Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Thursday, December 3, 2009

Melayu Dari Pandangan Penjajah

Copy dari Kelambu.

Orang Melayu berbadan pendek, gempal dan tegap. Rambutnya lurus dan hitam, warna kulitnya gelap, hidung dan bibirnya agak tebal dan matanya cerdas dan cerdik.


Biasanya dia bersifat baik hati, gerak gerinya sopan dan senang berbicara.

Orang Melayu tidak pernah menikus, tetapi dengan orang tidak dikenali dia agak pendiam dan agak curiga walaupun tidak ditunjukkan.

Dia seorang yang berani dan amanah dalam menjalankan tugas, tetapi dia juga bersikap suka berbelanja, suka meminjam wang dan lambat pula membayar balik.

Dia petah bercakap, berkata-kata dengan kiasan dan ibarat, suka menggunakan peribahasa dan kata-kata pujangga, suka berkelakar dan suka benar dengan jenaka.

Dia mengambil tahu hal ehwal jiran tetangga dan sebab itu kadang-kadang dia juga bercerita tentang hal orang.

Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi juga percaya kepada tahyul.

Dia tidak pernah minum sebarang minuman memabukkan, jarang-jarang sekali menghisap ganja. Tetapi gemar berjudi, menyabung ayam dan permainan lain seperti itu.

Dia semula jadi suka bersukan, pandai menangkap dan menjinakkan gajah, nelayan yang mahir dan sungguh cekap sekali dengan perahu.

Tetapi yang penting sekali dia seorang yang konservatif, bangga dan cintakan tanah air dan rakyatnya, memuliakan adat resam, takut kepada raja dan menghormati pihak berkuasa.

Tetapi dia mencurigai semua jenis pembaharuan dan akan menentang apa-apa pembaharuan yang dipaksa ke atasnya.

Residen Inggeris Negeri Melayu Bersekutu,
Sir Frank Swettenham - 1850-1946

4 comments:

  1. Salam Ayahanda,

    Lain semuanya OK.

    Cuma takut pada Raja, melayu yang bodoh.

    ReplyDelete
  2. Salam Pakdin,

    Itu pandangan Residen British yang menilai Melayu waktu itu. Melayu sekarang, rasanya berubah dari segi perilaku.

    Melayu sekarang dah banyak berubah.

    Kita dah boleh bersaing, tapi masih ketinggalan berbanding kaum lain.

    Dari segi moral, entahlah. Melayu menjuarai seks bebas, dadah dan terbaru, pondan berkawin ompteh.

    Alahai Melayu...

    ReplyDelete
  3. W'salam anakanda Isa

    Itu juga betul tapi bukan semua dan satu lagi ialah "Dia pengikut Muhammad dan percaya kepada takdir, tetapi juga percaya kepada tahyul".

    Mana satu Tuhan yang dipercayai? Nampaknya sehingga sekarang Melayu masih percayakan banyak Tuhan.

    ReplyDelete
  4. W'salam sdr. Brahim.

    Nampaknya kepincangan Melayu masih terbawa sehingga kini. Pulih satu masalah, masalah lain pula timbul. Tidak ada jati diri.

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa