Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Saturday, October 8, 2011

Kalau Benar, Apa Kita Nak Labelkan Orang Ini?

Anak Khalid Samad Guna Wang Zakat Biayai Pengajian

Sewaktu PAS memerintah Trengganu pada 1999-2004 telah berlaku kekecohan pada tahun 2003 apabila lima orang anak kepada dua anggota majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco) menggunakan wang zakat dari Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Trengganu untuk membiayai pengajian kelima-lima mereka di timur tengah.

Kini setelah lapan tahun berlalu peristiwa yang sama berulang kembali. Bukan di Trengganu, tetapi di Selangor.

Maklumat yang sampai ke meja sel13.com mengatakan anak kepada Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad, menggunakan wang dari PZS untuk membiayai pelajarannya di timur tengah.

Khalid Samad sering bercakap soal intergriti , menuduh lawannnya rasuah, melakukan penyelewengan, salah guna kuasa dan sebagainya, dalam masa yang sama dia juga seleweng.

Sebagai seorang ahli parlimen dan juga seorang jurutera, sudah tentu Khalid Samad lebih dari mampu untuk menanggung pelajaran anaknya, tetapi oleh kerana sifat tamak haloba beliau tanpa malu-malu menggunakan wang dari PZS untuk tujuan tersebut.

Wang yang sepatutnya disalurkan kepada anak-anak orang yang lebih susah atau miskin untuk menyambung pelajaran terpaksa diberi kepada anak seorang ahli parlimen yang sudah kaya-raya.

Khalid Samad harus menunjukkan dia cakap serupa bikin, bukannya menjadi manusia munafik. Khalid Samad harus mengembalikan semula wang tersebut kepada PZS untuk kegunaan orang lain yang lebih susah.

18 comments:

  1. Salam, ko cheap shot la....itu hak anak dia...anak dia termasuk asnaf...tak dak kena mengena dengan ayah die...woi...pi mengaji dulu la...ana ulang sekali lagi...itu hak anak dia..juga anak ko jugak..kalu dia termasuk asnaf...

    ReplyDelete
  2. Kalau tak tahu baiklah bertanya. Jangan sambung buat fitnah.

    Pelajar (orang yang menuntut ilmu) termasuk dalam asnaf yang layak menerima zakat.

    Status ibu bapa tidak mempengaruhi status asnaf penerima zakat.

    ReplyDelete
  3. 1: Asnaf penerima zakat telahpun di gariskan dgn jelas oleh syariat Islam. Bukan semua penerima zakat mesti org miskin, Kalau itu haknya menepati ketetapan Islam, jgn disensasikan sbg isu politik sekaligus terus memperbodohkan rakyat terbanyak.
    2: Sewajarnya sdr. turut menghulurkan tangan dalam meningkatkan pengetahuan ummah bukannya mengelirukan

    ReplyDelete
  4. Assalamualaikum uncle!

    Ada perkara memang tak salah kita buat tapi lebih elok kita elakkan/tinggalkan/tak buat saja.

    Kalau pun anak si Khalid tu tergolong dlm asnaf, adalah lebih baik dia sebagai ayah tahu hal ni, yg masih mampu biaya pengajian anaknya tu, tolak saja tawaran pembiayaan PZS. Baik bagi kepada orang lain yg tak berapa mampu biaya anaknya belajar ke sana. Tu lebih baik drp segi soal akhlak/integriti/dll.

    Lebih kurang kes TGNA dulu tu, yg mana dia pun boleh saja pegi umrah pasal orang lain nak belanja pembiayaan dia pegi sana, tapi elok lagi dia tolak, sebab ada bersanggutan soal fitnah, imej, akhlak dll.

    ReplyDelete
  5. Salam,

    Betul kata hj. shah tu. Salah satu asnaf zakat ialah orang yang berjuang fi-sabilillah yang mana orang menuntut ilmu ke jalan Allah juga adalah tergolong dalam asnaf tersebut. Jangan melulu melabel seseorang. Kalau kita tak arif atau jahil, tanyalah dulu pada orang yang lebih arif. Semoga dapat jadikan pengajaran di lain masa. Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  6. tak ada yang salahnya anak k
    KS terima wang zakat. yang salahnya orang yang tuduh sebab mungkin tak berapa faham tentang cara penerimaan zakat. ie sapa yang layak dsbnya.

    ReplyDelete
  7. jgn kecoh2. sbb nak layan keja bodo ameno ni buat je ketetapan, semua ahli pas tak bole ambik duit baitul mal walopun dia terpaksa makan tanah sbb miskin. hukum letak tepi.

    ReplyDelete
  8. yakin ke apa yang anda ckpkan ni betul? baik selidik betul2... hehehehe

    ReplyDelete
  9. Betapa bodohnya UMNO dalam mendalami hukum-hukum Islam. Tiada salah dan tidak berdosa pun anak-anak Khalid Samad menerima wang zakat atas asnaf fisabilillah, berbanding bersalah dan berdosa besarnya UMNO meredai pemimpin mereka mengabaikan hukum hudud yang dituntut Allah.

    Tiada tempat yang sesuai untuk UMNO melainkan kekal di neraka selama-lamanya. Menidakkan satu huruf di dalam Al-Quran sudah dikira murtad, inikan pula menidakkan hukum Allah.

    ReplyDelete
  10. Salam semua Pengomen

    Terima kasih kerana sudi tumpahkan amat yang terbuku di hati terhadap N3 ini.

    Saya tidak mempertikaikan asnad, halal-haram dari segi hukum. Apa yang ingin saya juruskan adalah ke arah sudut moral sebenarnya.

    Khalid adalah seorang Pemimpin Islam, Wakil Rakyat dan seorang Jurutera. Adakah Khalid terdiri dari kalangan orang kurang mampu?
    Adakah anak orang biasa yang kurang mampu dibantu sudah terbantu semuanya?

    Dan.. adakah Rasulallah serta Khalifah-Khalifah 4 selepas Rasulallah utamakan keluarga terlebih dahulu dari Rakyat yang dhaif?

    Tentang fitnah, tolonglah faham ayat pertama saya pada tajuk "Kalau Benar" Adakah itu bermakna tuduhan atau pertanyaan?

    Kenapa orang terlalu emosi bila ada isu yang terkena/terpalit kepada orang kita sehinggakan bahasa melayu mudah pun gagal difahami?

    Untuk makluman semua, dalam 9 komen yang tumpah ke sini hanya Hanz Newman mempunyai pandangan berdsarkan otak dan kebijaksanaan mendalam terhadap isu.

    Nampaknya yang lain hanya komen berdasarkan emosi dan sentimen!

    ReplyDelete
  11. Salam tuan blog,

    Lebih baik tak sebarkan kalau tak pasti. Nanti jadi macam utusan meloya..

    ReplyDelete
  12. memang ayat awal mcm tak fitnah tapi diakhir kesimpulan mcm fitnah la...tajuk memang persoalan tapi diakhir tu kesimpulan tuan...

    ReplyDelete
  13. mcm tak fitnah...pada tajuk tapi diakhir kesimpulan tuan berunsur fitnah dan menghasut.

    ReplyDelete
  14. Nampaknya, serupa perangai UMNO jer Tuan ni. Mana yg sebulu dan sekufu dengan cara Tuan jer yang betul dan bagus. Kami x kisah pun dengan pengiktirafdan Tuan terhadap entri-entri kami tu. Apa yang penting ialah kami telah menyampaikan suatu ayat dakwah yang menjelaskan duduk sebenar perkara berkaitan asnaf zakat tersebut supaya pembaca entri tersebut tidak keliru. Kalau Tuan x terima, kami doakan agar Allah bukakan pintu hati Tuan dengan lebih luas lagi. Yang penting adalah agar pembaca entri ini kelak tidak terpesong dengan pandangan Tuan yang lebih menjurus kepada unsur-unsur fitnah terutamanya terhadap YB Khalid Samad sebab x semua orang cerdik bahasa macam Tuan walaupun perkataan "Kalau Benar" yang Tuan tulis itu seolah menjadi kata kunci dalam entri Tuan tu. Saya rasa x semua orang akan faham kata kunci tersebut melainkan Tuan dan orang cerdik pandai macam Tuan saja.

    Seperkara lagi, cuba Tuan semak balik samada keturunan Rasulullah SAW (Ahlul-Bait)itu layak menerima zakat atau tidak? Apa pun alasannya, entri Tuan itu lebih membawa fitnah dan tanggapan buruk terhadap YB Khalid Samad. Usahlah nak dipertikaikan soal moral jika sekiranya perkara tersebut tidak bertentangan dengan hukum syarak dan syariat Islam. Pentingkan yang lebih penting kerana yang lebih penting itu lebih penting daripada yang penting! Banyak lagi isu yang boleh diperkatakan selain isu yang menjurus fitnah ini.

    Wallahua'lam.

    ReplyDelete
  15. A'kum sekali lagi kepada semua yang sudi memberikan komen.

    Terima kasih banyak di atas semua komen. Baik yang positif atai negatif.

    Sebenarnya semua komen di alu-alukan. Saya baca dan saya teliti sambil ambil iktibar. Kita manusia tidak sama dari segi pemikiran dan persepsi begitu juga rupa paras. Jadi saya hormati pandangan dan luahan hati tuan-tuan.

    ReplyDelete
  16. Saya cuma nk kongsikan satu cerita yg dialami oleh saya kira-kira seminggu selepas kembali daripada cuti hari raya Aidilfitri.

    Saya bersama seorang rakan telah menikmati hidangan roti canai di sebuah warung di Lumut, Perak. Selesai makan, datang seorang pemuda yang diperhatikan mempunyai kecacatan pada kakinya (jln berdengkot2 mcm satu kaki lebih pendek drpd yg satu lg) serta mempunyai kesukaran untuk bercakap dgn baik (ckpnye slurry mcm sukar nk control gerakan lidah dan rahang).memang ketika sedang makan lagi kami telah menyedari kehadiran pemuda ini di meja sebelah, melihatkan ke'selamba'an beliau duduk di meja sebelah dan makan serta minum bersama penghuni meja, kami menganggap beliau rakan mereka.namun begitu, selesai penghuni meja ini makan, mereka terus meninggalkan pemuda ini sendirian menghabiskan makanannya. rupa2nya, apabila dia mula duduk di meja kami barulah kami sedar rupanya orang meja sebelah hanya bersedekah dgn membelanjanya makan dan minum.Sebaik sahaja dia duduk di meja kami, dia bertanya dengan sopan sekiranya kami dapat menghantarnya pulang ke rumah berikutan pinggangnya sakit untuk berjalan.Kasihan melihatnya, kami bersetuju memandangkan rumahnya tidaklah jauh sngt dr warung tersebut. dalam kereta, kami berdua mulalah interview pemuda ini.Beliau menceritakan bahawa kecacatan yang dialami akibat daripada kemalangan motosikal pada usia 20thn (beliau kini berusia 26thn).Disebabkan kemalangan, beliau tidak dapat bekerja dan hanya bergantung kepada wang kebajikan masyarakat sebanyak RM150 sebulan.Beliau turut menceritakan kesusahan ibu bapa yang juga tidak mampu untuk bekerja lagi.RM150 sebulan pastinya tidak cukup untuk menampung 3beranak sekeluarga, maka kami menganggap adik beradiknya yang telah berhijrah membantu dgn menghantarkan wang (namun beliau mengatakan tidak tahu sekiranya kakak&abangnya ada menghantar wang kepada ibubapa).disebabkan ketika itu kita baru sahaja menyambut aidilfitri, saya tergerak untuk bertanya sekiranya beliau sekeluarga memperoleh agihan wang zakat.Saya terdiam apabila pemuda itu mengatakan tiada.Namun begitu, tidak berpuas hati dan beranggapan beliau tidak tahu ape itu wang zakat, saya tanya lagi kalau ada sesiapa memberikan wang selain daripada wang bantuan drpd jabatan kebajikan masyarakat? sekali lagi beliau berkata tiada.Sepanjang perjalanan hingga sampai ke rumahnya, pemuda ini x putus2 mengucapkan terima kasih.

