Pengumuman

Saya terpaksa update semula blog ini kerana saya dapati masih dikunjungi ramai walau pun dah hampir sebulan saya umumkan blog ini tidak akan diupdate .Saudara/saudari boleh juga ke - mountdweller88.blogspot.com (blog kedua)



Tuesday, December 15, 2009

Aduh Pedihnya!

Petik kata-kata TGNA:

"Saya lebih suka pimpin orang Cina yang berfikiran terbuka daripada pimpin orang Melayu yang tertutup fikiran,".

29 comments:

  1. assalammualaikum

    kekadang mengajar anak2 cina yang baik akhlaknya lebih melegakan juga, berbanding anak2 melayu yang buruk akhlak

    ReplyDelete
  2. salam tuan...

    mintak pandanan tuan dalam posting saya di blog saya

    ReplyDelete
  3. tertinggal... mengenai topik tajuk kebetulan yg diragui

    tima kasih

    ReplyDelete
  4. Salam Ayahanda,

    ha..ha..ha.. ada pula nanti melayu2 yang melompat.

    Biasalah, sesetengah melayu yang tertutup matahati bukan boleh terima perkataan sebegitu.

    ReplyDelete
  5. Wa alaikumussalam a kl citizen.

    Saya pun ramai berkawan dengan Cina dan India. Mereka hormati kita dan persahabatan baik dari segi berhujah tau mengemukakan pandangan.

    Tidak dinafikan Melayu juga ramai yang kurang ajar dan tidak tau hormat kawan. Terutama dari segi idea dan buah fikiran. Terlalu ego dengan pendapat sendiri.

    ReplyDelete
  6. tepet

    Insya Allah saya akan ke sana lagi.

    Terima kasih kerana mengundang.

    ReplyDelete
  7. Saya lebih suka mengundi cina yg jujur dibandingkan Melayu yang tak amanah dan gila harta.

    ReplyDelete
  8. W'salam anakanda Isa

    Pedulikan manusia bodoh tetapi tidak sedar yang dirinya bodoh!

    ReplyDelete
  9. Anakanda Ijoks

    Masalahnya kita bukan Nujum atau Malaikat yang boleh menilai kejujuran seseorang sebelum mengundi. Tambahan pula Calon yang berserban dan berkopiah!

    ReplyDelete
  10. Salam sahabat,
    Pedih tu memang la pedih tapi sebenarnya itulah kenyataan.Terimalah walau pahit.Saya juga berketurunan Cina...
    Hari ini kita dapat lihat saudara baru kita lebih istiqomah menghayati tuntutan Islam berbanding dengan yang bermegah-megah tentang Islam Keturunan tapi tidak mahu mengamalkan Islam sepenuhnya...
    Kita hari ini megah dengan jati diri Melayu tapi negeri dapat pada orang lain..
    Anak kecil main api...
    terbakar dirinya sendiri...

    ReplyDelete
  11. Salam Tuan,

    Setuju dengan kenyataan tu. Sokong sepenuh-penuhnya ...

    ReplyDelete
  12. W'salam sdri. anak muallaf

    memang itulah hakikatnya yang harus diterima. Ramai Islam baka yang Islamnya tidak tentu hala. Malas belajar dan beramal, inikan pula beristiqamah di dalam amalan.

    Fikiran tertutup rapat, jiwa terhalang dari menerima hidayah.

    ReplyDelete
  13. Sdr. radenjowo

    Kenyataan yang berterus terang dan berhikmah.

    Hanya yang bebal saja tidak terasa!

    ReplyDelete
  14. Entah lah Pakdin,

    Saya keliru, adakah Cina atau Melayu menentukan kepemimpinan negara kita sekarang?

    Apa yang pasti, orang Cina mempunyai jaringan ekonomi yang kuat, dan bertapak kukuh. Melayu masih teraba-raba menanti tongkat untuk dipapah.

    Dalam politik pun bercelaru nampaknya.

    Saya ingin ingatkan kita semua, Cina berjaya sebab semangat membantu bangsanya kuat.

    Tak kira dia dari mana-mana parti, asalkan dia Cina, dia akan memberi sumbangan kepada sekolah Cina, persatuan Cina dan seumpamanya.

    Inilah yang kita kalah.

    Saya bimbang, sikap berlembut dan 'tak apa' yang semenjak dulu berakar umbi dalam jiwa kita mengorbankan apa yang kita ada hari ini.

    Salam.

    ReplyDelete
  15. betul tu.. saya pelik kebanyakan orang kafir lebih elok perangai dari orang islam

    ReplyDelete
  16. Salam PakDin...sihat hendaknya Pakdin bersama keluarga dan sahabat handai di sana...

    Apa2 agama pun menuntut kepada berperilaku baik,berbudi bahasa,bersopan santun..senang kata semua baik2 laa..kesimpulan kat sini...org islam tu sendiri tak mengamalkan agamanya sebaik mungkin..adus....bahaya nih!!!!

    ReplyDelete
  17. alangkah indahnya jika cina di malaysia beragama islam..nescaya islam akan lebih hebat dan cemerlang..

    gandingan melayu dan cina islam akan manjadikan malaysia lebih cemerlang..

    bangsa dan agama dua perkara yang berbeza..

    letakklah agama di atas bukan bangsa..

    ReplyDelete
  18. Adesssss... terkena batang idung tu pakcik...

    ReplyDelete
  19. Salam ayahanda,
    Tidak dinafikan kata2 TGNA tu ada benarnya. Saya sokong 100%. Saya sendiri lebih suka berkawan dengan chinese & india di malaysia. Walaupun saya berniqab jelas keterbukaan minda mereka menerima saya seadanya dan sgt menghormati saya. Sifat dan nilai2 murni kini semakin pudar dalam kehidupan org2 melayu kita di malaysia.

    ReplyDelete
  20. Sdr. Brahim

    Nampaknya kita berkungsi perasaan yang sama. Bimbang pun ada. Hakikatnya mereka bersatu tetapi kita bercakaran tak sudah.

    Pokoknya siapa mempergunakan siapa sebenarnya?

    ReplyDelete
  21. mr edz

    Bukan perkara pelik sebab kita yang dikatakan Melayu dan Islam tidak menghayati Islam yang sebenar-benarnya.

    Orang Jepun lebih berdisiplin dan bersopan dari kita....

    ReplyDelete
  22. W'salam aaapit

    Alhamdulillah Pak Din, keluarga dan sahabat rapat semuanya baik.

    Pokoknya kita Islam tetapi tidak menghayati dan beramal sebagaimana yang dikehendaki oleh Islam sebab itu kita meraba di dalam terang!

    ReplyDelete
  23. Sdr. Din

    Saya setuju dengan harapan dan doa. Islam pasti akan gemilang di Malaysia sekiranya dua keturunan berpadu mengembangkan syi'arnya.

    Tapi amat malang orang kita yang bangga dengan Islam baka masih gagal menemui roh islam itu sendiri baik dari amalan dan hakikat kehidupan serta rohani. Masih membanggakan keturunan dari Agama Allah.

    ReplyDelete
  24. Webmaster@Echam

    Sepatutnya yang memakan cililah yang mersa pedasnya..

    Tapi sayangnya mereka hanya buat pekak badak, kita pula yang tersentuh.

    ReplyDelete
  25. W'salam anakanda KiTTuN.

    Dalam situasi anakanda itu, ayahanda rasanya boleh faham. Ayahanda pun hairan dari sudut mana nilaian mereka. Bukankah Islam membuka ruang yang luas dengan fahaman yang bukanya satu.

    Ambillah yang mana pun asalkan jangan terjun dari platform yang disediakan Allah iaitu Alqur'an dan hadith yang sahih. Bukankah itu sudah cukup sebagai panduan?

    Entahlah Melayu, apa nak dikata. Ayahanda pun kebetulan berketurunan Melayu. Itulah hakikatnya.

    ReplyDelete
  26. Salam ayahnda,
    Tolong komen sikit N3 terbaru sy pasal tarekat sesat.
    http://ijoks2009.blogspot.com/2009/12/zikir-rock.html

    ReplyDelete
  27. Yang tersurat drp phrase TGNA tu, yg hanz paham, adalah kelebihan & kekuatan sesuatu bangsa Cina Malaysia memudahkan kepimpinan TGNA memaju negeri/ negara ke tahap yang lebih baik tanpa menjejaskan kepentingan total bangsa Melayu & agama Islam.

    Yang tersirat, ialah tentu ada dlm masa kita/ TGNA terpaksa berkompromi, dalam hal-2 tertentu yg seakan menyamaratakan hak-hak semua & eventually seperti menghakis kepentingan bangsa Melayu-Islam. Kelebihan bangsa Melayu-Islam yang hebat/tersohor (malangnya bukan semua kita malah pemimpin kita ada karektor ni) ialah pegangan Islam yg kuat, tegas, sopan-santun, bertolak-ansur, jimat-cermat, sanggup berkerja kuat & berkorban, dsb. Bangsa Cina pula, antara kelebihanya ialah kerajinan,tegas,tangkas,berfikiran realistik & optimistik, cekap berkerja khasnya dlm ekonomi perdagangan & perniagaan, kaya raya.
    Depa ni nampak je kasar & kurang adab sebab budaya depa tak sama kita melayu-Islam...tapi bila depa mau kawan Melayu-Islam depa pun kenal sikit-sebanyak peradaban kita, depa edjas jadi kurang kasar ..tapi tetap depa tegas dlm prinsip depa.
    Kelebihan mana-2 kaum pun bila digandingkan akan memacu suatu kuasa yg lebih besar ertinya & menampung sebahagian besar apa-2 kelemahan antaranya.

    ReplyDelete
  28. W'salam anakanda ijoks

    Insya Allah ayahanda akan ke sana nanti.

    ReplyDelete
  29. Hanz

    Batul tu Hanz. Kata-kata yang penuh berhikmah. Kata-kata yang perlu dimengertikan oleh kaum Melayu Islam atau pun kaum Cina.

    Pada saya apa yang dikatakan oleh TGNA itu adalah kedua-dua Melayu dan Cina adalah penting. Beliau cuba menyedarkan Melayu agar lebih membuka dan menerima kenyataan

    ReplyDelete

Cakaplah apa saja yang benar asalkan tidak menghina sesiapa