Tahniah Pak Din...
Selamt Pengantin Baru Along
Ikan di laut asam di darat
Dalam kuali bertemu jua
Hati terpaut janji diikat
Atas pelamin bertemu jua
Orang jauh dikenang-kenang
Hanya terkenang pada yang satu
Mula berkenal kemudian bertunang
Diatas pelamin sama bersatu
Dari Johor kekuala Kedah
Dagang merantau beratus batu
Surat sudah, SMS pun sudah
Sudah kawin masih begitu
Panas kering siapakan tahu
Hujan rintik di daun pandan
Berjalan seiring bersentuh bahu
Sama cantik sama padan
Tuan puteri tersenyum-senyum
Melihat laksamana bermain rodat
Senyum-senyum jangan tak senyum
Sudah sempurna segala adat
Pergi berzanji di pekan pagoh
Beli sekati ikan senohong
Sudah berjanji bersetia tegoh
Jangan dimungkiri bercakap bohong
Dengarlah ini ayah berpesan
Anak menantu, ayah ingatkan
Berkasih sayang sesama insan
Jangan cepat menjadi bosan
Di malam hari terang senegeri
Bulan purnama dihujung julai
Majlis gahari bertambah seri
Menyambut kedatangan kedua mempelai
Amat garang datuk bentara
Musuh melanggar habis dibenam
Dulu seorang kini berdua
Hidup bersama susah senang
PANDANGAN DAN PENDAPAT BERDASARKAN PENGALAMAN SENDIRI MENYOKONG YANG BENAR MENENTANG YANG SALAH DARI SUDUT PANDANGANKU
Pengumuman
Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)
Tuesday, March 22, 2011
Pantun Dari Blogger Murai Senja Untuk Along
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
salam ziarah
ReplyDeleteW'salam Panglima Muda.
ReplyDeleteTerima kasih kerana sudi ziarah. Insya Allah saya juga akan bertandang ke sana.
Tiada kata selain tahniah,
ReplyDeleteSemoga berada dalam redhaNya,
Lauk sedap, majlis meriah,
Nak makan banyak, gigi tak ada.
Hua3....
AdukaTaruna
ReplyDeleteHa..hah.. lain kali makan dulu baru cabut gigi, barulah tidak menyesal!
tahniah Pak Din,
ReplyDeletepasangan skrng nie yg berkerjaya amatlah mudah terjadinya konflik terhadap mereka ...mereka memandang susah yg didepan itu sebagai beban..tidaklah mereka memandangnya sebagai ujian..lihatlah kedua org tua..sebagai contoh dan gambaran
IndukYati
ReplyDeleteTerima kasih.
Entah mengapa rumah tangga orang sekarang ini cukup senang berantakan.
Ini juga ujian untuk Pak Din. Kalau orang lain Pak Din berjaya baiki dengan motivasi, anak sendiri diharapkan tidak akan menghadapi masalah yang besar.