Sebak lihat bakal menantu
KOTA BHARU: “Melihat keadaannya (bakal menantu) saya rasa sebak, malah dia tidak putus-putus datang ke rumah untuk membantu kami mengadakan kenduri tahlil yang diadakan untuk Allahyarham Muhammad Nur Farhan, 26,” kata Razali Salleh, 50.Razali berkata, dia tidak mahu mengganggu emosi bakal menantunya (Tuan Norhidayah Tuan Lah, 24) dan membiarkan masa menentukan segala-galanya kerana yakin sukar untuk gadis berkenaan melupakan detik paling menyedihkan dalam hidupnya.
“Setiap malam, Tuan Norhidayah akan datang berseorangan untuk menghadiri majlis tahlil dan akan pulang kira-kira jam 12 tengah malam, manakala ibu dan keluarganya datang berasingan.
“Buat masa ini biar dia mencari ketenangan dan biar masa menentukan segala-galanya. Daripada raut wajahnya, saya akui penderitaan dilaluinya menyebabkan saya terlalu sebak melihat keadaannya itu,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.
Razali yang juga kakitangan Lembaga Kenaf dan Tembakau Negara (LKTN), Pasir Mas, berkata dia kini masih bercuti dan menguruskan kenduri tahlil Muhammad Nur Farhan yang masuk hari ketiga malam semalam. - mymetro
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa