Thursday, December 3, 2009

Tanduk Syaitan?

Hari ini saya kurang sihat. Nak berfikir pun rasanya malas dan sedang melangut depan komputer membelek-belek email, terjumpa email di bawah yang dihantar oleh seorang sahabat. Tapi persoalanya, adakah ianya benar? Kita nilailah....

Article tentang fakta bahawa planet Marikh (yang terdekat dengan bumi) telah mengalami pusingan terbalik pada bulan September lepas. Ini menunjukkan bahaw planet yang berhampiran dengan planet Marikh juga akan mengalami kejadian yang sama. Maka akan terjadilah kejadian MATAHARI AKAN TERBIT DARI ARAH BARAT YANG JUGA MERUPAKAN TANDA-TANDA BESAR KIAMAT ……. Pada masa itulah juga pintu taubat akan ditutup.

Kata para Astronomi PLANET BUMI HANYA TUNGGU MASA sahaja. Penyebaran maklumat ini telah dihentikan oleh NASA kerana menguntungkan Umat Islam.




Sabda rasulullah s.a.w yang bermaksud.....
" siapa yang
bersolat ketika matahari hendak terbenam .... maka
sebenarnya dia sedang bersolat di antara
2 tanduk iblis ".


Wallahu Aklam


6 comments:

Mak Su said...

sabda Rasul itu yang benar

mountdweller said...

Mak Su.

Hadith itu benar tetapi fakta dari NASA itu yang meragukan.

Hanz_Azdi said...

mungkin ada makna tersirat daripada hadis tersebut...antara 2 tanduk iblis mungkin ada makna lain yang menyentuh hal keyakinan ketaqwaan kita kepada Allah dalam hal solat. Mungkin hal menghormati waktu solat sehingga jangan kita melengahkan solat hingga hampir luput waktu Asar (senja). Allahu aklam.

anak muallaf said...

Salam Sahabat,
Sesungguhnya tidak ada yang benar melainkan benarkan belaka ialah al quran dan hadis

mountdweller said...

Hanz.

Pak Din rasa pun sama dengan pendapat Hanz. Solat lambat kerana dilekakan Iblis.

mountdweller said...

W'salam anak muallaf.

Nas tidak boleh dipertikaikan, akan kufur anak adam. Naslah sebagai sujukan yang sah dan sahih.