    Satu perkara yang timbul di benak fikiran saya, orang2 yang menerima bantuan wang bulanan daripada jabatan kebajikan masyarakat tidak layakkah untuk menerima wang zakat? Bila saya baca artikel di atas,saya terus teringatkan perihal pemuda ini.hmmm, mungkin beliau tidak menepati syarat org yg layak menerima zakat, tp mungkin juga dia tergolong dlm golongan yg terlepas pandang untuk menerima wang zakat. Wallahualam....perkara ini hanya Allah sahaja yg tahu kerana saya tidak menyelidik latar belakang pemuda itu dgn mendalam.

    berbalik pada artikel, Anak2 YB negeri mana pun sememangnya layak menerima wang zakat sekiranya mereka merupakan pelajar, tp dgn taraf kewangan keluarga yang sngt kukuh, apakah keperluan mereka menerima bantuan tersebut apabila masih terdapat lg org susah yang tidak merasa wang zakat tersebut? Ini kerana, saya yakin perkara yang dialami pemuda ini tidak hanya ada di Perak saja. Sememangnya tidak salah untuk anak2 YB ni merasa wang zakat tersebut, tp dr segi soal integriti dan tanggungjawab berkhidmat UNTUK masyarakat, bukankah wajar didahulukan mereka2 yg susah hidupnya ini dahulu? dlm konteks artikel di atas sekiranya benar ia berlaku, maka saya ingin menganggap setiap keluarga yang layak menerima zakat di Selangor telah merasa walau sekelumit wang zakat yg telah orang Islam keluarkan.Sedih dan terkilan juga difikirkan jika anak orng kaya yang belajar di Kaherah dapat merasa kesenangan drpd wang zakat sedangkan org miskin dan kurang upaya di negeri sendiri nk mkn pun kene ikat perut...Wallahualam....

    ReplyDelete
  17. Dah checked kat LZS ke?Berapa org anak KS belajar kat timur tengah?Tahun bila sampai bila?Sahih kah perkara ni berlaku?Mengikut gaya tulisan benda ni betul betul berlaku..kalau tidak,ini merupakan finah....sebagai seorang muslim hendaklah kita berpesan pesan dengan kebenaran... janganlah kita menyampaikan,menyambung dan menyebar sesuatu yang berupa fitnah...bayangkan kalau beribu org yang membaca dan mempercayai apa yang anda tulis...

    ReplyDelete
  18. Saya pun tak menganggap Khalid telah bersalah hanya kerana anaknya ditawarkan biasiswa atau sumbangan zakat negeri. Cuma kita harap sanat bukan sahaja KS TETAPI TIADA seorang pun pemimpin PR yg sudah kaya berharta walaupun layak dia atau keluarga dapat duit zakat, elok tolak saja. Bagi laluan kepada orang yang jauh lebih susah ekonominya. Mungkin dengan akhlak demikian kita akan lebih menjiwai permasalahan rakyat. Terima kasih kat uncle Din juga mementingkan integriti & akauntabiliti pemimpin.

    Tapi betul juga pendapat seorang komentar entri uncle Din tu diceduk 100% seakan-akan 1 kesimpulan KS bersalah di akhirnya. Harap disiasat kes ni & kita dapat kebenaran cerita yg sebenar.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa