarnya Tenggiling tetapi Jembalang. Padan mukanya sudah merasa penagan hulu pisau saya. Jadi malam itu kami pulang dengan tangan kosong. Kami tiba di rumah jam sudah hampir 2.30 pagi.

Sunday, August 23, 2009

Gambar Along Di Terumbu Ubi

Bersama Anak dan Cucu Angkat
Bersantai dengan Cucu Angkat
Along dan Geng di Terumbu Ubi


WALAU PUN AGAK TERLEWAT
SAYA UCAPKAN SELAMAT BERPUASA DAN MENJALANI IBADAH
DI BULAN MULIA
RAMADHAN ALMUBARAK
KEPADA TEMAN-TEMAN MAYA

Saturday, August 15, 2009

Rupanya Ini Saja Yang Ada

Petang tadi sedang merayau-rayau di keliling rumah, saya teringatkan cerita Orang Tua yang kononnya baru pulang dari Masjid pada suatu malam dulu dan saya hantar ke rumahnya. Semasa saya tinggalkan dia di sini, rumah ini nampak cantik dan lampunya terang walau pun agak suram.

Cerita itu di sini
Menara Tangki Air
Ini adalah bahagian hadapan dan Ruang Tamu
Ini pula adalah Bahagian Dapur
Ini adalah pemandangan dari sisi

Thursday, August 13, 2009

Peluru Di Sungai Golok

Cerita ini adalah berkenaan saya dan geng semasa zaman pertengahan tahun 70'an. Kumpulan musik "Brother Freedom" ketika itu agak popular di Kelantan. Anggotanya yang saya masih ingat ialah Fauzi Darus (JJ), Lokman ("Lock" Ela and the boys), Darus dan Nik Azmi. Brother Freedom telah dijemput untuk membuat persembahan sempena majlis perjumpaan Mahasiswa Wilayah Selatan Universiti-Universiti Thailand di Dewan Perniagaan Cina Sungai Golok (kalau tidak silap, rasanya blogger Rashid tolong betulkan). Oleh kerana anggota kugiran ini adalah kawan-kawan rapat saya, saya diajak oleh mereka untuk membantu walau pun saya memang buta musik.

Persembahan bermula jam 8.00 malam waktu Thailand dengan lagu-lagu slow. Seluruh dewan menari, minum dan makan apa yang dihidangkan. Semakin tuanya malam, lagu yang dihidangkan semakin rancak. Ada tetamu yang sudah mabuk kerana "Mekong" dan Ganja (semasa itu ganja masih bebas di sana). Mereka sudah menari dan bercakap tidak tentu hala. Ada juga sudah ada menyemai bunga-bunga untuk bergasak. Semua gerak geri mereka saya perhatikan, ini adalah kerana sekiranya berlaku apa-apa perkara yang tidak sepatutnya, senang untuk memberi amaran kepada kawan-kawan untuk menyelamatkan diri. Memang saya sudah agak majlis sebegitu di sana ada kemungkinan-kemungkinan akan berlaku perkara yang tidak sepatutnya.

Ketika tetamu yang hadir di dalam keadaan itu, sedang Lock mendendangkan lagu rancak "Smoke under water" dan Lock pun nampaknya macam naik "seikh". Lock memanjat Speaker besar sambil menyanyi di atas Speaker. Sedang Lock menyanyi, sebuku roti pau terbang dan mengenai dadanya. Beliau turun dari atas Speaker dan pandang saya. Saya halakan pandangan ke tengah dewan dan baru saya sedar rupanya tetamu-tetamu sedang bergasak antara satu sama lain. Botol arak menjadi senjata di samping kerusi. Saya tidak pasti ada yang tercedera atau tidak sebab memang lampu di dalam dewan itu samar dan berkelip-kelip. Di luar dewan memang ada dua orang anggota Polis Thailand berkawal.

Seketika kemudian saya terdengar beberapa letupan dan peluru berdesing di keliling saya. Kumpulan musik berhentikan persembahan dan lari naik ke tingkat atas. Saya ikut mereka dari belakang. Sambil memanjat tangga saya menoleh ke bawah dan saya dapati ramai tetamu wanita terperangkap di bawah, di tengah-tengah pergelutan dan suasana kelam kabut itu. Saya turun dan memberitahu mereka supaya ikut saya ke atas. Susah, rupanya mereka tidak faham Bahasa Melayu dan Inggeris. Tidak ada pilihan dalam suasana cemas itu saya menarik dua orang daripadanya dan mengheret naik tangga ke tingkat atas. Barulah yang lain faham dan mengikut berlari ke atas. Ketika itu tembakan masih berdesing. Di atas Nik Azmi bertanya "You tak takut ke Din, turun bawah ambil budak-budak tu" Saya hanya jawab "Entah, saya pun tak terfikir"

Kami berlindung di tingkat satu bangunan itu sementara keadaan reda. Bila keadaan sudah reda, pihak Penganjur datang menjemput kami melalui pintu belakang (pintu kecemasan) dan membawa kami ke hotel penginapan. Keadaan menjadi reda bila polis yang berkawal di bawah meminta bantuan anggota. Di dalam perjalanan ke hotel barulah saya diberitahu yang memang berlaku tembak menembak apabila ada samseng menceroboh ke dalam dewan buat kecuh dan merampas pistol dua anggota polis yang berkawal. Pihak penganjur pun pada waktu itu tidak tahu ada yang cedera atau tidak. Malam itu kami selamat di hotel.

Inilah suasana di Pekan Sungai Golok di masa itu dan apa yang saya nampak sekarang, walau pun ada perubahan dari segi sikap dan kemajuan orang-orang di sana, tetapi "siGedebe" masih lagi dihormati. Makna sikap begitu sudah menjadi sebati dengan mereka.

Saturday, August 8, 2009

Keliru?

Keliru atau saja mengelirukan minda sendiri. Bagi Penyokong UMNO dan BN menganggap Cina MCA itu adalah Cina baik dan tidak menentang Islam. Begitu juga dengan Penyokong PR yang menganggap DAP itu adalah Cina baik yang selalu bersama di pentas ceramah bersama PAS. Ada juga yang menganggap hanya Cina DAP sahaja yang sukakan Babi.

Sedarkah kita yang bila sebut saja kafir, maka sudah tentu mereka tidak akan menyukai Islam. Tidak kiralah Cina MCA atau Cina DAP. Sudah tentu juga lauk kegemaran dan perniagaan mereka adalah Babi. DAP dan MCA sememangnya sama saja.

Saya bukannya ingin berburuk sangka, telah terbukti apa yang di ucapkan di Pulau Pinang dan juga diucapkan oleh Ketua Pemuda DAP. Semua orang Melayu bising. Lupakah kita apa yang dicetuskan oleh Pemuda MCA sebelum Operasi Lalang ketika era Mahathir dulu? Yang bertelagah adalah Pemuda UMNO dan Pemuda MCA tetapi yang menerima akibatnya ialah Pemimpin Parti Pembangkang!

Kalau kita memperbodohkan PAS kerana mengikut telunjuk DAP, kenapa kita tidak mengutuk UMNO kerana selalu menunaikan kehendak dan tuntutan MCA?. Babi yang dibunuh kerana wabak Nipah diberikan ganti rugi, kenapa Lembu yang dibunuh di Kelantan kerana wabak Kaki dan Mulut dulu tidak diberikan satu sen pun? Sebab apa sebab lembu-lembu itu kepunyaan Melayu! Tiada tekanan dari mana-mana orang besar Melayu dari parti Pemerintah. Lain pula dengan babi, MCA yang memainkan peranan. Siapa pembela siapa sebenarnya?

Jadi pada saya tidak payah tuduh menuduh, kita sebenarnya dua kali lima sahaja. Baik PAS atau UMNO atau pun PKR. Tidak payahlah kita mendajalkan orang lain kalau kita sendiri pun lebih kurang juga!

Ini adalah isi hati saya. Kalau sesiapa yang terasa dan nak marah pun, marahlah. Itu hak masing-masing.

Thursday, August 6, 2009

Dua Buah Kampung Berperang

Setelah saya berfikir, rasanya patut saya tulis sedikit tentang apa yang telah Abang Sulung ceritakan semasa dia mengajar di sebuah sekolah luar bandar (Perkampungan Nelayan) pada akhir tahun 50'an dan awal 60'an. Saya hanya bermaksud menceritakan betapa satu ketika dulu selepas merdeka Kelantan masih ketinggalan kemajuan baik dari segi meterial atau pun fikiran. Ketika itu Abang baru lagi di dalam bidang pendidikan.

Apabila dapat berita yang Abang di tukarkan ke tempat itu (saya tidak akan nyatakan nama tempat itu kerana menghormati penduduk di situ sekarang) semua keluarga risau kerana tempat itu terkenal dengan orang-orang bengkeng dan "gedebe". Anak-anak di sekolah pun pantang dijentik, bapanya akan datang dengan parang dan badik.

Bila Abang mula mengajar di situ, Abang mengambil langkah selamat dengan berkunjung dan menjalin persahabatan dengan kepala gedebe di situ. Menjadi "anak-buah" siKetua gedebe di kampung itu. Abang akan selamat di bawah naungan orang itu.

Satu peristiwa yang berlaku di hadapan mata Abang. Dua buah kampung yang memangnya panas sebelum itu berperang sesama sendiri. Bergolok, perparang dan berkeris. Macam dalam cerita perang purba P. Ramli. Mereka bertakek, bertetak dan bertikam di lapangan. Yang kena jatuh, diusung dan yang lain pula masuk sebagai gantian. Bergitulah seharian sehingga darah tumpah bertaburan, mengalir bersama peluh. Kata Abang peristiwa ini berlarutan dua hari berturut-turut. Entah berapa orang yang mati dan tercedera.

Polis memang ada, tetapi anggotanya hanya 2 orang. Manakan mampu untuk melerai dan menyuraikan orang tengah gila darah. Silap haribulan Polis pula yang kena takek!. Jadi Polis tidak boleh berbuat apa-apa.

Puncanya ialah "Salam". Seorang penduduk kampung yang bertentangan itu menampar seorang remaja dari kampung lawan dan berkirim salam. Remaja berkenaan balik ke kampungnya dan maklumkan kepada "Ketua". Jadi seluruh lelaki di kampung dibakar kemarahan kerana dicabar. Apabila diketahui oleh orang-orang kampung yang satu lagi, yang menjadi lawan, maka siKetua di kampung itu mengumpulkan anak buahnya pula untuk menangkis serangan. Itulah yang menyebabkan pertempuran gila itu.

Pertelingkahan itu berakhir hanya dengan campurtangan D.O yang dikatakan mewakili Sultan dan berjaya meredakan persengketaan itu. Bukan mendamaikan.

Wednesday, August 5, 2009

Can I Borrow $25?

Saya agak tersentuh dengan email yang Along forward ini. Agaknya inilah perasaannya dan Adik pada satu ketika semasa saya sibuk dengan NGO, Sukan dan Politik. Agaknya sekarang barulah mempunyai masa dan keadaan yang sesuai untuk diluahkannya.

Maafkan Papa wahai anak-anakku Along dan Adik.

Masa itu mungkin Papa tidak berapa peka dengan masa dan ketika yang sepatutnya bersama keluarga dan anak-anak.

Di bawah adalah isi email tersebut.

A man came home from work late, tired and irritated, to find his 5-year old son waiting for him at the door.

SON
: 'Daddy, may I ask you a question?'

DAD: 'Yeah sure, what it is?' replied the man.

SON
: 'Daddy, how much do you make an hour?'

DAD: 'That's none of your business. Why do you ask such a thing?' the man said angrily..

SON
: 'I just want to know. Please tell me, how much do you make an hour?'

DAD: 'If you must know, I make $50 an hour.'

SON
: 'Oh,' the little boy replied, with his head down.

SON
: 'Daddy, may I please borrow $25?'

The father was furious, 'If the only reason you asked that is so you can borrow some money to buy a silly toy or some other nonsense, then you march yourself straight to your room and go to bed. Think about why you are being so selfish. I don't work hard everyday for such childish frivolities. '

The little boy quietly went to his room and shut the door.

The man sat down and started to get even angrier about the little boy's questions. How dare he ask such questions only to get some money?

After about an hour or so, the man had calmed down , and started to think:

Maybe there was something he really needed to buy with that $25.00 and he really didn't ask for money very often The man went to the door of the little boy's room and opened the door.

'Are you asleep, son?' He asked.

'No daddy, I'm awake,' replied the boy.

'I've been thinking, maybe I was too hard on you earlier' said the man. 'It's been a long day and I took out my aggravation on you. Here's the $25 you asked for.'

The little boy sat straight up, smiling. 'Oh, thank you daddy!' he yelled. Then, reaching under his pillow he pulled out some crumpled up bills.

The man saw that the boy already had money, started to get angry again.

The little boy slowly counted out his money, and then looked up at his father.

'Why do you want more money if you already have some?' the father grumbled.

'Because I didn't have enough, but now I do,' the little boy replied.

'Daddy, I have $50 now. Can I buy an hour of your time? Please come home early tomorrow. I would like to have dinner with you.'


The father was crushed. He put his arms around his little son, and he begged for his forgiveness.

It's just a short reminder to all of you working so hard in life. We should not let time slip through our fingers without having spent some time with those who really matter to us, those close to our hearts. Do remember to share that $50 worth of your time with someone you love.


If we die tomorrow, the company that we are working for could easily replace us in a matter of hours. But the family & friends we leave behind will feel the loss for the rest of their lives.


Bunga

Siapa kenal, bunga apa ini?

Tuesday, August 4, 2009

Doa Solat Istikharah

Kalau tidak percaya atau was-was dengan kata hati dan fikiran, tanyalah Allah.

Doa di bawah saya copy dari darussifa.org. Semoga dapat dimanafaatkan oleh yang mahu.

Klik pada gambar untuk paparan yang lebih besar...

Monday, August 3, 2009

Kereta Berjalan Tanpa Minyak

"Malam ini Din kena balik KB, hantar Tok Ayah yang nak ke Siam esok!" Begitulah kata-kata kakak selepas saya makan tengahari (sebenarnya sudah jam 5 petang) setibanya dari Kota Bharu. Masa itu Kakak tinggal di Kem Tentera Udara Sungai Besi (Airport lama) kerana suaminya adalah seorang Pegawai Tentera Udara D'Raja. Nak tak nak saya terpaksa setuju dengan permintaan Kakak.

Sebelum maghrib petang itu Tok Ayah dan Isterinya sampai ke rumah Kakak. Tok Ayah sebenarnya adalah nama panggilan Guru Agama kepada Kakak dan Abang Ipar. Selepas solat Isyak dan makan malam, sekitar jam 9.30 malam kami bertolak dari Sungai Besi ke Kota Bharu dengan saya memandu kereta kepunyaan adik melalui Kuantan, Kijal dan Kuala Terengganu kerana pada masa itu Jalan Raya Kota Bharu- Gua Musang masih belum ada. Setelah melepasi Pekan Bentong saya sudah mula menguap kerana keletihan. Siang tadi sudah seharian memandu dari Kota Bharu ke Kuala Lumpur dan malam ini pula terus juga memandu pulang.

Melihat saya menguap dan keletihan, Tok Ayah berdoa dan membaca sesuatu lantas dihembukan ke pipi kiri saya, sebab Tok Ayah duduk di sebelah saya yang sedang memandu. Setelah ditiup oleh Tok Ayah saya terasa segar dan mengantuk langsung hilang. Jadi saya bolehlah memandu dengan tenang dan tumpukan kepada pemanduan.

