Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 17, 2009

Di rancang Atau Kebetulan?

Kekusutan dan kemelut yang melanda pemerintahan TGNA di Kelantan masa kini adakah kebetulan atau dirancang dengan rapi oleh musuh politik di dalam atau di luar PAS? Amatlah malang bagi TGNA dan PAS Kelantan sekiranya segala onar yang berlaku sekarang adalah rancangan pihak-pihak dalaman PAS sendiri.

Namun tidak siapa pun akan kehairanan sekiranya ini adalah perancangan oleh musuh politik PAS di Kelantan iaitu UMNO untuk menjatuhkan pemerintahan PAS di Kelantan. Itu adalah adat bagi mana-mana wadah politik yang bermusuh.


Kekeruhan dan gelora politik PAS Kelantan dan TGNA bermula dengan teguran TGNA terhadap perancang UG dan Muktamar Khas. Selepas itu timbul pula masalah Tajaan Haji. Seterusnya isu perlantikan Ariffahmi (menantu beliau) sebagai CEO PMBK meledak apabila Blogger kickdefella meletak jawatan. Kemudian timbul pula isu MPKB-BRI. Dan yang terbaru muncul pula masalah Bazaar Tok Guru. Lepas itu hebuh pula isu Tanah Kubur serta tanah di mana letaknya Stor dan Bengkel MPKB-BRI dijual kepada satu syarikat kroni kononnya untuk dibangunkan.

Semua kemelut ini nampaknya mungkin akan melemaskan TGNA dan PAS Kelantan untuk menanganinya dengan bijaksana. Atau kalau gagal, adakah ianya adalah Takdir yang sememangnya lumrah putaran sejarah terjadi?

Kalau ditanya saya, memang saya di dalam keraguan!

Apa Kata Anda?

Kata-kata TGNA yang saya petik dari Malaysiakini:

PMBK ini perbadanan menteri besar. Waktu kami ambil alih, tidak ada fail apa pun dalam PMBK. Menteri besar dulu (BN) buat bagaimana, (kita) tidak tahu. Jadi, waktu ambil alih dulu, kami lantik seorang perempuan berpengalaman dari Kuala Lumpur. Dia buatlah ala kadar, kemudian dia letak jawatan.

Waktu saya lantik menantu saya, saya tidak tahu barang (ini) tidak boleh. (Saya) lantik dalam mesyuarat penuh, ada penasihat undang-undang negeri (LA). Saya sebut dalam kertas, menantu saya (dilantik). LA senyap. Saya kata, sahlah.

Tahu-tahu bising pula. Tetapi saya rasa kedudukan saya benar. Jadi benar kerana LA tidak bersungut apa (membantah). Maka itulah kedudukannya.

Tuesday, December 15, 2009

Aduh Pedihnya!

Petik kata-kata TGNA:

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran,".

ISU ROYALTI- UMNO AMAL POLITIK FEUDALISME ?

Isu ini adalah isu Rakyat Kelantan, hak Rakyat Kelantan termasuk saya. Maka walau apa pun orang lain kata, isu ini tetap menjadi isu utama bagi saya. Di bawah adalah kenyataan dari blog Peguam PAS

OLEH : MOHAMED HANIPA MAIDIN

Apabila PAS mula memerintah semula Kelantan pada tahun 1990, Kerajan pimpinan Y.A.B Tuan Guru Nik Aziz Nik Mat mewarisi dua perkara. Perkara pertama Kerajaan PAS mewarisi hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN yang dahulu kepada Kerajaan Pusat. Perkara kedua Kerajaan PAS mewarisi aset iaitu dalam bentuk gas dan petroleum.

Mengenai warisan hutang tersebut , ianya adalah beban yang Kerajaan PAS Kelantan harus tanggung meskipun hutang itu tidak ada kena mengena dengan Kerajaan PAS. Hutang dibuat oleh Kerajaan BN kepada Kerajaan Pusat . Namun atas semangat Federalisme, meskipun hutang itu diwarisi oleh Kerajaan lama iaitu Kerajaan BN, Kerajaan PAS tetap membayar hutang tersebut tanpa mengira bahawa bukan Kerajaan PAS yang berhutang.

Mengenai warisan aset petroleum, ianya adalah hakmilik rakyat Kelantan. Dengan lain perkataan tidak kira parti mana pun yang memerintah aset petroleum itu adalah milik rakyat Kelantan dan Kerajaan Kelantan hanya bertindak sebagai pemegang amanah mewakili rakyat Kelantan. Petroluem wujud di persisiran pantai Negeri Kelantan bukan atas kebijaksanaan mana-mana parti yang memerintah. Ia adalah anugerah atau nikmat Allah kepada rakyat Kelantan.

Tidak seperti aset petroleum yang mana kewujudannya tidak ada kena dengan parti yang memerintah , hutang sesebuah Kerajaan ada kena dengan pentadbiran parti yang menguasai Kerajaan tersebut.

Apa yang malang meskipun Kerajaan PAS Kelantan mewarisi kedua-dua aset dan hutang, Kerajaan pusat yang diwakili oleh BN bertindak dengan zalim kepada Kerajaan PAS . Kerajaan Pusat memaksa Kerajaan PAS Kelantan membayar hutang yang dibuat oleh mantan Kerajaan BN. Tetapi apabila menyentuh aset petroleum yang ada di muka bumi Kelantan, Kerajaan Pusat BN tidak membenarkan aset tersebut dinikmati oleh Kerajaan PAS Kelantan bagi membangunkan Negeri Kelantan

Apa yang dilakukan oleh Kerajaan Najib ini , jika boleh dibuat analogi, adalah seperti mana kisah seorang ayah yang kaya tetapi kedekut dan busuk hati. Ayah tersebut kaya raya dengan memiliki banyak aset. Tetapi dalam masa yang sama beliau juga banyak hutang. Sebelum beliau mati , ayah tersebut mewasiatkan pada anak-anaknya , tolong jelaskan segala hutang beliau tetapi anak-anak beliau tidak boleh sama sekali menggunakan asetnya yang banyak itu. Tolong beritahu saya ayah seperti ini ayah jenis apa ?

Mana-mana pihak yang membaca Akta Pembangunan Petroleum 1974 sudah pasti akan tahu bahawa menjadi tanggungjawab Petronas untuk membayar bayaran tunai ( cash payment ) kepada mana-mana Negeri termasuk Negeri Kelantan jumlah wang yang dipersetujui antara Petronas dan negeri-negeri yang ada sumber petroleum.

Mengapakah Petronas dikehendaki membayar kepada negeri-negeri tersebut ? Jawapannya sepertimana di dalam seksyen 4 Akta tersebut.

Seksyen 4 menyatakan , sebagai ganti kepada pemberian hakmilik, hak, kuasa dan kebebasan yang diberikan oleh negeri-negeri kepada Petronas untuk mencari gali dan menyedut minyak dari mukabumi negeri-negeri tersebut , Petronas bersetuju untuk pertamanya membuat perjanjian dengan negeri-negeri tersebut dan keduanya untuk membayar jumlah wang tertentu dalam bentuk wang tunai kepada negeri-negeri tersebut .

Atas dasar itulah pada tahun 1976 semua negeri-negeri di Malaysia telah bersetuju menandatangani perjanjian royalti petroleum dengan pihak Petronas.

Sejak perjanjian royalti ditandatangani antara negeri -negeri dan Petronas pada tahun 1976, Petronas tidak pernah mengkhianiti perjanjian tersebut apabila ia secara konsisten dan menepati masa membayar royalti kepada negeri-negeri yang memilik sumber Petroleum seperti Negeri Trengganu, Sabah dan Sarawak .

Hanya setelah Kerajaan Trengganu dikuasai oleh PAS pada tahun 1998, barulah Petronas dengan berat hati dan setelah didesak oleh Kerajaan Pusat menghentikan bayaran royalti berbentuk tunai kepada Kerajaan PAS Trengganu. Di situlah bermulanya pengkhianatan yang dilakukan oleh BN atas sifat dengki dan politik sempit yang mereka amalkan.

Seksyen 4 Akta tersebut menunjukkan bahawa jika negeri-negeri tidak setuju untuk menyerah hakmilik , hak , kuasa dan kebebasan untuk sedut dan carigali minyak dari negeri-negeri di Malaysia ini termasuklah negeri Kelantan, maka Petronas tidak berhak sama sekali mendapat manfaat dari hasil petroleum tersebut dari negeri-negeri tersebut.

Jelas negeri-negeri atas semangat Federalisme sanggup berkorban demi kepentingan negara untuk membiarkan asetnya diambil atau diurus oleh Petronas. Ini satu pengorbanan besar yang dilakukan oleh negeri-negeri di Malaysia demi menjunjung semangat Federalisme.

Malangnya semangat Federalisme hanya dijunjung oleh negeri-negeri sahaja dan tidak oleh Kerajaan Pusat.

Secara zahirnya saya rasa mana-mana negeri tidak ada masalah dengan pihak Petronas mengambil alih pengurusan petroleum menggantikan negeri-negeri. Meskipun PAS adalah parti pembangkang, kita juga rasa bangga dengan pengurusan Petronas yang dikendalikan secara profesional dan cekap sehingga mengaut keuntungan yang tinggi sekaligus menguntungkan negara.

Malangnya orang-orang politik di dalam BN dengan tanpa rasa bersalah sanggup melakukan perkara-perkara yang memalukan Petronas seperti menyalahgunakan wang petronas untuk kepentingan politik mereka dan mengkhianati perjanjian yang ditandantangani dengan pihak negeri-negeri seperti Trengganu dan Kelantan.

Umno dan BN tidak mempunyai alasan sama sekali untuk menafikan hak rakyat Kelantan kepada royalti Petroleum. Memandangkan perjanjian royalti ditandatangani antara Kelantan dan Petronas, secara mudah wang royalti itu hanya boleh dibayar kepada Kerajaan Kelantan sahaja dan mestilah, berdasarkan seksyen 4 Akta tersebut dibayar secara tunai.

Ini perkara yang amat asas dalam mana-mana undang-undang kontrak - iaitu mana-mana pihak yang bukan pihak kepada perjanjian tidak berhak mendapat manfaat dari perjanjian itu.

Oleh itu tindakan Kerajaan Pusat menggunakan wang tunai yang menjadi milik Kerajaan Kelantan dengan berselindung atas nama wang ehsan adalah satu jenayah pecah amanah ( breach of trust ) dan juga boleh tergolong kepada kesalahan mencuri . Jika wang ehsan itu benar-benar diambil dari wang royalti yang sepatutnya menjadi hakmilik Kelantan ia adalah satu kesalahan. Jika sebaliknya wang ehsan itu bukan dari royalti yang menjadi hak milik Kelantan, ia sekaligus mengesahkan bahawa Kelantan harus diberikan wang royalti tersebut kerana wang ehsan itu bukan datang dari wang royalti.

Persoalammya dari mana wang ehsan itu Kerajaan ambil ? Jika ia ambil bukan dari wang royalti , ia bertanggungjawab untuk memberitahu rakyat dari mana wang itu diambil ? Pihak Audit dan SPRM harus menyiasat perkara tersebut .

Malang sungguh bagi negara ini dalam perkara yang sepatutnya tidak perlu kepada pertikaian -iaitu hak Kelantan kepada royalti pertroleum- ianya masih menjadi bahan pertikaian . Mengapa ? Jawabnya kerana inilah Umno dari dulu, kini dan selamanya- hanya tahu menipu dan menzalimi rakyat. Itulah kepakaran Umno yang sukar untuk mana-mana pihak ingin tandingi !!!

Apa Pandangan Anda?

Di bawah adalah satu petikan dari blog MSO yang berkaitan dengan n3 saya sebelum ini. Catatan yang dihantar oleh seorang individu yang menggelarkan diri Arif kepada MSO memperbetulkan laporan MSO terhadap isu ini.

Salam MSO, Saya adalah penjengok setia blog MSO,tapi bab Ust Mat ni terasa MSO telah mendapat maklumat yang salah.Tolong betulkan cerita ini kerana Allah Maha Mengetahui.Saya wakil peniaga yang hadir pada 6/12/09 dan alami sendiri peristiwa "bodoh" tersebut.


Berikut kronologi untuk makluman MSO:

1 ) 11 orang wakil peniaga Pasar Lama MPKB dan Arked UDA hadir ke pejabat TMB pd 6/12/09 pukul 10.00 pagi setelah dimaklumkan oleh pegawai TMB bahawa TMB sedia berjumpa kami setelah kami menghantar surat untuk bertemu bertarikh 25/11/09.

2 ) TMB mulakan mesyuarat dengan Alfatihah.Ucapan alu2an oleh wakil peniaga disanggah oleh TMB kerana pertemuan tersebut diminta oleh pihak kami,bukan TMB yang panggil untuk bertemu.Memang betul persatuan kami yang meminta untuk berjumpa.

3 ) majlis awalnya berjalan dengan mesra dan kami berpeluang cerita masalah kami ( Bazaar Tok Guru ),cuma bila TMB cerita pasal struktur bangunan di sarawak yang rakyatnya lebih suka berniaga ditingkat 1...kami katakan bahawa orang sarawak tak berpelajaran.Duduk atas pokok,TMB kata "BEROK" dok atas pokok.

4 ) Lepas tu TMB maklum untuk adakan mesyuarat penuh dihadiri Exco berkenaan,MPKB,SUK dan Setpol TGNA dan wakil setiap peniaga.Kami minta setiap persatuan hantar 2 orang tapi dibantah oleh TMB.Seorang dah cukup katanya.

5 ) Kami tak setuju dan cuba mendesak...lepas tu TMB kata kecek BODO,lalu bangun bawa fail dan terus masuk bilik.TMB bagi isyarat kat Setiausaha Sulit "setakat ni jah " Majlis berhenti setakat tu tanpa penutup,sebahagian wakil peniaga balik setelah TMB tiada.

Kami harap MSO betulkan balik apa yang ditulis...Kami bukan serbu TMB,kehadiran kami diterima setelah membuat temujanji.Kami mungkin sedikit kasar tetapi ini bukan kali pertama kami bermesyuarat,sudah beberapa siri kami bertemu Exco ( Takiyudin,Husam,Anuar Tan MPKB, PMBK).Takde masalah pun,tegang dalam mesyuarat biasa kerana kami bukan golongan lepasan universiti.Tolong jaga maruah kami,cukuplah TMB kata kami "BODO",harap MSO siasat betul sebelum tulis.Demi Allah dan Rasul apa yang saya katakan dialami sendiri,bukan dengar cakap.

Harap MSO jangan tulis berdasar sentimen,yang benar tetap benar tanpa mengira siapapun.Tolong betulkan artikel tuan kerana apa yang ditulis itu 300% palsu,bukankah perkara bathil itu menjauhkan kita dari jalan yang lurus.Sekian,semoga kita semua diberkati Allah kerana benar.

Komen MSO di sini

Sunday, December 13, 2009

Onar Ariffahmi?

Bagi pandangan saya, adalah amat malang bagi PAS dan TGNA sekiranya perkara di bawah ini adalah benar. PAS akan menunggu hari rebahnya...

Pada minggu yang lalu, Dato’ YB Timbalan Menteri Besar Kelantan, Haji Ahmad Yakob telah mempengerusikan satu mesyuarat dengan wakil-wakil peniaga dan penjaja berhubung penempatan baru buat mereka di Bazar Tok Guru.

Dato’ Ahmad Yakob telah diamanahkan oleh mesyuarat exco untuk bertemu dengan pihak berkenaan. Mesyuarat bermula dengan langkah kiri apabila Dato’ Ahmad menafikan ucapan terimakasih wakil peniaga Pasar Lama MPKB-BRI.

“Kami ucap terima kasih kerana Dato’ TMB sudi berjumpa kami….” Kata wakil peniaga itu.

“Bukan saya yang nak jumpa, kamu yang nak jumpa saya….” jawab Timbalan Menteri Besar Kelantan.

Bermula dari situ suasana mesyuarat beransur tegang sehingga setelah beberapa ketika sahaja, Dato’ Ahmad Yakob yang terkenal dengan sikap ramah dan berbudi pekerti tinggi itu bangun dan berkata “bodoh!” ke arah wakil peniaga lalu menoleh ke arah pegawainya dan berkata, “cukup sampai sini saja mesyuarat…” lalu melangkah keluar hanya kembali semula ke dalam mesyuarat setelah sebahagian dari ahli mesyuarat meningalkan majlis itu.

Ini adalah versi yang diceritakan oleh para peniaga. Saya tidak tahu versi rasmi dari Pejabat Timbalan Menteri Besar. Namun begitu, ia tidak akan sedikitpun menghilangkan rasa hormat dan sayang saya kepada Dato’ Ahmad Yakob, bahkan saya boleh faham apa sebenarnya yang terjadi.

Saya boleh faham mengapa Dato’ Ahmad Yakob, jika benar, telah bertindak sedemikian.

Mari kita kembali merujuk kepada fakta dan sejarah.

Baca seterusnya di sini

Berita Terkartun Hari Ini

Terbaik dalam apa, fikir dan nilailah...... hah, persepsi lagi!

Utusan menang anugerah laporan terbaik

KUALA LUMPUR 12 Dis. - Wartawan Utusan Malaysia mendominasi anugerah bagi kategori laporan terbaik pada Malam Penghargaan Media Massa UMNO 2009 yang diadakan di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini malam ini.

Bagi kategori laporan itu, Pengarang Berita, Rozaman Ismail diumumkan sebagai pemenang tempat pertama, manakala wartawan Meja Rencana, Mohd. Khuzairi Ismail untuk tempat ketiga.

Jurufoto Utusan Malaysia, Izham Jaafar juga turut memenangi tempat kedua bagi kategori foto.

Kesemua pemenang pertama menerima wang tunai RM3,000; kedua RM2,000 dan ketiga RM1,000 dan sijil penghargaan bagi setiap kategori.

Dalam pada itu, tempat kedua bagi kategori laporan dimenangi Ketua Pengarang Berita Berita Harian, Ahmad Zaini Kamaruzzaman.

Bagi kategori video, tempat pertama dimenangi Buletin Utama TV3; Berita Nasional RTM (kedua) dan Awani 7:45 Astro Awani (ketiga).

Tempat pertama bagi kategori foto dimenangi Norafifi Ehsan (The Star) dan ketiga, Osman Adnan (New Straits Times).

Dalam pada itu, penulis kolum politik The Star, Joceline Tan dipilih sebagai pemenang Anugerah Khas UMNO 2009 berikutan banyak menulis laporan politik tanah air.

Beliau menerima hadiah wang tunai RM5,000, komputer riba dan sijil penghargaan.

Hadiah disampaikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib Tun Razak; Timbalan Presiden, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan Naib-naib Presiden parti.

Turut hadir Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dan Setiausaha Kerja, Datuk Abdul Rauf Yusoh.

Hadir sama ialah Pengerusi Eksekutif Kumpulan Utusan, Tan Sri Mohamed Hashim Ahmad Makaruddin dan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan, Datuk Aziz Ishak.

Majlis itu adalah bagi meraikan petugas media yang membuat liputan Perhimpunan Agung Khas UMNO 2009 dari 13 hingga 16 Oktober lalu dan memilih siaran berita terbaik sepanjang persidangan itu.

Majlis turut dimeriahkan dengan persembahan sketsa pendek, nyanyian berkumpulan, tarian dan muzik oleh anggota media massa dan artis terkenal tanah air.

Thursday, December 10, 2009

Betul Atau Fitnah?

Dari gambar di bawah selepas cheers itu, adakah sesiapa nampak/saksi atau gambar yang memaparkan DS Najib meminumnya? Adakah sah minuman itu adalah Arak? Apa kata kalau minuman itu bukan Arak tetapi minuman yang warnanya menyerupai Arak? Kalau bukan Arak apakah hukumnya yang jatuh kepada siPenuduh?

Sebagaimana tuduhan Zina, bukankah Saksinya hendaklah betul-betul nampak Zakar memasuki Faraj dengan jelas. Dan apakah criteria Saksi pula?


Saya bukan membela DS Najib tetapi bagi saya sebarang tuduhan mestilah adil. Saya hanya cuba mengingatkan bila kita menulis perkara-perkara yang melibatkan Hukum. Kita sama-sama mencari kebenaran dan keredhaanNya di dalam apa saja yang kita tulis dan sebarkan. Bukankah salah atau betulnya kita akan dipertanggung jawabkan dari segi Hukum?

Saya harapkan jangan pula ada yang menghentam saya kerana membela DS Najib. Saya hanya memberi peringatan sesama kita.

Apakah Benar Begitu?

Saya tertarik dengan article ini, dari AKU INGIN BEBAS.

Semasa orang Melayu tak sokong Umno, guna ketuanan Melayu dan semasa bukan Melayu pula tak sokong Umno, guna 1 Malaysia.


Bolehkah kita kata begini? Ketuanan Melayu dan 1 Malaysia adalah ketuanan Umno dan 1 Umno. Umno bukan membela Melayu dan bukan Melayu tetapi membela orang Umno. Itu pun sebahagian orang Umno sahaja.

Sampai sekarang Umno bermusuh dengan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, royalti minyak Kelantan tidak diberikan kepada kerajaan dan rakyat Kelantan. Kerajaan Kelantan adalah kerajaan orang Melayu dan rakyat Kelantan, 95 peratus adalah orang Melayu.

Umno juga bermusuh dengan orang bukan Melayu yang tidak menyokong Umno. Buktinya, Umno memusuhi DAP tetapi tidak memusuhi MCA. Umno tidak menyerang Pulau Pinang semasa diperintah Gerakan tetapi menyerangnya semasa diperintah DAP. Gerakan adalah Melayu?

Rencana sepenuhnya di sini

Adat Manusia

Kalau........

Kanak-kanak banyak bercakap dikatakan PETAH - Menjadi kesanyangan

Orang dewasa muda dan terpelajar
banyak cakap dikatakan IDEALIS - Menjadi pujaan

Orang dewasa biasa banyak cakap dikatakan CEREWET - Menjadi buah mulut

Orang tua
banyak cakap dikatakan NYANYOK - Menjadikan anak cucu rimas. Tak dilayan dikatan derhaka, dilayan makin menjadi-jadi.....

Jadi kepada yang tua, berpada-padalah bila bercakap atau memberikan nasihat


Tuesday, December 8, 2009

Demo

Apa kata Dr. Aziz Bari tentang demonstrasi di jalanan yang berlaku akhir-akhir ini. Saya petik dari Dunia Berwarna Luna Version 2 sepertimana di bawah.

Baca bahagian awalnya di sini

Para penyokong Barisan yang turut ke jalanan itu sepatutnya ingat hakikat itu. Mereka perlu buktikan bahawa Lim Guan Eng dan Nik Aziz sudah kehilangan sokongan. Tetapi ia perlu dilakukan di dalam dewan. Bukan di luar. Ketua Polis Kelantan dan Pulau Pinang pun kena tahu hakikat ini. Undang-undang ini terpakai kepada kedua-dua pihak, Barisan dan Pakatan.

Monday, December 7, 2009

Dialog Dua Manusia

Nama-nama orang dan tempat di dalam dialog dalam cerita di bawah adalah tidak ada kena mengena dengan manusia yang hidup atau pun yang telah mati. Ceritanya pula ada kemungkin bersangkut paut dengan suasana dan keadaan. Maka masing-masing pembaca bebas membuat persepsi sendiri.

Pada suatu pagi Man seorang Pegawai Kerajaan bertemu dan minum kopi
di sebuah warung bersama kawannya yang telah lama dikenali bernama Nayan . Sambil minum mereka bersembang tentang hal masing-masing.

Nayan membuka cerita : "Seronoklah kau gaji bulan ini dicampurkan baki bonus sekali!"

Man : "Eh.. bukan bonuslah, itu sedekah atau wang ehsan"

Nayan : "Kenapa kau kata sedekah atau wang ehsan. Bukankah itu bonus"

Man : "Kalau bonus jumlahnya tidak akan sama bagi setiap Pegawai Kerajaan sebab akan mengikut peratus atau Gred Jawatan". "Ini hanyalah Wang Ehsan yang tidak tertakluk jumlahnya, hanya bergantung kepada berapa Kerajaan nak beri dan dalam jumlahnya yang sama tidak kira Gred yang disandang"

Nayan : "Eh.. kau ni tidak pernah bersetuju dengan dasar dan tindak tanduk kerajaan sedangkan kau pegawai kerajaan tapi dapat bonus dan wang ehsan kau kebas!"

Man : "Aku kerja dengan Kerajaan Negara yang bernama Cacamarba untuk Rakyat Negara Cacamarba yang dilantik oleh JPA. Bukan kerja dengan parti yang memerintah Negara Cacamarba. Walau pun parti mana yang memerintah Kerajaan dan JPA Cacamarba tetap wujud dan aku tetap Kakitangan Kerajaan. Bonus atau apa saja yang diberikan kerajaan adalah kerana perkhidmatan aku untuk rakyat dan negara dengan jujur dan cemerlang. Lagi pun duit yang diberikan itu bukan duit parti yang membentuk kerajaan tetapi semua itu duit rakyat yang diamanahkan kepada kerajaan yang memerintah untuk uruskan negara"

Nayan : "Ooh.. sebab itu aku tengok engkau kerja dengan tekun"

Man : "Ya, betul. Sebab setiap sen duit gaji atau bonus adalah dari rakyat. Sebab itu aku tak berani nak tipu. Kalau aku tipu, aku nak minta maaf dan minta halal dengan siapa?"

Man : "Kau pun aku fikir agak pelik, Haji Kumit nak bagi engkau Wang Ihsan/Sedekah, kenapa kau tolak?"

Nayan : "Sebab aku tidak bodoh dan aku belum lagi gila".

Man : "Kenapa pula?"

Nayan : "Dulu semasa Haji Kumit nak bercucuk tanam tetapi tanahnya tidak cukup luas, dia minta izin aku nak bercucuk tanam di atas tanah aku yang bersempadan dengan Rezab Kubur tu dengan janji hasilnya akan diberikan aku 5 peratus, macam sewalah lebih kurang sebab semuanya Haji Kumit yang keluarkan, modal dan sebagainya"

Man : "Habis, bagaimana pula"

Nayan : "Tanah tu dah lama keluarkan hasil tetapi aku tak tanya pun janjinya dulu. Jadi bila dah bertahun-tahun berlalu dipunggahnya hasil dari tanah aku, aku pun bertanyalah bahagian aku"

Man : "Jadi kau dapatlah 5 peratus tu!"

Nayan : "Tak. Aku tak nak terima sebab Haji Kumit kata dia akan berikan sagu hati saja sama dengan Sedekah atau Wang Ehsan dan Wang ini akan diuruskan oleh anak Haji Kumit bagi pihak keluarga aku. Adakah patut?". "Dulu Haji Kumit janji 5 peratus itu adalah peratus hasil dari tanah aku dan akan diserahkan terus kepada ku"

Man : "Jadi macam mana sekarang?"

Nayan : "Sekarang bila dah dapat hasil, Haji Kumit jadi tamak tak nak bagi 5 perarus tu kat aku. Katanya tanah tu adalah Tanah Rezab kubur, dia guna tanah aku untuk laluan ke situ saja. Jadi aku tak berhak menerimanya"

Man : "Apa ihktiar kau?"

Nayan : "Terpaksalah aku mengupah Juru Ukur untuk menentukan Batu Sempadan dan sudah sah tempat Haji Kumit bercucuk tanam itu adalah tanah aku"

Man : " Jadi sampai sekarang Haji Kumit tak bayar duit tu kat kau?"

Nayan : "Tak, aku tak akan terima Duit Ehsan sebab bila sebut ehsan tu semacam sedekah atau sagu hati, maka ikut suka dialah nak bagi berapa. Tidak tertakluk kepada perjanjian dan peratusnya". "Apa dia ingat bangsat sangatkah aku, papa kedanakah aku ni diperlakukan ikut suka dia ajer"

Man : "Habis, apa ikhtiar kau?"

Nayan : "Sebagai manusia yang waras, aku akan berunding dan sebagai Hamba Allah aku akan pengadu kepadaNya"

Man : "Habis Haji Kumit kata apa?"

Nayan : "Haji Kumit dan Lebai Kaki Bodeknya kata pegangan aku tak betul sebab mohon pertolongan Tuhan!"

Saturday, December 5, 2009

Bangsat Sangatkah Rakyat Kelantan?

Royalti dan Wang Ehsan adalah dua perkara yang berbeza. Bangsat sangatkah Rakyat Kelantan sehingga ditawarkan Duit Kesihan Belas oleh Kerajaan Malaysia? Negeri Kelantan seolah-olah bukan salah satu negeri dari Wilayah Malaysia.

Untuk makluman YAB Dato' Seri Mohd. Najib N The Geng, Rakyat Kelantan bukan Tok Pakir (Peminta sedekah). Rakyat Kelantan hanya meminta hak mereka diberikan/dikembalikan. Itu saja. Bukannya minta nak kawin dengan Rosmah pun!.

Kelicikan mereka bersekongkol dengan konco-konconya untuk dipoketkan duit minyak Terengganu adalah sebagaimana paparan di bawah yang saya copy dari blog Tok Pepijat


Sembilan tahun
dahulu (29 Jun 2000), sewaktu kekecohan ura-ura perampasan hak royalti minyak rakyat Terengganu, PETRONAS melalui mulut Presidennya yang juga Ketua CEO Petronas ketika itu Tan Sri Hasan Merican mengeluarkan kenyataan bahawa pembayaran royalti itu adalah berdasarkan perjanjian rasmi antara PETRONAS dan Kerajaan Negeri Terengganu, hasil penyerahan hak cari gali sumber minyak dan gas kepada PETRONAS di bawah Akta Kemajuan Petroleum 1974. Perjanjian rasmi itu ditandatangani oleh Tengku Razalegh Hamzah selaku Presiden Petronas ketika itu dengan Kerajaan Terengganu.

Ketika itu mantan MBnya Wan Mokhtar "menyalak" menafikan ianya perjanjian rasmi tetapi sekadar "dokumen persefahaman" sahaja.

Akhirnyanya "Bapa Lanun Moden" Dr Mahathir dengan bangganya merampas, merompak dan melanun hak rakyat Terengganu hasil hasutan jahat "lanun-lanun UMNO" Terengganu.

Maka selama 9 tahun (mulai Nov 2000-2008) UMNO dengan perangai semulajadinya rakusnya menggomol dan membahagikan "hasil rompakan" sesama mereka. Mereka namakan "Wang Ehsan".

Tanyalah Ahmad Said, mana rekod pembelanjaan "rompakan royalti". Semuanya dah kenyang termasuk Mat said.

Apa hubungan dengan kisah di atas dengan Kelantan?


Begini, "dasar lanun" UMNO ini adalah dulu, kini dan selamanya!

Anda lihat bagaimana PMNajib bermain kata-kata ( memperbodohkan) Rakyat Kelantan. Mula-mula kata tidak layak kerana di luar kawasan, kemudian wang ehsan akhirnya kata boleh dirundingkan.

Sebenarnya PM Najib ingin MB Kelantan TG Nik Aziz mengeluarkan kata-kata yang lebih "panas" supaya rakyat nampak seolah-olah TG Nik Aziz ini " jahat mulut". Ini akan digunakan oleh UMNO dan medianya untuk memanaskan isu buat beberapa waktu.

Memangpun layak PM Najib dan kuncu-kuncunya didoakan "jahanam dan laknat". Peduli apa. Sudah didoktrinkan pada UMNO untuk "melanun" harta rakyat walaupun sesama ugama dan bangsa. Inilah perjuangan Ketuanan Melayu.....ops...maaf bukan, bukan dan bukan! Inilah dasar memperjuangan "Ketuanan Lanun" dulu, kini dan selamanya. Dasar lanun ianya tidak mengenal ugama, bangsa dan kemanusiawi untuk melanun. Yang penting isi perut!

Jika lanun Somalia, ia melanun kapal dagang milik negara asing( bukan sebangsa), "lanun" UMNO pula melanun sesama bangsa Melayu dan Islam. Inilah yang uniknya!

Cumanya, "lanun" UMNO ini takut dengan doa laknat dan jahanam. Macam juga Abu Jahal dan Abu Lahab yang takut kepada doa Rasulullah.

Kepada TG Nik Aziz, teruskan doa. Jangan bawa isu ini ke Mahkamah. Tengoklah sampai kini kes Terengganu tiada kesudahan. Memangpun kerana Mahkamah di Malaysia sudah di penuhi oleh Hakim-Hakim yang suka makan gula-gula "Hacks" !

Waspadalah Di Jalan Raya

Kemalangan maut dua gadis bermotosikal




Mountdweller kurang sihat, tak larat nak menulis. Saya uploadkan gambar-gambar buat pengajaran dan pedoman pengguna Jalan Raya. Bahaya dan maut menanti di mana-mana.

Thursday, December 3, 2009

Melayu Dari Pandangan Penjajah

Copy dari Kelambu.

Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap. Rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal dan matanya cerdas dan cerdik.


Biasanya dia bersifat baik hati, gerak gerinya sopan dan senang berbicara.

Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang tidak dikenali dia agak pendiam dan agak curiga walaupun tidak ditunjukkan.

Dia seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas, tetapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang dan lambat pula membayar balik.

Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka.

Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan sebab itu kadang-kadang dia juga bercerita tentang hal orang.

Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi juga percaya kepada tahyul.

Dia tidak pernah minum sebarang minuman memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan lain seperti itu.

Dia semula jadi suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap sekali dengan perahu.

Tetapi yang penting sekali dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resam, takut kepada raja dan menghormati pihak berkuasa.

Tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksa ke atasnya.

Residen Inggeris Negeri Melayu Bersekutu,
Sir Frank Swettenham - 1850-1946

Tanduk Syaitan?

Hari ini saya kurang sihat. Nak berfikir pun rasanya malas dan sedang melangut depan komputer membelek-belek email, terjumpa email di bawah yang dihantar oleh seorang sahabat. Tapi persoalanya, adakah ianya benar? Kita nilailah....

Article tentang fakta bahawa planet Marikh (yang terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan September lepas. Ini menunjukkan bahaw planet yang berhampiran dengan planet Marikh juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadilah kejadian MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT ……. Pada masa itulah juga pintu taubat akan ditutup.

Kata para Astronomi PLANET BUMI HANYA TUNGGU MASA sahaja. Penyebaran maklumat ini telah dihentikan oleh NASA kerana menguntungkan Umat Islam.




Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.....
" siapa yang
bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara
2 tanduk iblis ".


Wallahu Aklam


Wednesday, December 2, 2009

Kufur Nikmatkah Kita?

Adakah kita tergolong di kalangan makhluk yang kufur nikmat?
Kita selalu merungut bila makanan yang disediakan tidak memenuhi citarasa kita. Kita jarang berterima kasih kepada isteri yang menyediakan makanan untuk memenuhi tembolok kita.

Sepatutnya kita mensyukuri nikmat hidup yang dimiliki saat ini..


Fotografernya
: Kevin Charter bunuh diri akibat depresi 3 bulan setelah mengambil foto - foto dibawah ini.




Satu lagi "bukti" yang memperkuat alasan, Kenapa kita sepatutnya mensyukuri makanan dan minuman yang masih dengan mudah kita dapatkan...

Sementara itu , ironisnya, bukankah dengan mudahnya kita masih saja sering menyia-nyiakan (membuang) makanan/minuman yang kita anggap lebih?

feel very GRATEFUL for what I have today...

"I felt very fortunate to live in this part of the world. I promise I will never waste my food no matter how bad it can taste and how full I may be. I promise not to waste water. I pray that this little boy be alleviated from his suffering

.

I pray that we will be more sensitive towards the suffering in the world around us and not be blinded by our own selfish nature and interests. I hope this picture will always serve as a reminder to us about how fortunate we are and that we must never ever take things for granted.


Think & look at this...when you complain about your food and the food we waste daily..." MAY ALL BEINGS BE FREE FROM SUFFERING!!!!

Please don't break this and keep on forwarding it to all our friends. On this good day, let's make a prayer for the suffering in any place around the globe and send this friendly reminder to others.


People have said time and again that it's better to have loved and lost than never to have loved at all. But what they will probably never understand is how I'll always be a winner for having loved you

Akui, Ini Adalah Benar

Saya sebagai Rakyat Kelantan dan tinggal di Kota Bharu. Saya melihat, saya mendengar dan saya berfikir. Maka saya mengakui dan yakin apa yang diperkatakan di bawah adalah benar.

Di bawah adalah n3 dari Kelab Greenboc yang saya copy n paste, izinkan saya.

M
utakhhir ini kelihatan seolah-olah kerajaan Kelantan dibawah pimpinan YAB Datuk Menteri Besar Tok Guru semakin dihimpit masalah. Seluruh peluru media kerajaan pusat khususnya umno dan kuncu mereka semakin galak membawa isu-isu yang boleh menampakkan keburukan pimpinan PAS khususnya dan kerajaan negeri amnya.

Sayugia diingatkan bahawa Tok Guru diserang habis-habisan oleh juak umno adalah kerana Tok Guru telah menolak pelawaan Presiden umno bagi menubuhkan kerajaan perpaduan di Malaysia.

Program untuk menjatuhkan Tok Guru tak pernah berhenti dijalankan oleh juak umno dimana anak Tok Guru pernah ditangkap dan ditahan selama lebih 5 tahun dibawah ISA.

Kes pelajar dipukul oleh guru sekolah agama berdekatan rumah Tok Guru dibesar-besarkan oleh media cetak arus perdana, kes Air Kelantan diserbu oleh SPRM, isu menggondolkan bukit di Gua Musang dan beribu-ribu isu lain telah dimainkan secara sistematik dengan satu tujuan, satu hala, satu keperluan iaitu menjatuhkan maruah Tok Guru, mengaibkan kerjaan Kelantan kerana tak pandai memerintah negeri. Juak juak umno hampir berjaya menipu rakyat Kelantan kerana mereka berkerja siang dan malam demi mencipta kejayaan.

Umno dan juak mereka akan terus berusaha untuk mengambilalih pemerintahan Kelantan dari PAS kerana hasil minyak yang berlipat ganda. Umno amat bijak menipu dan mengkelabukan mata rakyat yang gilakan mata benda dengan membelakangi hukum Allah.

Mereka menjahilkan diri sendiri dan menyesatkan orang lain demi kepentingan politik peribadi. Juak umno dulu, kini dan selamanya sanggup menipu semua orang di Malaysia, sanggup menutup segala pintu rasuah dari diketahui umum, mereka juga sanggup bersekongkol dalam melakukan khianat terhadap bangsa Melayu atas nama Parti Melayu Bersatu. Sesungguhnya merekalah yang menanam semangat politik sempit demi untuk meneruskan kuasa yang ada.

Kelantan terus membangun walaupun geran tahun dibayar lewat, hutang tetap dibayar kepada kerajaan pusat, kakitangan awam tetap merasai bonus bila diistiharkan, pinjaman kakitangan tiada faedah dikenakan, semua rakyat layak mendapat perlindungan insuran, pengajian agama dimertabatkan kerana ada kuliah mingguan.

Pendek kata hak rakyat didahulukan, Islam diutamakan oleh pimpinan PAS Kelantan yang diterajui oleh Tok Guru. Bekas exco MCA juga didapati sentiasa memberi derma kepada Tabung Serambi Mekah dan semua bangsa dapat hidup aman tenteram dan tak pernah berlaku kekacauan sebagaimana yang diancam oleh juak umno Kelantan.


Percayalah bahawa Umno akan terus berusaha untuk merampas kuasa dinegeri yang diperintah pembangkang kerana mereka bijak tak boleh diajar, bodoh tak mahu belajar dari sejarah silam.

Kepentingan peribadi dan kroni sudah sedaging dalam diri masing-masing sehingga menyebabkan Islam diketepikan, keadilan dipinggirkan, Malaysia yang kaya raya hampir muflis dan papa kedana kerana rasuah yang berleluasa. Rakyat perlu faham semua kejadian ini. -Rakyat Kelantan

Tuesday, December 1, 2009

Beralih Arah Jap.......

Dream job ... Mare Simone is proud to be a sexual healer

THIS woman has had sex with more than a thousand men - and most of them are the husbands or boyfriends of other women.

Mare Simone, 54, calls herself a "sex surrogate" and has devoted her working life to helping men, women and couples overcome problems in the bedroom.

Nak baca lagi sila ke sini

1Malaysia In Practical

Baik untuk renungan dan pengajaran. Ciluk dari n3 di blog ISA

n3 ini pun boleh juga dijadikan kayu ukur 1 Malaysia dan kebenaran tuduhan Tun Mahathir terhadap UMNO seperti mana di n3 di bawah.

Assalamualaikum Sdr Bloger.

Sekiranya menepati kehendak tuan, saya memohon pertimbangan dan kerjasama agar tulisan dibawah ini dapat disiarkan, manalah tau kalau2lah mendapat perhatian dari pihak berwajib untuk membuat dan mencari jalan penyelesaian yang sewajarnya. Kalau tidak pun, sekadar buat renungan kita bersama.

Sekian, terima kasih, dari PureGopeng.

