Satu perkara yang memeranjatkan Mountdweller, untuk tiba ke destinasi Mountdweller terpaksa menyeberangi satu Jambatan Besi yang sempit dan tidak berpagar dan tengoklah keadaan jalan rusak yang amat teruk menghubungi kampung itu dengan dunia luar.
Realitinya amat teruk tetapi oleh kerana Mountdweller bukannya pandai di dalam memilih sudut untuk ambil gambar, maka nampaklah tidak sebagaimana keadaan sebenar.
Dikhabarkan kawasan ini adalah kawasan berwakilkan Wakil Rakyat seorang Ustaz dari PAS dan tidak melawat kawasan yang diwakilinya. Penghulu juga tidak memainkan peranan sepatutnya maka derita ditanggung oleh pengundi yang dulunya menaruh harapan yang tinggi terhadap Wakil dan parti yang mereka pangkah!
Mungkin Wakil Rakyat sudah muak menjadi Wakil atau PAS juga sudah jemu memerintah? Rakyat menilai, Allah menghisab!
Adakah sebab orang-orang politik hanya asyik dengan politik dan rakyat terabai?
Untuk tiba ke sini Mountdweller memandu melalui keadaan jalan yang teruk sejauh 5km.
Untuk tiba ke sini Mountdweller memandu melalui keadaan jalan yang teruk sejauh 5km.
Adakah mereka ini mangsa politik yang terlepas pandang?
Ini Ruby gambar terbaru-Makin lincah dan Manja
kepada yb tak kira bn atau Pas.. jawatan itu adalah amanah. bukannya tempat untuk mengumpul harta
ReplyDeleteBila iman kurang dan tidak menjalankan amanah..tak kira la parti mana pun...gerammm nih...kasian rakyat...
ReplyDeletemr edz
ReplyDeleteSatu persoalan yang berat ialah Wakil PAS ini bergelar Ustaz yang sudah tentu tahu agama dan tanggungjawab yang diamanahkan oleh Pengundi. Kalau Wakil BN tu, kira ringan sikit sebab mereka diistilahkan oleh orang ramai kurang agama.
Melur Jelita
ReplyDeleteBenar, Rakyat yang jadi mangsa. Mereka dapat elaun dan tittle