“Kita tidak akan menyerah diri. Kita akan mengalahkan mereka (tentera Barat) dengan apa jua cara pun. Kita bersedia untuk berperang sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Kita akan menang pada akhirnya,” kata Gaddafi, dalam rakaman video menunjukkan beliau berucap di hadapan sejumlah penyokongnya di halaman istananya di Bab Al-Aziziyah di sini.
“Serangan ini yang dilakukan kelompok fasis akan tamat dalam tong sampah sejarah,” katanya.
Ucapannya itu diiringi oleh percikan bunga api di Tripoli semasa para penyokong pemimpin tersebut bersorak dan melepaskan tembakan ke udara.
Sebelum ini, nasib Gaddafi tidak dapat dipastikan selepas sebahagian istana itu musnah akibat dibedil peluru berpandu tentera bersekutu.
Pada awal semalam, stesen televisyen CNN melaporkan serangan udara tentera bersekutu dilancarkan di bandar Misrata, timur Tripoli.
Di sebalik kata-kata semangat Gaddafi, terdapat laporan bahawa pemimpin Libya itu dipercayai sedang mencari penyelesaian kepada konflik di Libya selain peperangan.
Setiausaha Amerika Syarikat (AS), Hillary Clinton memberitahu stesen televisyen ABC bahawa orang kanan Gaddafi telah menghubungi sekutu Libya di seluruh dunia bagi mencari penyelesaian kepada krisis di negara itu.
Penentangan rakyat terhadap Gaddafi, 68, bermula sejak 15 Februari lalu susulan kejayaan gerakan reformasi kearah pemerintahan demokrasi di Tunisia dan Mesir.
Pertempuran di antara pihak pemberontak dan tentera Gaddafi masih belum berakhir manakala tentera Barat diketuai AS campur tangan dengan menguatkuasakan zon larangan terbang di Libya sejak Ahad lalu.
Zon larangan terbang itu diluluskan oleh Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu pada Khamis lalu dengan tujuan untuk mengelak Gaddafi melancarkan serangan ke atas penduduk awam.
Tujuan AS, Britain dan Perancis menyertai zon larangan itu juga adalah untuk memastikan Gaddafi berundur daripada jawatannya.
– Agensi
Jahatnya Kafir!
“Kita tidak akan menyerah diri. Kita akan mengalahkan mereka (tentera Barat) dengan apa jua cara pun. Kita bersedia untuk berperang sama ada dalam jangka masa pendek atau panjang. Kita akan menang pada akhirnya,”
ReplyDeleteApa yng dimaksudkan dengan kita muamar ghadafi tu? macamlah rakyat sayang sangat kat dia.tak reti-reti lagi rakyat dah benci pada dia.
Salam,
ReplyDeleteDalam negara cerita orang nak jadi moralist terulung..Di negara Libya dan timur tengah lagi kecoh..semuanya oppotunist tulen.
Entahlah..
Saya nak link dengan blog you ok ke?
salam alayk. i still dont udnerstand why they do not want discuss and settle it as soon as possible rather then make corruption
ReplyDeleteBegitu mudah PBB membuat ketetapan,yang kita pun tahu Ban Kim Moon adalah budak US. Tanpa memikirkan dengan apa yang telah mereka lakukan di Iraq, terus sahaja US serang Libya.
ReplyDeleteKita tahu, raayat Libya bangun menentang pimpinan Kolonel Gaddafi itu bukan semua, hanya segelintir sahaja yang tak sehaluan dengannya. Libya negara luas dan bermacam suku serta kabilah2. Sepeti malaysia juga, tapi sana arab berber dari pelbagai suku dan kabilah. Libya tak macam Mesir, negara agak maju juga, masaalah taraf hidupnya baik, infrastruktur canggih2.Tak macam Mesir, ramai raayat miskin.Libya raayat taraf hidup macam kita juga malah lebih baik lagi rasanya. Raayat 6 juta je, yang lain dari luar negara datang ke Libya bekerja di telaga2 minyak.
Cuma perangai Gadaffi ni pelik, malah negara barat memang benci dengan sikapnya.
Amerika cepat serang, ini dah plan lama dah,kerana raayat yang menentang dah lama menyiapkan diri melawan, itu yang pemberontak pun senjata canggih2.Ini kerja US dan Britain, biasalah, nanti dapat tempatkan boneka dia ganti Gadaffi, lagi pun ada tujuan, minyak, gas dan galian banyak, itu yang barat terliur sangat tu...Sudan dah pecah dua, sekarang kawasan minyak bukan milik majoriti orang Islam lagi,hampir semua dibolot puak pemisah, yang dulunya mendapat sokongan barat. Puak pemisah ni hampir 70% bangsa sudanese negros kulit hitam beragama kristian. Sebenarnya kristian sedunia pun main peranan di Sudan. Kini mereka nak lakukan sama juga di Libya. Bukan kebangkitan raayat sebenar, tapi barat ambil kesempatan.