Sunday, March 13, 2011

Alhamdulillah

Alhamdulillah, syukur dan pujian hanya kepada Allah. Pagi tadi jam 10.40 pagi 13 Mac 2011, Along dan Mohd. Yusoff Marzuki telah diIjab kabulkan oleh Imam Muda Masjid Telipot.

Mountdweller upload sedikit gambar dahuluan yang kualitinya agak kurang kerana hanya menggunakan H/P yang kehabisan bateri. Gambar yang lebih berkualiti akan menyusul, insya Allah.

Agak dukacita, walau pun mountdweller menjemput semua Bloggers yang ada di sekitar Kota Bharu, namun yang muncul hanya Melor Jelita bersama anak-anak dan Aduka Taruna sahaja.

Mohd. Yusoff sedang diIjab Kabul

Batal Wudhu'

Bersanding



Teman-Teman Along dari TLDM

16 comments:

wartamaya said...

Salam Tuan,
Tahniah .. !!!

pakwe said...

pak cik dapat menantu yeee...

woooooo

A Mum Of Three Mohd said...

Assalamualaikum warahmatullah,

Tahniah!!

Selamat menerima menantu. Semoga kedua mempelai berbahagia dan berkekalan hingga ke syurga... amin.

Pengasas said...

Salam Tuan,
Tahniah dapat menantu. Itu juga kurniaan dari Allah. Semoga tuan mendapat zuriat yang soleh yang mendoakan kebaikan dunia serta akhirat untuk tuan sekeluarga.

mr edz said...

sama tarikh dengan anak sulung saya .. tahniah

mr edz said...

tarikh lahir...

muraisenja said...

Tahniah Pak Din...
Selamt Pengantin Baru Along

Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua

Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu

Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu

Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan

Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat

Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong

Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan

Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai

Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang

Melur Jelita said...

Salam Pak Din,
terimakasih kerana menjemput kami..sayang terlambat tiba, hujan dan jem punya hal. Tak sempat nak tengok Along Jelita lalu bawah pedang

mountdweller said...

W'salam wartamaya

Terima kasih dan syukur.

mountdweller said...

pakwe

Saya memang syukur dan bangga.

mountdweller said...

Wa alaikumussalam A Mum Of Three Mohd

Terima kasih di atas doa puan. Memang itulah harapan kami sebagai ibubapa.

mountdweller said...

Pengasas

Terima kasih tuan. Itulah doa dan harapan semua orang tua untuk anak-anaknya

mountdweller said...

mr edz

Terima kasih. 23.10.1984

mountdweller said...

muraisenja

Terima kasih banyak. Izinkan saya publish pantun saudara ini.

mountdweller said...

Melur Jelita

Pak Din berterima banyak kerana sudi hadir.

muraisenja said...

Silakan Pak Din