Terima kasih anakanda Isa di atas penjelasan berkenaan isu ini.
Ikutkan hati... ada lagi sambungan untuk membelasah YB-YB kaki ponteng parlimen tuuuu..., sebabnya ada YB-YB lain cuba mempertahankan ketidakhadiran rakan2 diorang pada malam pengundian tersebut. Tapi lantaklah kat diorang... cukuplah setakat tuuuu..., ada yang bertaraf ulamak... sepatutnya dia boleh tazkirahkan dirinya dan rakan2 yang kaki ponteng tuuuu.... apa hukumnya mengabaikan/mengkhianati "Amanah"...
Petang tadi (semalam) gua lawat blog kawan2 dan terbaca kisah ini di Blog Uncle Mountdweller.
Perghhhh.... beliau sudah siarkan satu artikel fitnah yang di petik dari Blog umporno (nak baca klik link blog Mountdweller kat atas tu) satu fitnah terhadap Khalid Samad. Gua tau laaaa.. PRU-13 dah dekat beb... umporno pulak dah terdesak nak mampus untuk merampas Selangor dari PR... sehingga sanggup buat fitnah... hahaha... gilababi sungguh blogger umporno nih... tuduhannya;
"Mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah. tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut."Selesai dua tiga kali ulang baca, gua menung sekejap... capai tepon terus hantar sms pada Khalid Samad dan beberapa rakan berjawatan dalam Lembaga Zakat Selangor (LZS). Respons dari Khalid Samad mengatakan perkara fitnah itu tidak benar, anak beliau belajar di Jordan dari tahun 2001 sehingga 2009.
Dari tempoh itu semua pelajar Selangor yang tidak menerima biasiswa menerimasumbangan dari LZS RM1000 setahun dari tahun 2001 hingga 2008. Pada tahun 2009, dasar LZS bertukar di bawah Pakatan Rakyat, kepada pelajar yang tiada biasiswa menerima sumbangan dari zakat bagi "asnaf fi sabilillah". Dan beliau sendiri membiayai pelajaran anaknya.
Di susuli pula oleh beberapa balasan sms dari member2 otai dalam LZS mengakui bahawa Khalid Samad tidak pernah memohon atau mengunakan kuasanya sebagai ahli parlimen untuk membiayai pelajaran anaknya di Jordan. Lagipun menurut mereka bukan anak Khalid Samad sahaja yang menerima sumbangan "Asnaf Fi Sabilillah" untuk belajar malahan ramai lagi anak2 orang yang lebih berkemampuan menerimanya.
Akibat dari politik terdesak dan kotor haramjadah2 umporno, Sumbangan dari Lembaga Zakat Selangor pun diorang cuba politikkan dan memperbodohkan rakyat yang jahil agama yang setaraf dengan diorang, maka dengan itu terhasillah satu fitnah...
Apakah puak2 haramjadah ini tak tahu akan hukuman dosa "Fitnah"... itu pun kalau diorang mengaku sebagai beragama Islam.... tapi kalau dah sebati hidup diorang dengan Fitnah pelbagai... maknanya kapiaq jelah.... hahahaha... hanya kapiaq jer tak takut dosa... hahaha,,,,
Setahu gua... Khalid Samad jadi Ahli Parlimen Shah Alam bermula tahun 2008 (menang PRU-12), mengikut tuduhan fitnah blogger umporno tu... seolah-olah Khalid Samad sudah salahkuasa sebagai Ahli Parlimen dan menyeleweng sebelum 2008 lagi....
Nampaknya usaha untuk memfitnah dan memburukkan Khalid Samad kantoi lagi beb..... hahahaha.... Atau Khalid Samad dah kow tim dengan Khir Toyol sejak 2001 untuk jadi YB Shah Alam.... hahahaha...
Kepada blogger haramjadah umporno tuuuu.... kalau tak faham klik kat sini ok.... hahahaha.... oppppsss... lu orang mana takut sama Allah kannnnn.... dan jangan tunjukkan kebodohan dalam beragama lu kat orang beb...!!!!
Allah berfirman dalam surah at-Taubah ayat 60 :
“Sesungguhnya zakat-zakat itu, hanyalah untuk orang-orang fakir, orang-orang miskin, pengurus-pengurus zakat, para muallaf yang dipujuk hatinya, untuk (memerdekakan) budak, orang-orang yang berhutang, untuk jalan Allah dan orang-orang yang sedang dalam perjalanan, sebagai sesuatu ketetapan yang diwajibkan Allah; dan Allah Maha Mengetahui lagi Maha Bijaksana”
No comments:
Post a Comment
Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa