Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, October 27, 2011

Piala Malaysia Gganu Dan N9 - Apa Ramalannya

Gganu akan menang 3-1?

Ini ramalan seorang veteran dalam bola sepak tetapi masih aktif diperingkat persatuan Negeri Kelantan.

Semalam saya sempat bersembang dengan Tuan Haji Irfan Bakti Jurulatih pasukan Terengganu di Kedai Kopi yang selalu geng-geng pencen lepak. Kebetulan beliau ke situ untuk minum dan makan Nasi berlauk bila balik Kelantan. Dari percakapannya beliau yakin Terengganu akan menang dengan tidak dinyatakan jumlah golnya.

Katanya Peminat Terengganu beruntung walau pun harga tiket mahal RM50 tetapi disubsidi separuh oleh Kerajaan Terengganu. Walau bagaimana pun hanya setakat bilangan yang peruntukkan oleh FAM iaitu 15 ribu tiket sahaja.

Kesian juga kat Peminat N9. Tak adakah pertolongan dari Kerajaan Negeri9 atau mana-mana badan?

FAM pun takkan tak fikirkan peminat bola sepak yang bukan semuanya berduit.


Saya suka tengok gambar ini!


1 comment:

  1. Assalamualaikum Pak Din,sihat hendaknya..Saya voted for Ganu..Ganu 3-Negri9 2..

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa