Bermula dengan kecurian kabel kali pertama hubungan komunikasi terputus selama dua minggu dan diikuti dengan kecurian kali kedua pula hubungan terputus lebih lama dan melunturkan sedikit mood blogging mountdweller.
Selepas itu sibuk pula dengan persiapan hari pernikahan Along yang akan berlangsung pada 13 Mac 2011.
Gambar yang mountdweller upload di bawah sebagai kenangan bukan majlis Along tetapi majlis akad nikah anak saudara mountdweller Mohammad Musalli Mustapha yang berlangsung pada 3 Feb. 2011 di Paloh, Gua Musang.
Ketika Akad Nikah
Solat Syukur selepas diIjab Kabul
Batal Wudhu'
Gambar kenagan selepas batal wudhu'
Berarak
Bersanding
Di bawah pula mountdweller nak gambarkan keprihatinan kaum kita Melayu/Islam terhadap "Kebersihan yang dikatakan sebahagian daripada Iman" itu.
Betapa cantiknya tandas yang dibina di Masjid ini tetapi tengoklah di dalamnya
Lorong bilik airnya
Lubang Air Buang di dalam tandas yang pecah
Yang tersumbat
Keadaan tandas
Selak Pintu yang pecah
Apakah ini menunjukkan bersyukurnya kita?
Berpegangnya kita kepada sebagahian Iman itu?
tahniah buat uncle mountdweller, bakal nak dpt menantu, moga majlis sukses :)
ReplyDeletetahniah juga buat pasangan pengantin baru yg di dalam blog ini.
dan uncle mountdweller baru tukar template ker ?
itulah realitinya... bab kebersihan. malu pada orang kafir.
ReplyDeleteSalam Pak Din,
ReplyDeleteAlhamdulillah kembali berblog...rindu sangat kat sini..sunyi je
Pak Din,
ReplyDeletejemput sertai segmen Melur jelita datang..jeng jeng jeng!
saya menjemput je..Pak Din sudi tak sudi, tak tahu la...he he he
Mak Su
ReplyDeleteTerima kasih Mak Su. Memang baru tukar rasanya bulan 11 tahun lepas.
mr edz
ReplyDeleteAda beberapa kali Pak Din singgah di bilik air Kuil Cina dan India. Mereka nampkanya cukup prihatin kepada kebersihan. Bilik air mereka memang selesa.
Melur Jelita
ReplyDeleteAih... takkan kerana Pak Din sorang blog dah sunyi!
Melur Jelita
ReplyDeleteInsya Allah