Friday, March 4, 2011

'Orb' Terbesar Pernah Jumpa

Kita beralih kepada cerita 'karut marut' bagi setengah orang. Tapi inilah hakikat yang Pak Din jumpa bila Pak Din bawa seorang Dukun buang 'Saka' ke rumah seorang yang sedang sakit.

Pak Din terasa nak ambil gambar di luar rumah itu. Dan inilah yang terakam. "Orb" terbesar yang Pak Din saksikan!





Inilah orang yang sakit dikatakan diganggu 'Saka' itu
Beliau meninggal 4 hari lepas sebelum 'Sakanya' sempat dibuang!

11 comments:

Katon Tin Ton said...

salam Pak din,
Sekali lagi saya nak tanya
- Orb ni benda apa ?
- kenapa bulat ?
- kalau pakai camera cam mana nak ambik, main tangkap je ke ?

thx

kakyong said...

lamanya tak singgah kat blog uncle.. harap uncle & sekeluarga sihat2.. Tahniah, bakal mendapat menantu.. semoga Along berbahagia hingga ke akhirnya..



Jemput singgah ke kakyong.com

Anonymous said...

Ini nampaknya macam lensa rosak atau kotor kerana kedudukan orb itu hanya satu lokasi aje iaitu di sebelah atas kiri

Anonymous said...

I really like your post. Will continue reading your blog. :)

UXOP said...

Assalamualaikum w.b.t Pakcik Din..

Nasib baik Pakcik Din masih minat ber-blog..harap2 sihat bersama keluarga..

Besar juga orb tu...

mountdweller said...

Katon Tin Ton

Orang Putih kata 'Orbs' tu roh orang mati atau satu entity yang bertenaga. Bomoh Melayu kata 'Rupa Hantu/Syaitan/Iblis yang tidak jelmakan diri'. Pak Din kata 'apa-apa jerlah!' tapi adakah roh yang Allah sesatkan?

Bulat itu memang bentuk asal dia kekadang berumbai-umbai.

'Orbs' ni kita tidak nampak dengan mata tetapi Pak Din ambil saja gambar mengikut naluri. Dan kamera yang mempunyai 5mp ke atas sahaja yang mampu menangkapnya.

mountdweller said...

kakyong

terima kasih kerana singgah dan terima kasih di atas doa. Semoga Kak Yong dan keluarga juga di dalam rahmat Allah.

mountdweller said...

Anonymous

Lensa tidak rosak cuma saya gagal menemui arah yang boleh ambil gambar lebih jauh kerana laman dan pagar yang sempit.

mountdweller said...

Anonymous

Thanks..

mountdweller said...

W'salam UXOP

Pak Cik bukan nak tinggalkan terus, cuma kerana keadaan baru-baru ini menumpulkan sikit keghairahan blogging. Pakcik harap UXOP pun sihat dan gembira selalu.

Dan kalau UXOP balik KB dan berada di KB pada 13.3.11 Pakcik persilakan ke Majlis Perkahwinan Along yang akan diadakan di Dewan PPK/WI di hadapan Hotel Perdana dari Jam 12 tengahari sehingga 5.00 petang.

UXOP said...

Salam Pakcik Din..

Saya tak kelik KB 13hb sbb ada ikut saudara baru kita nak melangsungkan perkahwinan di Kedah..saya kena ikut serta atas permintaan saudara kita..

Apa pun saya berdoa disini semoga Along selamat diijab kabul dan berbahagia hingga ke akhir hayat..