Bila sudah melepasi Kuala Terengganu, keadaan sekitar gelap gelita, tiba-tiba lampu merah amaran minyak kereta menyala. Kami akan kehabisan minyak. Barulah saya teringat yang sepatutnya saya tambah isian minyak di Kuantan. Dan di Kuala Terengganu juga saya terlupa. Tidak ada lagi pam minyak selepas itu. Di Jertih pun sudah tentu tutup. Bekalan minyak yang ada tidak akan sampai walau pun ke Pekan Jerteh.

Saya beritahu Tok Ayah yang kami akan kehabisan minyak. Tok Ayah cakap "Tak apa, jangan bimbang, jalan terus. Nanti akan ada minyak!" Saya jawab yang di hadapan kita sudah tidak akan ada orang jual minyak, kalau ada pun sudah tentu tutup sebab sudah awal pagi. Tok Ayah jawab "Jangan risau, insya Allah ada" Saya terus pandu di dalam bimbang dan terpinga-pinga.

Di takdirkan sebelum masuk kawasan Sungai Tong ketika itu sekitar jam 4.00 pagi, saya nampak ada sebuah kereta yang agak buruk merayap-rayap di hadapan kereta kami. Tiba-tiba Tok Ayah bersuara "Hah.. Din dekatkan kereta kita dengan kereta di hadapan tu, perlahan dan bersaing jap, kita ambil wap minyak dia" Jadi bila tiba dekat dengan kereta itu, saya pun perlahankan kereta, himpit rapat sikit dan bersiang seketika. Lebih kurang 4 ke 5 saat saja dan Tok Ayah minta saya terus potong kereta itu dan pandu dengan kelajuan saya sebelum itu.

Dengan selamba Tok Ayah memberitahu yang kereta kita sudah tidak akan mati kehabisan minyak. Tapi yang membuatkan saya rasa peliknya lampu merah amaran tidak juga padam. Saya terus saja pandu sehinggalah ke Kota Bharu. Tiba di Kota Bharu sudah pun masuk waktu Subuh. Selepas solat subuh dan sarapan pagi saya terus hantar Tok Ayah dan Isterinya ke Rantau Panjang. Tok Ayah akan tunggu seorang dari muridnya di sana datang jemput.

Bila saya minta diri nak balik semula ke Kota Bharu, Tok Ayah tanya saya "Din nak ke KL pagi ini jugakah?" Saya jawab "Ya". Katanya lagi "Tak payah isi minyak dan insya Allah Din tidak akan letih dan mengantuk". Memang betul sejak bertolak dari Rantau Panjang saya tidak rasa mengantuk dan letih walau pun satu hari dan satu malam tidak rehat dan tidur. Saya terus saja pandu menuju KL. Cuma bila tiba di Kuala Terengganu saya teringatkan minyak. Betulkah akan boleh bertahan sehingga KL? Kalau kereta mati di tengah hutan Pahang macam mana? Saya mula berperang antara percaya atau tidak. Dan akhirnya bila tiba di Kuantan saya mengalah kepada perasaan dan isikan minyak!.

Sunday, August 2, 2009

Nafsu

Kesian manusia, kerana nafsu fikiran menjadi kelabu otak menjadi beku

Kerana nafsu manusia gagal mengetahui Zalim dan Adil
Kerana nafsu manusia gagal menilai Buruk dan Baik
Kerana nafsu manusia gagal mengenal Hitam dan Putih
Kerana nafsu manusia gagal menghakimi Haq dan Bathil
Kerana nafsu manusia gagal memahami Bijak dan Bodoh
Kerana nafsu manusia gagal mendalami Iman dan Fasik

Dalam komen saya di blog ISA, saya katakan:

Di kalangan kita ada 3 perkara menjadikan manusia hina

1. Manusia Alim/Ilmuan tetapi kedekut dengan Ilmunya
2. Manusia bodoh yang tidak mahu belajar
3. Manusia yang diberikan amanah tetapi tidak bertanggung jawab terhadap amanahnya

Fikir dan nilailah sendiri adakah kita juga termasuk di dalam golongan ini?