Assalamualaikum,

Saya dari Kampong Sungai Itek, kira2 3km dari pekan Gopeng, Mukim Teja, sebenarnya tidaklah jauh sangat dari Bandaraya Ipoh, Ibu Negeri Perak DR, kira 20km sahaja. Bukan jauh dari Pusat Bandaraya untuk saya ini berasa kekampongan, malah saya tahu perihal global hari ini namun lebih perihatin dalam soal2 lokal ditempat sendiri.

Lebih kurang 5/6 tahun dahulu, JKKK mengutarakan sebidang tanah kerajaan dipinggir kampong untuk dimajukan sebagai Kampong Tersusun. Pesertanya dikhususkan kepada penduduk tempatan dari 3 kampong sekitar iaitu Kg Sungai Itek, Kg Jelintuh dan Kg Pintu Padang yang masih tidak mempunyai tapak rumah.

Sememangnya ramai yang sudah berkeluarga dan beranak pinak tetapi masih tinggal serumah dengan orang tuanya atau pun paling tidak bina disebelahnya. Ada diantaranya menjadi penyewa dikampong tumpah darah sendiri sudah berbelas tahun lamanya!

Barangkali untuk jadi bahan kempen PRU12, cadangan itu telah diluluskan (segera?), maka berita ini telah menjadi perhatian semua. Dengan berkeyakinan UMNO-BN akan menang, maka orang2 kuat parti telah menamakan pesertanya dari orang mereka yang layak terlebih dahulu.

Mereka2 yang dicap sebagai pembangkang diketepikan begitu sahaja, nasiblah jumlah sebenar penyokong pembangkang tidak seramai mana pun! Bagi orang2 UMNO biarlah mereka2 itu makan hati menjeruk perasaan. Saya risik2, nama saya tidak ada dalam senarai tetapi nama isteri ada, tidak tahulah mengapa namun bagi saya itu sudah cukup memadai sangat2!

Tsunami politik melanda, UMNO-BN kecundang di Perak DR! Saya tetap bersyukur, kerana kerajaan PR akan meneruskan juga cadangan Kg Tersusun. Orang2 UMNO berasa gelisah menjangkakan pastilah peserta kali ini dari penyokong PR sahaja. Namun dibawah Ketua Kampong PR, senarai kali ini lebih telus dan tidak terikat kepada kepartian.

Senarai nama yang dicadangkan jelas tidak pilih kasih, hanya yang benar2 layak untuk mendapatkan tapak rumah diberikan keutamaan tanpa mengira keahlian parti.! Kali ini nama saya pula yang tersenarai! Ketua UMNO Cawangan pun turut tersenarai kerana keadaannya benar2 memerlukan! Salut saya dengan PR!!!

PR tidak lama sebagai teraju, dalam pelik bin ajaib UMNO-BN kembali membentuk kerajaan negeri Perak DR. Tahniah dan saya bersyukur lagi kerana cadangan Kg Tersusun tetap diteruskan. Pejabat Daerah dan Tanah Kampar mengeluarkan surat panggilan temuduga tetapi entah dari mana kuasa ghaib memberi arahan, temuduga dibatalkan dan senarai peserta juga dimansuhkan dengan cara pengumuman dibuat sebelum Sholat Jumaat dimasjid!?

Kepada sesiapa yang berminat dikehendaki mengisi borang dan akan disenarai pendek untuk dipanggil temuduga! Rancangan Kg Tersusun yang dicadangkan oleh JKKK Kampong ditukar konsep kepada terbuka dan pada closing date pemohon yang mengisi borang menjangkau kepada 2000 orang, sedangkan tanah yang diluluskan hanya sebanyak 127 lot sahaja!

Bagi saya ini adalah angkara durjana! Cadangan asal adalah dari JKKK, khusus untuk penduduk setempat yang benar2 memerlukan, akibat PRU berlaku sorong tarik, pilih kasih dan cantas nama2, kini jadi lebih celaru, haru biru; barangkali ada yang ingin menunjuk kuasa tetapi beralasan keadilan untuk semua; tunjuk pandai kononnya atas demokrasi dan toleransi.

Sebenarnya senarai asal adalah yang benar2 memerlukan, paling mudah dengan membuat soal siasat dan kaji selidik sebagai pengesahan. Tanpa kroni mau pun nepotism yang benar2 sahih layak pasti akan memiliki tapak rumah.

Kini pasti akan berlaku kepentingan kroni dan rasuah, maka yang benar2 berkelayakan akan menjadi mangsa diketepikan begitu sahaja. Ini bukan sekadar jangkaan atau tuduhan melulu kerana kononnya setelah dibuat saringan oleh pihak pejabat seramai 700 orang telah dipanggil untuk temuduga! Selama 3 hari temuduga dijalankan, kelihatan diantara yang datang dengan kereta Merc, BMW dan Volvo.

Muka2 yang jarang ditemui dipekan Gopeng, malah ada yang tidak pernah balik kampong walau pun dihari raya, ada yang sudah bertahun2 duduk di KL, JB dan Penang turut dipanggil temuduga. Termasuk mereka2 yang kita tahu sudah ada rumah banglow bagai istana raja, malahan yang sudah ada 2 atau 3 lot tanah. Yang dulu pernah dapat tapi sudah dijual pun turut menghadiri temuduga! Konsep 1Malaysia yang mana rakyat didahulukan sudah diterapkan.

Dua minggu sebelum Idul Adha sudah kencang khabar (bukan khabar angin!) tentang nama2 yang berjaya didalam temuduga. Bocor! Risik2 punya risik, nama saya tidak tersenarai. Saya tau kedudukan sendiri, punya 6 anak dan masih menyewa rumah sejak kahwin 20 tahun (tiga kali interview, tak dapat2!) lalu cuba tackle2 kalau ada lubang bagi menyelitkan nama dalam senarai.

Paling tidak saya tetap perlu mencuba kerana sangat2 mengharapkan dan akhirnya dapatlah saya sekadar janji untuk ditolong (sekiranya boleh) oleh seseorang. Kalau ada rezeki, dapatlah katanya.

Proses yang tampaknya amat mudah dibuat bagi mencari penyelesaian atau pun memungkinkan paling sedikit komplen dan rungutan rakyat jelata kepada pihak berkuasa sepatutnya menjadi amalan bagi memperolehi sokongan dan undi pilihanraya tetapi tidak mahu dipraktikan kerana sikap bodoh sombong dan juga bodoh bebal dikalangan mereka sendiri!

Keputusan temuduga dipamirkan sehari menjelang Idul Adha dan diberi tempuh 14 hari untuk bantahan. Maka apa yang menjadi bualan hangat lagi panas dimasjid pada Sholat Idul Adha, Sholat Jumaat dan ditempat2 penyembelihan qurban ialah senarai keputusan temuduga! Malah dimana2 ianya menjadi tajuk utama, hampir keseluruhanya mempertikaikan senarai nama dan menyalahkan beberapa pihak dengan maki hamun dan sumpah seranah, hingga ada yang mencadangkan bubarkan Cawangan UMNO!

Saya termasuk tersenarai dapat, janji seseorang yang hendak tolong itu boleh pakai nampaknya! Tetapi tetap tidak berpuas hati kerana ramai dari nama2 yang turut tersenarai adalah langsung tidak layak sama sekali! Bagi saya, orang yang berkuasa membuat pemilihan dan penilaian tersebut sebahagian dari mata hatinya adalah telah dibutakan oleh sesuatu atau pun sememang buta sama sekali!

Berikut beberapa data yang membuatkan ketidakpuasan hati sehingga dipertikaikan:-

1) 35 peserta termasuk 28 orang dari mereka adalah Bukan Bumiputera tersenarai tanpa mengisi borang yakni tidak perlu menghadiri temuduga atas alasan mereka adalah setinggan pinggir pekan Gopeng. Kaum India dan Punjabi tersebut apabila disemak sebenarnya adalah anak beranak dan adik beradik dari 5 buah keluarga sahaja!.

Menjadi persoalan, mengapa perlu masalah mereka diselesaikan dengan mengambil hak yang pada awalnya dikhususkan kepada penduduk 3 kampong yang terlibat dengan perancangan? Kalau kawasan mereka mahu dibangunkan dengan projek lain, seperti selalunya pihak pemaju tempat tersebut yang akan membuat penyelesaian penempatan semula mereka2 itu.

Dimanakah relevannya mereka yang Bukan Bumiputera dibawa masuk ditengah2 kampong tradisional Melayu? Barangkali inilah salah satu dari konsep 1Malaysia yang diperkenalkan? Tidakkah akan berlaku nanti seperti di Shah Alam iaitu peristiwa kepala lembu dan kuil Hindu? Manakala 8 orang Bumiputera tersebut bukanlah yang berasal dari 3 buah kampong terbabit, malah ada yang disewakan pula!

2) 40 peserta lagi tersenarai, juga tanpa perlu menghadiri temuduga (tidak mengisi borang!) disebut sebagai kuota ialah 10 UMNO Bahagian Gopeng, 10 Ketua Kg Sungai Itek, 10 Ketua Kg Jelintuh dan 10 Ketua Kg Pintu Padang! Siapa punya ide paling durjana hingga perkara sedemikian dipraktikan?.

Perkara ini sangat2 menjadi pertikaian hebat kerana kuota UMNO Bahagian termasuklah nama Ketua Bahagian sendiri yang bergelar Datuk, merupakan seorang ahli perniagaan dan tinggal disebuah kawasan elit bernama Pinji Perdana! Difahamkan satu projek perumahannya seluas 21 ekar akan bemula sedikit masa lagi! Sembilan yang lain adalah AJK Bahagian dan rakan rapat beliau termasuk seorang isteri jutawan!!!!

(Difahamkan baru2 ini suaminya membeli tanah kebun seluas 4 ekar berharga 130K tunai!) Salah seorang dari mereka penah mendapat compartment balak! Dikalangan mereka sebenarnya bukanlah penduduk 3 buah kampong terbabit maupun tinggal disekitar pekan Gopeng malahan telah pun memiliki rumah banglow ditanah lot sendiri diluar Mukim Teja! Kuota Ketua Kampong pula telah memasukkan nama adik beradiknya sehingga 5 orang termasuklah nama isterinya! dan nama yang lain bukan pula penduduk setempat yang dibawah jagaanya.

3) Senarai 52 orang terpilih melalui temuduga juga menimbulkan ketidakpuasan hati. Bayangkan ada yang empat lima adik beradik yang ditemuduga, seorang pun tidak tersenarai tetapi yang dua beradik tersenarai pula kedua2nya. Adik beradik dan ipar duai kepada kuota Ketua Kampong juga tersenarai sehingga menjadi sebuah kampong keluarga.

Ini berlaku kerana kuasa mereka telah tundukkan panel pemilihan! Malah tersenarai juga nama kaki tangan Pejabat Tanah dan Daerah Kampar. Adalah turut tersenarai nama pasangan suami isteri!!!!

Terdapat mereka2 yang bukan dari penduduk 3 buah kampong terbabit turut tersenarai difahamkan adalah kroni bekas menteri Pembangunan Luar Bandar dan Wilayah, iaitu Dato Seri Abdul Azis b Shamsuddin bekas Ketua UMNO Bahagian! (Bekas orang besar berasal dari Gopeng yang masih berpengaruh) Senarai temuduga ini hanya terdapat 16 orang sahaja yang benar2 dari penduduk 3 buah kampong, menumpang ruamah orang tua dan yang tinggal dirumah sewa!

RUMUSAN
Mengapalah Tuan D/O dan pegawai2nya yang diberi kuasa dan tanggungjawab di Pejabat Daerah dan Tanah tidak mahu praktikan ketelusan didalam menjalankan tugas? Atau barangkali mendapat tekanan dari UMNO Bahagian dan Ketua Kampong (JKKKP?) Atau Tuan DO sengaja mahu memalukan UMNO dengan mempamirkan kouta2 tersebut dengan sejelas2nya untuk perhatian orang ramai?.

Atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak menduga sedemikian atau sememangnya Ketua UMNO dan Ketua Kampong tidak punya rasa malu kepada orang ramai, ada sahaja peluang sapu bersih sementara sedang memegang jawatan. Mengapa tidak terfikirkan akan perbuatan yang hanya akan mencemar nama dan imej diri dan UMNO khususnya?

Janganlah marah jika sokongan terhadap UMNO akan terhapus sama sekali diPRU13 nanti! Sistem autakuota dari dahulu lagi sebenarnya tidak sesuai didalam sebarang bentuk pemilihan (perhatikan system kuota dalam pemilihan UMNO!) Ia hanyalah berbentuk penipuan dan penindasan.

Bayangkan daripada 127 lot itu, sebanyak 75 (setinggan, UMNO dan 3 Ketua Kampong) sudah dalam kuota, tinggal 52 lot untuk ditentukan melalui temuduga seramai 700 orang! Daripada 52 yang terpilih itu, berapa ramaikah yang sebenar2nya dipilih atas kelayakannya? Berapa ramai pula yang terpilih atas dasar kroni, kenal orang besar dan yang bayar bawah meja (kalau ada)??? Carilah jawaban sendiri dari soalan matematik darjah 3 ini!

Walaupun bantahan boleh dibuat dalam tempuh 14 hari berikutnya dengan menggunakan borang sulit, tetapi mungkinkah ada yang berani meletakkan nama dan no kad pengenalan kerana pasti akan menimbulkan rasa permusuhan dikemudian hari. Jika pun akan terdapat nama2 yang terkeluar lantaran komplen pastilah ketenteraman tidak tercapai. Terserahlah kepada pihak berwajib, termasuk YAB Menteri Besar untuk mencari penyelesaian namun amat sukar untuk memuaskan hati semua orang!

Bagi saya, akan panas bontot tujuh keturunan jika lot2 tersebut diduduki oleh mereka2 yang sebenarnya tidak punya kelayakan untuk memilikinya. Namun saya masih berharap agar perkara ini dapat diselesaikan dengan seadil2nya, InsyaAllah.

Sekian, Wassalam.