Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Monday, October 10, 2011

Ianya Politik. Pedulikan Wahai Guan Eng!

Ke mana kamu semua ketika Mahathir pijak kepala Raja-Raja satu ketika dulu?

Segera mengadap Sultan Johor
SEBAHAGIAN ahli pertubuhan bukan kerajaan mengadakan bantahan menuntut Lim Guan Eng menghadap Sultan Johor di Segamat semalam.

SEGAMAT – Kemarahan rakyat Johor terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng masih belum reda apabila lima buah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) mengadakan satu perhimpunan bertujuan mendesak beliau mengadap Sultan Johor, Sultan Ibrahim Ibni Almarhum Sultan Iskandar untuk memohon ampun.

Lima NGO yang mengadakan perhimpunan dinamakan Himpunan Aman Melayu Muda itu ialah Pertubuhan Profesional Melayu dan Pewaris Bangsa Malaysia (Prowaris), Pertubuhan Penyatuan Pembelaan Melayu Malaysia, Gerakan Belia 4B Segamat, Persatuan Belia Batu Anam serta Persatuan Belia Bestari Bistari Kampung Paya Lebar, Segamat.

Perhimpunan secara aman itu diketuai oleh Presiden Prowaris, Feriz Omar.

Feriz menegaskan, Guan Eng perlu meminta ampun berikutan kebiadabannya mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan dan fitnah terhadap keamanan dan kesejahteraan negeri Johor.

Beliau berkata, tuduhan Guan Eng bahawa Johor tidak selamat untuk pelaburan adalah satu fitnah terhadap kemajuan dan kesejahteraan yang dinikmati negeri itu selama ini.

“Justeru beliau perlu mengenepikan egonya agar segera mengadap Sultan Johor untuk meminta ampun.

“Beliau juga perlu menarik balik kenyataan fitnahnya itu dan seterusnya memohon maaf kepada rakyat negeri Johor,’’ katanya.

Sumber: Kosmo

2 comments:

  1. berapa beruk2 ni dpt upah gamaknye? sultan pun tak kecoh...yg diorng lebih2 sngt pehal? saja nk publisiti murahan jer...mmg mcm beruk...

    ReplyDelete
  2. Biasa la, sentimen kaum yg sempit dah sebati dlm masyarakat UMno tu.. asal sorang Cina sentuh hal negeri ada Sultan, hah siap la nak 'berperang'...Tapi bila orang Melayu dlm UMno sendiri buat biadap kat Sultan, tak pula UMno & proksi dia nak kepoh. Talam 2 muka.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa