Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Sunday, October 2, 2011

Hah.. Sah Sudah Nyanyuk!

KUALA TERENGGANU 1 Okt. - Tun Dr. Mahathir Mohamad tidak hairan dengan sikap berdolak dalih Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang akhirnya memohon maaf berikutan kenyataannya yang mendakwa kononnya Johor tidak selamat untuk pelabur asing.

Menurut bekas Perdana Menteri, tindakan Setiausaha Agung DAP itu memohon maaf kepada Sultan Johor dan rakyat negeri itu juga hanya dibuat selepas ia dihentam banyak pihak.

Beliau menyifatkan tindakan Guan Eng mengeluarkan kenyataan buruk mengenai Johor tidak wajar dilakukan kerana ia jelas memandang rendah kepada orang lain.

"Maaf atau tidak maaf, saya tak nak persoalkan. Bila orang boo (hentam), baru dia minta maaf, dia pandang rendah pada orang lain.

"Saya juga tak nak persoalkan apakah permohonan maaf dia (Guan Eng) itu ikhlas atau tidak," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis Konvokesyen Universiti Malaysia Terengganu (UMT) kesembilan di universiti itu di Gong Badak dekat sini hari ini.

Dr. Mahathir diminta mengulas tindakan Guan Eng yang meminta maaf kepada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar serta seluruh rakyat Johor ekoran kenyataannya yang memburuk-burukkan negeri Johor tempoh hari.

Mengenai pendirian Pas yang tetap ingin melaksanakan hukum hudud di Kelantan, Dr. Mahathir menjelaskan, parti itu bukan sahaja menjadikan politik sebagai permainan mereka malah juga agama Islam.

Menurutnya, Pas sepatutnya mengambil kira dari segi rasional pelaksanaan hukum hudud itu memandangkan bukan semua penduduk beragama Islam.

Sumber - Utusan Malaysia Online

Hey TDM, memang hang ni nyanyuk. Kamu memang dah lupa ini

2 comments:

  1. Tuan Mountdweller..

    Tuhan bagi umor panjang kepada Mahathir supaya kita semua untuk tengok beliau menangis yang sebenar-benarnya dan gigit jari apabila UMNO tumbang dan PR ambil Putrajaya tak lama lagi....insyaalah.

    ReplyDelete
  2. dlm kamus mamak kutty ni perkataan spt malu,keji, maruah semuanya x wujud,yg ada cuma kuasa dan $$$$,mmg haramjadah.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa